Oleh Adib ZA Musim sejuk memang sinonim dengan aktiviti seperti meluncur ais, bebola salji dan sebagainya. Namun, kini wujud lagi satu trend terbaharu, seluar beku!
Ia sebenarnya dimulai oleh seorang warga Minneapolis, Tom Grotting yang sengaja membekukan seluarnya dan menjadikan ia bahan jenaka. Malah, ia sangat menarik perhatian kerana ia turut dikatakan ada elemen seram di situ, melihatkan seluar membeku di tengah-tengah salji. Namun, nampaknya trend itu disukai oleh ramai orang dan kini telah merebak juga disifatkan oleh media sebagai fenomena baharu sempena ketibaan musim sejuk! Kini ia menjadi ikutan orang ramai yang cuba melakukan seluar beku mengikut kreativiti masing-masing. Ia turut menjadi trending di laman sosial Twitter dan turut diikuti di negara seperti Kanada, Jerman dan Rusia. - CARI Infonet Baca selanjutnya: Utusan Malaysia
|
Mary_jane replied at 26-1-2016 01:22 PM
Ingatkan fenomena seluar berdiri solat tadi.
zainonhasan replied at 26-1-2016 01:56 PM
benang ini lebih sesuai di bod viral. @spiderman80
ADVERTISEMENT