CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Keluarkan Lesen Motorsikal Khas Untuk Pelajar - Rani Kulop

20-1-2016 05:08 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 8007| Komen: 39


Oleh : Dean BZ


Pelajar sekolah menunggang motorsikal tanpa lesen bukanlah satu perkara baru yang kita dengar. 

Banyak penyebab yang mendorong pelajar-pelajar untuk menunggang motorsikal ke sekolah. Antaranya tambang bas sekolah semakin mahal, mendapat keizinan dari ibu bapa dan juga pengaruh rakan-rakan.

Sedar atau tidak, perbuatan ini sememangnya salah disisi undang-undang lalu lintas iaitu menunggang motorsikal tanpa lesen. Apabila pelajar-pelajar menunggang motorsikal tanpa lesen, mereka tidak terdedah tentang ilmu dan peraturan apabila berada dijalan raya dan inilah punca utama terjadinya kemalangan. Banyak kes pelajar terkorban akibat kemalangan jalan raya telah direkodkan.


Memetik dari laporan freemalaysiatoday, Aktivis dan selebriti media sosial, Abdul Rani Kulop Abdullah mencadangkan kerajaan mengeluarkan lesen motorsikal khas kepada pelajar sekolah untuk mengurangkan kes kemalangan.

Katanya, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Kementerian Pendidikan perlu bekerjasama untuk mengeluarkan lesen itu kepada pelajar sekolah berumur 12 hingga 17 tahun.

Presiden Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) itu menegaskan, pelajar perlu melalui ujian jalan raya sebelum diberikan lesen khas itu.

Katanya, pelajar yang lulus juga perlu menggunakan pelekat khas ‘Awas pelajar sedang memandu’.

“Pelajar ini hanya boleh menunggang motosikal untuk ke sekolah dan aktiviti-aktiviti sekolah sahaja.

“Penggunaan motosikal juga perlu ada jarak dari rumah ke sekolah. Kalau lebih 50km, tidak perlulah naik motosikal. Ia hanya untuk yang dekat-dekat dengan sekolah sahaja,” katanya kepada FMT.

Abdul Rani atau atau ‘ayah’ berkata, cadangan itu kerana kes kemalangan melibatkan pelajar sekolah menunggang motosikal semakin kerap berlaku.

“Ini untuk memudahkan cara. Kalau ada operasi pada awal pagi, budak-budak nak pergi sekolah macam mana?

“Budak-budak ini bila nampak polis mereka cabut lari. Bila dia cabut lari, keadaan akan menjadi kelam-kabut..menjadikan mereka bertembung sesama sendiri sebab takut polis,” tegasnya. 


Cadangan beliau tidak boleh dipandang remeh kerana mungkin ada kebaikkannya. Cuma kajian menyeluruh dari segenap segi perlu dijalankan terlebih dahulu oleh semua pihak. Kesan buruk seperti pelajar mula terlibat dengan aktiviti lumba haram dan bertambahnya "rempit junior" perlu dikaji dengan teliti. 

Jadi adakah anda bersetuju dengan cadangan beliau? - CARI Infonet.




*Ini adalah pendapat peribadi penulis sendiri dan tidak semestinya mewakili pandangan CARI Infonet.
6

Bagus
6

Marah
14

Terkejut
5

Sedih
6

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (50 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote HannahMontana 20-1-2016 05:09 PM
keluarkan akal dan beri pada semua  rakyat

ramai yg xde akal !
Quote membesar 20-1-2016 05:11 PM
12 tahun muda sangat lah. 14 okay lagi tapi still i rasa muda jugak. Tapi ada betul nya dia cakap. Budak sekolah ni lari lintang pukang tu yang accident. Tapi i lebih suka kalau diwujudkan laluan selamat untuk berbasikal kat malaysia ni. Bukan budak sekolah je, kita pun boleh berbasikal gi keje.
Quote Johnyblaze87 20-1-2016 05:21 PM
Parents yg bodoh beli kan motor, budak2 lak kena.
Quote Simunggu 20-1-2016 05:23 PM
lesen khas?? saya rasa tak perlu...cuma turunkan had umur utk ambil lesen motorsikal so pelajar dapat ambil lesen secara sah....tapi kena ketatlah dan bantu mereka utk faham dan lulus...
Quote pichee 20-1-2016 05:25 PM
1st time ayah bg idea..i rse blh dibw ketengah idea ni...
Quote Emperor95 20-1-2016 05:29 PM
Kebanyakan remaja pun bawa motor macam " setan ". Kalau ada lesen pun tiada guna.
Etika memandu dan menunggang dijalan raya perlu diajar kepada mereka.
Quote batmana 20-1-2016 05:30 PM
pada aku, jgn bagi moto kt budak2 ni.

moto rmai modified, jadi speed laju 100km keatas.

pi la saran budak2 ni tukar ke basikal letrik ka, top speed pn 40km/j

buatla kempen jual basikal letrik. atau kit convert basikal ke elektrik dlm rm600 je


Quote MamaMima711 20-1-2016 05:44 PM
A ah..anak murid aku duduk dlm kg jarak dlm 1-2 km ke jalan besar.jenuh nak jalan setiap hari tgh panas.kesian..so dia guna motor smpai ke rumah kwn dia di tepi jalan besar.then jalan kaki ke sek yg seberang jalan je..
Nak x nak..motor ni mcm jd kenderaan wajib budak2 gi sek..cuma yg salahnya dorang guna lps waktu sek pergi sana sini dan merempit
Quote HazeLJoseph 20-1-2016 06:47 PM
Setuju lagi pakai basikal letrik tu..  buat pakej pelajar..
Quote awanearisu 20-1-2016 07:00 PM
Tiada ke rakyat yang nak ambil peluang wujudkan shuttle atau school transfer
School uber
Quote mommymonster82 20-1-2016 08:11 PM
Dari bagi lesen khas..baik wajibkan dorg drive motor  beroda 3..xdelah leh konar2 baring...
Quote mommymonster82 20-1-2016 08:15 PM
Gini ok gak
Quote azimodin 20-1-2016 10:59 PM
Xyah la ayah wooii.. Skrg pon kami dah semak dgn mat rempit yg bawak ibarat pelesit.. Suka2 willy, suka2 buat aksi suparman. Ni nak tambah pulak anak2 remaja, bawak ke ala2 ular kena palu... Pastu bila eksiden semua dok tunding jari kat driver roda 4
Quote shamsadis 20-1-2016 11:21 PM
naik basikal dah la pakcik
Quote JohnDeSouza 20-1-2016 11:31 PM
setuju pakai beskal elektrik saja
Quote babypureen 21-1-2016 09:00 AM
budak2 kalau dapat motor especially budak lelaki kompom bawak mcm hantu.....takut xcident je nanti
Quote plasterhati 21-1-2016 10:46 AM
xyah bagi pakai motor lah..basikal kan ada.

x cukup kelas ke naik basikal?
Quote pehbedah 21-1-2016 10:59 AM
anak buah aku 14 tahun dah bawak moto pi sekolah..moto kena tampal logo sekolah..nama  dng no motor kena daftar kat balai polis berdekatan sekolah..kira polis tau lah budak ni takde lesen lagi tapi ada kebenaran makbapak..apa2 hal terjadi makbapak tanggung..kira persetujuan bersama antara makbapak polis dan pihak sekolah..kena ada  sebab2 tertentu jugak nak buat gini..bukan suka suki..
Quote JENABREJAM89 21-1-2016 11:09 AM
pehbedah replied at 21-1-2016 10:59 AM
anak buah aku 14 tahun dah bawak moto pi sekolah..moto kena tampal logo sekolah..nama  dng no motor  ...

sekolah iols dulu ada lesen je boleh dapat logo sekolah , n samalah kene daftar kt balai polis , kene bg salinan ic lesen kat polis n sekolah , sape yg xde lesen, xtampal logo sekolah n xbg copy lesen n ic , kene letak moto kat luar pagar sekolah berpanas berhujan gitu kekdah nyee n kalau apa2 jadi pihak polis n sekolah xbertanggung jawab gitewwwww . maap terpanjang pulak cite nyee

Lihat semua komen(39)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 09:31 AM GMT+8 , Processed in 0.475882 second(s), 50 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top