|
Apple hari ini telah mula menghantar jemputan untuk acara tahunan mereka yang dijadualkan pada 10 September 2025, pukul 1 pagi. Apple dijangka memperkenalkan sejumlah peranti baharu pada acara berkenaan. Antara yang akan mencuri perhatian adalah siri iPhone 17 baharu, terutamanya model iPhone 17 Air yang bakal menggantikan siri iPhone Plus sebelum ini. iPhone 17 Air dijangka hadir dengan rekaan nipis, dan menjadi taruhan Apple untuk membuatkan model berkenaan menerima permintaan yang tinggi. Pengenalan siri ini juga dijangka ditemani dengan jam tangan pintar baharu, selain sejumlah kemaskini perisian, termasuk iOS, iPadOS dan juga watchOS.
Seperti biasa, sama-sama kita nantikan 10 September 2025 ini, untuk melihat kejutan apakah yang disediakan oleh Apple. Sumber : Amanz Media |

BungaKencana replied at 28-8-2025 02:31 AM
aku masih bersama 12... selagi blh guna aku akan guna mcm iphone 6 aku
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
11-2-2026 12:24 AM GMT+8 , Processed in 0.409589 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.