Oleh Adib ZA Kredit foto: mykeledek.com/ suparjo.blogspot.com
Antara lokasi makanan yang anda harus pergi jika berkunjung ke Negeri Sembilan ialah Kuala Pilah.
Tak perlu restoran atau kafe hebat, cukup dengan gerai-gerai tepi jalan pasti membuatkan anda sudah cukup terliur. Kenapa agaknya? Jika anda melalui jalan utama di Kuala Pilah, selain ditemani dengan pemandangan hijau yang sangat mendamaikan dan juga kabus-kabus bikin rasa sejuk, di sini banyak gerai menjual itik salai! Ya, itik salai jika di negeri lain mungkin jarang ditemui. Maklumlah di Negeri Sembilan memang terkenal dengan menu bersalai. Ini termasuklah daging salai, ayam salai, ikan keli salai, burung puyuh salai dan juga itik salai. Semuanya boleh didapati dalam gerai yang sama (selalunya). Dari jauh anda boleh melihat gerai-gerai menghiasi bahu-bahu jalan sambal asap berkepul di situ. Aktiviti menyalai lazimnya dilakukan di situ juga. Jadi, anda boleh melihat sendiri bagaimana daging-daging haiwan ini dibakar dan disalai. Tunggu dulu, jika anda mendapatkan itik salai ini, bukan terus dimakan ya. Ia harus dimasak terlebih dahulu seperti gulai lemak cili padi, rendang dan sebagainya. Penulis sendiri sangat menggemari daging itik salai yang dimasak rendang. Terasa manis dagingnya yang dicampur dengan pelbagai rempah! Walla! Harga itik salai agak berbeza setiap gerai, maka anda harus memilih sendiri ya. Lazimnya serendah RM40 seekor, atau juga boleh dibeli setengah ekor dengan harga RM25. Jom apa lagi, moh poie Kuala Pilah kito! - CARI Infonet |
16
Bagus |
15
Marah |
22
Terkejut |
13
Sedih |
19
Lawak |
11
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
kamil8891: haritu ade gak bhenti tengok nak beli mase nak pegi bahau ,tp was2 tengak leher itik tu mcm sembelihan dia tak memuaskan.. nampak sikit je kesan sembe ...
kamil8891 replied at 21-1-2016 04:28 PM
haritu ade gak bhenti tengok nak beli mase nak pegi bahau ,tp was2 tengak leher itik tu mcm sembelih ...
yusryimran:    tu hari hakak balik KP hakak sempat membeli itik salai kemain lah sedapnya hakak masak kari masak pekat2 sikit ada org tu bertambah lah makan nasi h ...
ADVERTISEMENT