Oleh Adib ZA Selfie, siapa yang tak suka bergambar kan? Malah ia dilihat satu aktiviti normal pada masa ini, yang siapa tak suka selfie, dianggap pelik. Betul?
Namun, awas ya sis. Jika terlalu kerap selfie boleh menyebabkan anda berasa hodoh dan tak puas hati pada kondisi wajah anda sendiri seperti tekstur kulit, parut, bentuk wajah, warna kulit dan sebagainya. Satu temubual yang dilakukan oleh The Telegraph dengan De. Rajiv Grover, pakar bedah plastik mengatakan 17 peratus pesakitnya memberitahu alasan untuk melakukan pembedahan disebabkan faktor kebiasaan selfie. Mengapa jadi begitu? Kebiasaan selfie boleh menyebabkan seseorang itu rasa tak sempurna pada wajahnya.
Ada sahaja tak kena. Secara logiknya, mereka ini terlebih meneliti wajah mereka pada foto yang diambil. Hasilnya, mereka nampak banyak kelemahan di situ. Ini termasuklah wajah nampak lebih besar daripada sebenarnya, kulit nampak berkedut, dagu nampak berlapis dan nampak lebih tua. Sebab itu, posisi untuk selfie juga penting. Dr Grover menyarankan mengambil foto dari posisi yang lebih tinggi dan jarak lebih jauh. Apa pun, janganlah terlalu obses dengan selfie. Jadikan ia sebagai kebiasaan namun bukan secara berlebihan kerana ia ternyata banyak kekurangannya! - CARI Infonet |
ADVERTISEMENT