CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Bapa Moden 'Sound' Cikgu Dengan "Ba Alif Ba Ya"? Kenapa Begitu?

26-1-2016 11:49 AM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 12931| Komen: 56

Oleh Izzah Abbasy

Marahnya seorang bapa apabila diketahui anak beliau darjah satu telah ditampar oleh seorang pendidik yang mengajar anaknya di Sekolah Kebangsaan Jeram Tekoh, Gua Musang Kelantan.

Kejadian ini telah menjadi viral setelah 'bapa moden' ini telah memuatnaik status mengancam guru yang menampar anaknya dengan perkataan yang kesat.


Jika zaman dahulu, apabila anak mengadu dicubit, ditampar dan dirotan oleh guru, pasti ibu bapa bertindak untuk memukul kembali anak mereka sebagai pengajaran kerana tahu anaknya memang bersalah dan harus dihukum. Namun, anak mereka akhirnya berjaya dan menjadi anak yang berguna pada hari ini.

Kini, ibu bapa langsung tidak membenarkan guru-guru menyentuh anak-anak mereka. Jika disentuh, terus dituduh mendera anak-anak ini. Ibu bapa seharusnya jangan cepat melatah dengan tindakan guru-guru. Ada baiknya jika ibu bapa berbincang dan mengambil tahu sebab guru tersebut menampar anak mereka.

Guru adalah pendidik yang paling mulia dan harus dihormati bukanlah dikeji. Kepada ibu bapa, nilai semula cara anda mengajar anak-anak di rumah. Jangan bertindak memalukan diri sendiri sehinggakan terkorban maruah keluarga. Ingatlah, ibu bapa menjadi 'role model' kepada anak-anak. Jika, kita mudah mengeluarkan perkataan yang tidak baik, anak-anak juga akan begitu apabila mereka dewasa kelak. Bertindak bijak dengan setiap perkataan dan perbuatan. - CARI Infonet


2

Bagus
3

Marah
1

Terkejut
5

Sedih
7

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (27 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote beloomberk 26-1-2016 11:56 AM
bahasa ayah pon dah macam ni..
perangai si anak x tau mcm mana patutla kena panggg...
Quote zamzarai 26-1-2016 11:59 AM
percaya cakap anak bulat2.siasat la dulu.
Quote milanhawkin 26-1-2016 11:59 AM
perangai anak sebijik mcm perangai bapak
Quote kentel 26-1-2016 11:59 AM
haha...bahasa ayah pun nampak tak terpelajar...ni msti kes kena bantai dedulu masa sek..sbb tu x puas hati...
Quote MissMamamia75 26-1-2016 12:02 PM
uhh..bahasa seorg bapa...bila amarah menguasai diri..
Quote Emperor95 26-1-2016 12:07 PM
Tapi memang tidak dinafikan ada guru yang suka tampar murid.
Quote azie5zoe 26-1-2016 12:08 PM
baik sangat2 bapak budak nih...
Quote cekodok.masin 26-1-2016 12:22 PM
bdk skrg ada yg pndai menipu even bru tadika . aku pnh jaga ank kakak ipar sedara aku . ank die p ckp aku cubit die . pdhal tiap kali die gaduh dgn ank aku yg setahun tu ank aku yg kena mrh dgn aku . die yg 6 tahun tu aku mrh pun tk pnh . last die p ckp aku cubit die . hari tu ada la die dtg rmh ngn fmily die . tgh main ngn ank aku die ckp ank aku buat die smpai hidung berdarah . die tutup hidung dgn bju . p masuk toilet cuci . bila keluar nenek die tnya darah ke ? die jwb haah . aku tnya je ehh tk ada pun dkt bju chacha . terus die diam . nenek die ckp die mmg kuat menipu . byngkn bdk 6 tahun dh pndai menipu . ni dh masuk sekolah tk tau laa ckgu mana yg kena nnt
Quote MelZ_Eulalia 26-1-2016 12:37 PM
cekodok.masin replied at 26-1-2016 12:22 PM
bdk skrg ada yg pndai menipu even bru tadika . aku pnh jaga ank kakak ipar sedara aku . ank die p ck ...

memang budak tadika pun dah pandai menipu
Quote cekodok.masin 26-1-2016 12:47 PM
MelZ_Eulalia replied at 26-1-2016 12:37 PM
memang budak tadika pun dah pandai menipu

tau tkpe . tpi bdk tu yg i tau kuat menipu strt die ckp die tk ada homework sekali ckgu call ckp die byk tk buat homework .
Quote myakayina 26-1-2016 12:55 PM
cekodok.masin replied at 26-1-2016 12:22 PM
bdk skrg ada yg pndai menipu even bru tadika . aku pnh jaga ank kakak ipar sedara aku . ank die p ck ...

attitude problem dah tu..takut membawak sampai ke besar tabiat menipunya..
Quote cekodok.masin 26-1-2016 01:07 PM
myakayina replied at 26-1-2016 12:55 PM
attitude problem dah tu..takut membawak sampai ke besar tabiat menipunya..

skrg mmg tk brni jaga ank org or tlg jaga sekejap . mau dpt bdk mcm tu . silap2 nnt i pulak yg kena ba alif ba ya
Quote fulusss 26-1-2016 02:20 PM
Mohon la cikgu tampar skali bapaknye. tau dah punca anak jadi macam tu dari siapa
Quote hasniey 26-1-2016 02:22 PM
Cikgu pon jgn lah tmpar,sebat ok lg
Tampar ni selain sakit,menusuk terus ke ati tau
Sebat je kalo degil sgt
Quote Levespa 26-1-2016 03:05 PM
Apa2 hal mak ayah kena siasat betul ke apa yg anak mengadu tu, cikgu2 pun tak payah lah pukul2 budak.. Sebenarnya budak2 ni kena berlembut.. biar anak murid respect bukan takutkan cikgu..
Quote missinpiece 26-1-2016 03:06 PM
Serba salah jd cikgu zaman skarang ni.. Marah salah, x marah pun salah. Mak ayah  tau nak anak tu jadi pandai lagi bijaksana, proses nak menjadikan anak tu 'manusia' ditolak ketepi..
Quote DaisyD 26-1-2016 03:09 PM
apa kata cikgu tu buat bodoh dengan anak dia, jangan layan langsung. lantak lah dia nak buat apa. kang kena tegur tak pasal cikgu kena maki lagi
Quote enji 26-1-2016 04:06 PM
Anak dia ni ada attitude problem kot. Cikgu xtampar pn. Dia cuit pipi je pasal bdk ni suka merayau. Kalu betol kena tampar awat xsnap je gmbr 5 jari tu kasi viral lg hebat. Haish!
Quote hanamunir 26-1-2016 04:35 PM
lama-lama cikgu pun malas da nak melayan semua budak2 lat sekolah tu..
lantak diaorang la nak jadi apa gittew..

Lihat semua komen(56)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 05:03 AM GMT+8 , Processed in 0.081825 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top