Oleh Izzah Abbasy
Biasa kita dengar, seseorang yang berjanji dan akhirnya dia sendiri telah memungkiri janji pasti tidak akan dipercayai lagi. Selalunya, salah seorang pasangan yang berjanji sekaligus membuatkan seseorang berharap kepadanya tetapi tidak pula menepatinya. Kredit Foto : Remaja Lebih-lebih lagi golongan wanita. Wanita sangat tepati janji. Jika janji tidak ditunaikan, pasti sesuatu yang 'buruk' bakal berlaku. Ibarat gempa bumi dan tsunami akan terjadi. Oleh itu, jangan sesekali berjanji jika anda tidak boleh tepati janji tersebut. Ia juga boleh undang keretakan pada sesebuah perhubungan. Namun, perbuatan menipu itu sememangnya berdosa. Namun, janji beserta ucapan InsyaAllah adalah memberi harapan. Allah SWT sendiri pernah berjanji. Janji memberi galakan dan ganjaran kepada hamba-Nya. Oleh itu, perkataan janji ini sangat berniali dan jangan disalahgunakan. - CARI Infonet
|
ADVERTISEMENT