CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Kisah Benar : Mak Bukan Orang Gaji Atau Pengasuh Anak-Anak Saya

1-2-2016 11:25 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 18022| Komen: 42


Oleh : Dean BZ


Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa. Itulah kata-kata sesuai untuk menggambarkan pentingnya ibu dan ayah dalam kehidupan kita. 


Zaman kini, isu ibu dijadikan seperti orang gaji atau pengasuh anak-anak sudah seperti perkara biasa terutamanya bagi mereka yang tinggal di kota raya. Mungkin ramai yang tidak pernah sedar atau terfikir mereka sudah mengajikan ibu mereka untuk menjaga anak, memasak dan mengemas rumah. Penulis tertarik dengan perkongsian oleh Nurulbadiah, semoga memberi kesedaran buat kita semua.


Saya tak pernah tinggalkan anak dengan pengasuh, sebab semasa saya bekerja, mak saya nak jaga anak saya. Jadi, pada masa itu, saya penat bekerja walaupun jaga anak dari jam 6 petang sampai malam sebelum tidur. Itu pun saya penat nak mampus sebab nak selesaikan kerja rumah.


Masa itu, saya belum tahu lagi erti sebenar penat menjaga anak. Bila saya balik kerja dan pergi ke rumah mak, memang rumah bersepah, dapur tak berasap. Saya selalu terfikir, adakah mak tak ada masa nak buat semua perkara itu?


Mak pun memang selalu juga mengeluh sakit-sakit badan. Mak nak solat pun kadang-kadang kena tunggu Balqis dan Alliss tidur dulu. Sudahlah mereka berdua tak suka tidur, menangis lagi, pe’el gitu gini lagi. Sampaikan mak tak makan sehingga ke petang pun, sebab tak boleh nak masak. Seorang duduk bergantung di kaki, seorang lagi menangis.


“Maafkan Along mak, kerana menyusahkan mak. Menyesal sangat. Kerana nak jaga anak saya, mak tak dapat pergi solat berjemaah di surau, tak dapat pergi usrah dan rehat pun tak dapat,”


Mujur saya tersedar awal yang mak bukanlah orang gaji atau tukang jaga anak kita walaupun mak kita memang nak jaga cucunya sendiri. Jadi, selepas saya berhenti kerja dan menjaga anak sendiri, Ya Allah, saya tak pernah rasa sepenat, seletih, sestress seperti ini semasa saya bekerja. Sumpah buat pertama kalinya dalam hidup, rasa langsung tak ada masa untuk diri sendiri. Dari pagi sampai ke malam jaga anak dan uruskan rumah tangga. Rupanya bagi saya sendiri, bekerja dan menjadi housewife 10 kali ganda lebih penat menjadi housewife.


Dari sini, barulah saya tahu erti stress menjaga anak, erti penat, erti sabar. Saya bayangkan tanggungjawab pengasuh, tidak hairanlah ada wujudnya kes dera, pengasuh tak bagus. Jujurnya, bukan mudah untuk menjaga budak. Kalau kita maknya pun yang jadi housewife ini, kadang-kadang rasa geram dan nak mengamuk apabila anak buat perangai. Kadang-kadang terlalu penat, dia buat hal, suara sendiri dah macam tarzan panggil anak. Apatah lagi kalau orang luar walaupun dibayar?


Jika saya ditakdirkan susah dan tak ada duit, bekerja sebagai pengasuh dengan gaji RM300 sebulan, merupakan pilihan terakhir saya.


Apa yang saya cuba sampaikan ialah, jangan pandang rendah pada orang yang mengasuh budak kerana ia bukan kerja yang senang. Jadi, berbaik-baiklah dengan pengasuh, jangan dibuat menjadi musuh. Bimbang kemarahan mereka akan dilepaskan pada anak-anak kita. Pengasuh juga adalah manusia yang boleh berasa stress seperti kita.


Kalau boleh, usahlah berkira sangat mereka. Lagi-lagi pada ibu yang berperangai kerek, lagi mental pengasuh. Ingat, anak membesar mengikut orang yang mengasuhnya. Sebab itulah kena cari pengasuh yang betul-betul baik agar anak kia membesar dengan cara asuhan yang baik. Untuk cari pengasuh yang baik, kita juga perlu menjadi ibu bapa yang baik dan tidak berkira.


Tetapi bagi saya, saya tidak sanggup nak meninggalkan anak dengan pengasuh sebab anak-anak saya sangat banyak akalnya sampaikan saya sendiri naik darah. Jadi, saya memang menjaga anak saya sendiri pada masa ini. Akan datang, saya masih belum pasti lagi. Manalah tahu andai kata ada rezeki lain yang membuatkan saya terpaksa juga menghantar anak pada pengasuh. 


Renung-renungkanlah.. Siapa tahu, mungkin ini kali terakhir untuk kita menghiburkan hati ibu kita. Jangan sia-siakan hidupnya dengan menambah beban yang sudah pernah dirasai sebelum ini. - CARI Infonet.





*Ini adalah pendapat peribadi penulis sendiri dan tidak semestinya mewakili pandangan CARI Infonet.

10

Bagus
9

Marah
20

Terkejut
10

Sedih
16

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (75 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote coklatbutter 1-2-2016 11:38 AM
ramai je macam ni.. kesian orang tua
Quote Skuau 1-2-2016 11:43 AM
Klo kena dera ngn pengasuh,1 hal gk.
Quote blackwidowbae 1-2-2016 11:55 AM
Air mata makcik mengalir bak sungai gangga terkenangkan nenek

oh nenekkkkkkkkkkkkkk
Quote BebeQ 1-2-2016 11:58 AM
ramai je macam ni. kenalan i pun ada. balik2 dibanggakan katanya mak sendiri nak jaga. tapi kalau dengar cerita dari orang, mak tu rela dalam paksa. kesian~

i tak paham apa yang dia nampak sebenarnya. tak kesian ke kat mak tu?
Quote zameyla 1-2-2016 12:14 PM
ank aku dah besar, darjah 5 dan darjah 4. Tak payah kena basuh berak bagai.
kalau tak da ank2 aku, mak aku dok sorang, bahaya. at least ada ga orang teman dia. Hari tu ada biawak masuk dalam rumah, anak aku Nampak, bole la tolong2 halau, panggil jiran2 tolong halau...huhu
Quote Artemesiaa 1-2-2016 12:20 PM
Betul tu mereka bukan orang gaji walaupun mereka kata tak pa sebab sayangkan cucu walaupun sebenarnya mereka pun dah penat.  Ada le lebih baik hantar anak ke rumah pengasuh atau ambil pembantu untuk membantu beliau menjaga anak.  Cukup le mereka bersusah payah menjaga kita semasa kecil.  Dah dewasa bagi le peluang untuk mereka berehat dan beribadah dengan tenang atau bersama dengan rakan2 sebaya mereka.
Quote sabar_sabariah 1-2-2016 12:32 PM
kalo mak yg jaga anak, jgn lpa hulur2 lebih sket buat imbuhan.. pastu kalo nak tambah anak lagi, kena fikir2 jugak. kot la anak yg 1st tak pandai nak urus diri sendiri lagi dah nak tmbah yg kecik plak.. sian kat mak.. peringatan pada diri sendiri..
Quote cmf_premierleag 1-2-2016 12:43 PM
zameyla replied at 1-2-2016 12:14 PM
ank aku dah besar, darjah 5 dan darjah 4. Tak payah kena basuh berak bagai.
kalau tak da ank2 aku,  ...

Mcm.kes ko ni, Itu takpe la
Sbb anak2 dah besar..dh pandai basuh berak kencing sendiri
Means diorg lebih kepada jd peneman mak la kat rumah or tolong buatkan apa2 utk nenek spt tolong basuh pinggan etc
Yg jd isu skang ialah cikki2 yg suruh mak bersihkan berak kencing muntah anak bagai...and dgn anak kecik melalak nangis siang malam mcm kene dera
Quote naina 1-2-2016 12:45 PM
Taw xpe.sbb tu aku slalu kata perempuan bekerjaya ni lg heaven dari suri rumah.
Xpnh rasa jaga anak kcik yg tengah melasak.setakat cuti hjung mggu bwk jalan2 xrasa sgt.
Sbb tu jgn berkira dgn pengasuh.
Quote lasagnaklcc 1-2-2016 12:47 PM
Saya adalah slh seorg yg bising kalau mak nak jaga cucu dgn alasan kesian tinggal dgn pengasuh. Yg kita kesian dgn mak sbnrnya... Lagi sakit hati kalau mak yg beriye ngasuh cucu, menantu perempuan lps tgn goyang kaki je.
Quote skinsandstars 1-2-2016 01:34 PM
Kakak ipar i relax je tgl anak2 kt mak dia. Da la dia da divorce ngan laki dia, so itu tiket yg slalu buat mak simpati pd dia. Last2 org tua tu la yg jaga anak2 dia dr pg smpai malam. Ajar ngaji, ajar buat homework, jaga makan minum anak tu. Bila anak result teruk, salahkan mak sbb xpantau anak2 dia buat homework. Blk lmbt almost tetiap hari. Weekend pun dok gila bekerja sbb akak tu gila kerja sikit. Baju anak pun mak yg basuhkan. Tp dia cover blk dgn belikan mcm2 n bg duit byk kt mak. Tgk kesian, tp nak buat mcna, da mak redha je diperlakukan begitu.
Quote SitiRopeah 1-2-2016 01:46 PM
Elakkanlah nyusahkan makpak kita dengan suruh dia jaga budak bawah 5 tahun. Pastu kalau ada benda tak kena, kita juga duk marah2 mak sendiri..
Tak baik..
Cari pengasuh lain.
Atau asuh sendiri anak tu.
Susah nak suruh orang puaskan hati kita.
Quote famri7 1-2-2016 02:21 PM
haaaaaaah kalau dah tahu susahnya nk jaga anak x mampu pelbagai kurangkanlah menganggkang!..

lahanat sngt set2 yang nk beranak (katanya hanak rezeki elohim walaupon xmampu jaga)..ujung menyusahkan orang lain....kalau anak kau kena dera memang cash lah.
Quote nakkomenjugak 1-2-2016 02:42 PM
sebagai seorang cikgu tadika dan pengasuh, yuppp. tugas kami nampak senang tapi hanya Allah je yang tahu. Peel budak ni macam2. ada yang cengeng, ada yang nauzubillah nakalnya , ada yang biasa. dapat lak mak bapak yg pergh kerek nya, overtime pon berkira, siap jangan itu ini, nak je aku suruh dia jaga anak sendiri. dari pukul 6 pagi lagi da ada yg hantar anak. takde rehat, tu belum lagi kalau bos suruh siapkan ape2 keje. haishhhh...
Quote Chekti 1-2-2016 03:43 PM
pergghhh...beul dan setuju sangat2...
cuti 2 hari duk ngan ank2 pun dah rase mcm tarzan je kat rumah...plak tu duk umah flat..buat malu je...memang tak dinafikan menjaga anak2 ni bukan lah 1 pkr yg mudah...klu kite terlalu kerek nanti tak pasal2 anak kite plak dijadikan lepas lepas geram..
stakat ni alhamdulillah pengasuh ank2 aku Good...
5 tahun mak mertua jaga anak sulong...ms dapat anak ke 2 sedih giler ble dengar sound yg kurang enak dr bapa mertua...ms tu rasenya sampai mati pun aku tak kan maaf kan die...tp ble dah dengar ceramah ustaz2..rakan2..sebenarnya berdosa kita klu pun mak kite nak jaga anak kite dan kite bagi upah...adehhh dah mcm org gaji dibuatnya..Alhamdulillah segala2nya telah berubah...
Quote lurve82 1-2-2016 03:51 PM
hakak mmg xpenah bg mak hakak jaga anak2...semua hantar kat pengasuh yg dipanggil ibu...ibu pun sgt baik...pun dh tua jgk la..tp dia mmg dok jaga anak org...bagus ibu ni sbb anak paling tua dh 5 thn duk dgn dia...xpenah dgr lg anak2 mencarut bagai...so klu ibu xde mmg hakak xtahu la nk cari pengasuh baru..harap ibu sihat dan terus sihat jaga anak2 hakak...
Quote kumen2 1-2-2016 04:11 PM
kpd  ibu dan ayah jgn kerja keras sgt smpai tgugjawab ank dilupakan.... .
Quote tipuware 1-2-2016 04:15 PM
aku anak sorang mak aku masih jaga. tu pun mak aku dah mula bt ayat kesian bila aku terlepas ckp nk htr anak tu ketadika tahun depan..aku nak kasi dia rehat, tapi dia kata kalau takde cucu dia tak tau nk bt apa. nak online dia tak reti. nak bercucuk tanam, tanah takde. so dia dah mula mengendeng suruh aku pregie lagi.. ohmaigod la ibu~~~
Quote purplegreen 1-2-2016 05:58 PM
Kalau dengan pengasuh ni jangan berkira sangat.
Lepas itu jangan lah amek anak-anak tu lmbt.
Kesian dekat anak and pengasuh.
Kalau jalan jem tape. Tapi kalu singgah shopping ke berjalan ke memang tak patut lah.

Kadang tu pergi berjalan pastu tinggalkan anak dekat mak or pengasuh.

Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 07:37 AM GMT+8 , Processed in 0.051744 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top