CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Senarai Kata Laluan Yang Paling Teruk, Elak Gunanya!

27-1-2016 01:01 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 10365| Komen: 40


Oleh : TS LOO


sumber foto: google image


Carta senarai penggunaan kata laluan atau password yang paling teruk untuk tahun 2015 telah diumumkan baru-baru ini. 

"123456" dan "password" sekali lagi dinobatkan sebagai juara dan naib juara!

Kenapa dikatakan sekali lagi? Sebabnya kedua-dua kata laluan turut memperolehi kedudukan carta yang sama pada tahun 2014.

Menurut Syarikat produk keselamatan internet, SplashData yang mengumumkan senarai tersebut, kedua-dua kata laluan sekali lagi berada di kedudukan teratas jelas menunjukkan kebanyakan masyarakat ketika menghasilkan kata laluan, masih tidak cukup berhati-hati dan ini boleh mengundang risiko tinggi ke atas keselamatan akaun data seseorang itu.


Selepas menganalisa berdasarkan 2 million kata laluan, Splash Data mendapati biarpun kata laluan masa kini lebih panjang berbanding sebelum ini, tetapi jelas masih tidak cukup rumit lagi. 

Justeru itu, "123456", "12345", "1234", "1234567" , 12345678", "123456789" keenam-enam kata laluan semuanya berada di kedudukan 10 teratas dalam carta kata laluan yang paling teruk. 

Selain itu, " qwerty" , "football" , "baseball" , juga amat digemari oleh orang ramai sehingga tersenarai dalam kedudukan 10 kata laluan teratas. 

sumber foto : google image


Kecuali diingatkan jangan guna kata laluan yang budak kecil berumur 3 tahun pun boleh dengan mudahnya mengetahui, SpalshData turut mencadangkan pengguna internet menggunakan kata laluan yang dibentuk dengan gabungan seperti huruf, angka dan tanda-tanda syarat, malah lebih berkesan mempunyai bilangan 12 digit ke atas, demi menguatkan lagi tahap kesemalatan kata laluan itu.

Sementara itu, ramai orang berikutan takut terlupa kalau menggunakan kata laluan yang terlalu panjang, maka masih menggunakan kata laluan yang sama di setiap laman media, nasihat saya adalah berhenti berbuat demikian, kerana risiko kata laluan diketahui adalah amat tinggi.

sumber foto: google image


Walaupun memang melecehkan menghasilkan kata laluan yang rumit dan tidak mudah diketahui, tetapi demi keselamatan akaun data anda, adalah lebih wajar menggunakan otak sikit, jangan sesekali bersikap malas berbuat demikian.- CARI Infonet

4

Bagus
5

Marah
5

Terkejut
9

Sedih
7

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (39 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote antidote 27-1-2016 01:30 PM
password aku selalu nya aim aku masa tu.
contohnya "akunakkasutmay2015#"
atau pun "nakbonusbanyakapril2015!"
mcm tu la selalunya hehe
Quote Artemesiaa 27-1-2016 01:47 PM
Elok letak password yang susah sikit orang nak jangkakan.  Yang paling selamat kalau ada combinasi huruf dan nombor.
Quote kentel 27-1-2016 02:28 PM
p@$$w0rd
Quote lalabeez 27-1-2016 02:44 PM
password la paling masalah. siap kene ade buku tulis password semua sbb asik la lupa.
Quote chinta89 27-1-2016 02:46 PM
lalabeez replied at 27-1-2016 02:44 PM
password la paling masalah. siap kene ade buku tulis password semua sbb asik la lupa.

harap x ilang buku password.. bahaya plk kan ade lak org buka fb u (cth pesbuk hehehe)
Quote cekodok.masin 27-1-2016 02:47 PM
letak password incorret . tiap kali lupa password je kalau salah masuk nnt kn kuar ur password is incorrect
Quote lalabeez 27-1-2016 02:48 PM
chinta89 replied at 27-1-2016 02:46 PM
harap x ilang buku password.. bahaya plk kan ade lak org buka fb u (cth pesbuk hehehe)

ahaha. pesbuk ingat. hat yang password emel office lain.bank lagi.dengan security question lagi. Kalau hilang buku tu mmg report polis mak.
Quote BabyOnEarth 27-1-2016 03:23 PM
ooo password 'asdasd' tak glemer la rupanya. selamat lg digunakan
Quote dino 27-1-2016 03:56 PM

1q2w3e4r5t6y

Quote salimrock 27-1-2016 04:02 PM
teringat dulu2 kalo citer spy ke apa, kalo nak hack password dia cuba pakai nama bini atau girlfriend org tu...

contoh kalo crook tu nama girlfriend dia Cindy, dia tekan je password cindy...terus dpt masuk atau bomb deactivate

sebab citer spy ni la skrg internet /computer security suruh letak password dgfn aksara yg pelik2 cnth !@Cindy456789%..amik ko, spy james bond pun pecah kepala nak teka...haha
Quote taji2906 27-1-2016 04:15 PM
dulu ms study, member aku agak kedekut bagi pinjam pc dia.. dah dia sorang ada pc... dan selalu aku boleh break pasword dia... last2 dia bengang, password paling mengarut la dia buat.. password berbentuk karangan... hahah..  aku tau sebab bila dia create password baru aku akan perati jari dia taip apa... last2 karangan berjela2.... 2-3 kali je boleh dia ingat pastu lupa.. format abis pc sebab lupa password sendiri... hahahah
Quote abdulariff 27-1-2016 04:39 PM
Edited by abdulariff at 27-1-2016 04:40 PM

password aku guna angka giliran pmr yang sepatutnya tidak boleh diingati oleh manusia normal

dan lagi satu password gabungan pelbagai nama dan angka giliran pmr yang menjumlahkan kesemua sekali sebanyak 16 huruf,nombor dan simbol

Password wifi lagi berjela2 dengan gabungan semua huruf,nombor dan simbol yang ada di keyboard hingga perlu rujuk pada screen capture sewaktu setting password tersebut

Quote nurul_akmar 27-1-2016 05:58 PM
Ada 1 tu, tp rasa x penting la. Aku guna 12345678. Haha
Quote silampumeja 27-1-2016 07:06 PM
antidote replied at 27-1-2016 05:30 AM
password aku selalu nya aim aku masa tu.
contohnya "akunakkasutmay2015#"
atau pun "nakbonusbanyaka ...

Samela i letak aim jugak untk id and pasword... Mcm berat badan dan simpanan...hahhaaa
Quote devilito2 28-1-2016 07:32 AM
password123
Quote @pplegreen 28-1-2016 09:55 AM
kat opis ni semua application da password...
now siap tulis dalam buku nak elak dari lupa
Quote Z77 28-1-2016 10:15 AM
dulu aku letak password gunakan perkataan yg di gunakan utk mencarut dan maki hamun
Quote antidote 28-1-2016 10:22 AM
silampumeja replied at 27-1-2016 07:06 PM
Samela i letak aim jugak untk id and pasword... Mcm berat badan dan simpanan...hahhaaa

samalah kita . mcm jodoh je
Quote antidote 28-1-2016 10:23 AM
Z77 replied at 28-1-2016 10:15 AM
dulu aku letak password gunakan perkataan yg di gunakan utk mencarut dan maki hamun

aku pun pernah maki org tapi letak kat password.
contoh nya "keenbabisialmaticepat"

bhahahahah!!!

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 02:07 AM GMT+8 , Processed in 0.155624 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top