Oleh Izzah Abbasy
Hari Thaipusam merupakan perayaan yang disambut oleh mereka yang beragama Hindu di seluruh dunia bagi menghormati dewa Hindu, Dewa Murugan atau juga dikenali sebagai Dewa Subramaniam.
Thaipusam dirayakan pada bulan 'Thai' bulan kesepuluh dalam kalendar Tamil. Pada hari Thaipusam, bulan penuh melintasi bintang terang, Pusam dalam zodiak Cancer. Pada tahun 2016 ini, hari Thaipusam jatuh pada hari hujung minggu iaitu Ahad, 24 Januari.
Paling utama yang 'best' sudah pastilah cuti umum di beberapa buah negeri seperti di Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Perak dan Pulau Pinang.
Thaipusam merupakan satu perayaan yang disambut secara besar-besaran dan meriah di Malaysia.
Kuil Sri Subramaniyar, Batu Caves, Selangor merupakan kuil tumpuan utama penganut India. Sambutan perayaan Thaipusam bermula dengan perarakan arca Dewa Murugan dan dua isterinya Dewi Valli serta Devi Theivanai di atas pedati perak setinggi 7 meter dari Kuil Mahamariaman di Jalan Tun Hs Lee. Susu abishegam disiram kepada Dewa Murugan.
Bagi mereka beragama Islam dan penganut agama yang lain, kunjungan ke Batu caves semasa Thaipusam adalah semata-mata ingin melihat dan merasai pengalaman perayaan mereka dengan meriah dan penuh warna-warni.
Pada hari tersebut jugalah sebanyak 100 ribu ke atas biji kelapa akan digunakan.
Orang ramai dan pelancong asing turut menyaksikan keunikan perayaan itu. - CARI Infonet
Kredit Foto : Ashraf Ash Photographer
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|