CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Ingatkah Anda Nombor Telefon Isteri, Suami, Mak Dan Ayah?

2-2-2016 01:01 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 9405| Komen: 24


Oleh : Dean BZ


Mengungkapkan perkataan sayang sememangnya mudah namun sejauh manakah kita mampu menunjukkan rasa sayang pada orang yang kita sayangi?

Jika kita mengingati perkara-perkara yang mungkin remeh dimata kita, seperti hari ulangtahun, nombor pengenalan diri, nombor telefon atau makanan kegemaran orang tersayang, ini akan membuatkan mereka terasa dihargai dan disayangi.

Mari kita ambil contoh dari kisah yang menceritakan salah satu perangai menarik pengasas Microsoft, Bill Gates. Bill mengaku dia merupakan seorang yang fanatik dengan kerja ketika mengendalikan Microsoft sewaktu masih muda. Beliau bekerja pada hujung minggu, tidak percaya dengan percutian dan turut menghafal nombor pendaftaran kereta di pejabat semata-mata untuk memantau pekerjanya. 


Dalam temu bual di Desert Island Discs BBC, beliau mengaku menghafal nombor pendaftaran kereta pekerjanya untuk memerhatikan pergerakan mereka. 


"Anda tahu, saya hafal nombor pendaftaran semua orang supaya dapat melihat tempat letak kereta dan tahu bila mereka datang, dan bila mereka pulang. Akhirnya saya terpaksa beralah, kerana saiz syarikat yang semakin munasabah." 

Minat jutawan dermawan berusia 60 tahun terhadap misi kemanusiaan diperlahankan selepas bertemu isterinya dan menilai semula keutamaan dalam kehidupan mereka. - Sumber  : Agensi/BeritaHarian.

Dalam kisah ini kita dapat melihat seorang bos mampu menghafal beratus-ratus nombor plat kenderaan pekerja untuk memerhati dan mendisiplinkan mereka. Tak kan paling kurang tiga nombor atau tarikh paling penting dalam hidup orang tersayang kita tak mampu hafal? 

Manalah tahu jika ada kecemasan dimana-mana, telefon bimbit tiba-tiba hilang atau rosak. Nombor siapakah yang anda akan dail? - CARI Infonet.



*Ini adalah pendapat peribadi penulis sendiri dan tidak semestinya mewakili pandangan CARI Infonet.

13

Bagus
14

Marah
10

Terkejut
14

Sedih
14

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (73 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rokarina 2-2-2016 01:55 PM
Mestilah ingat.. xingat boleh ketuk kepala kot
Quote ally9970 2-2-2016 02:14 PM
zaman takde hp dulu, no epf, no socso, no lesen memandu pon boleh ingat. No tel lagilah...tp bila dah ada hp ni, segala no disimpan didlam kad memory, aku hanya ingat no tel sendiri dan no ic jer...
Quote idadzira 2-2-2016 02:29 PM
seriously aku x ingat no tepon laki aku.........pernah tertinggal handphone..aku paksa HR retrieve record aku for emergency contact no.
Quote Artemesiaa 2-2-2016 02:29 PM
Betul tu sejak zaman smart phone ramai yang tak hafal nombor2 penting ni
Quote JENABREJAM89 2-2-2016 03:24 PM
Artemesiaa replied at 2-2-2016 02:29 PM
Betul tu sejak zaman smart phone ramai yang tak hafal nombor2 penting ni

betul tu , iols aritu hp hilang . rasa nak nanges sebab segala no ada dlm tu termasuk lah password2 id yg penting

Quote nakkomenjugak 2-2-2016 04:32 PM
no tepon sendiri pon tak ingat, ni kan pulak no tepon mak abah sume.... memori iols agak lemah kalau bab no ni
Quote RatuDunia94 2-2-2016 05:29 PM
Dulu masa zaman pakai tpon rumah telekom iols boleh hafal no tepon jiran2. Sederet rumah iols ada 10 buah.. Semuanya iols hafal.. Belum kira rumah blkg lg..
Quote MissMamamia75 2-2-2016 08:18 PM
Nombor famili & close fren mmg wajib hafal..xleh hafal..tulus la kat mana2..manala tau one day..hp bateri kong..or tertinggal hp..or hp hilang/rosak..anything is possible..
Quote pearl.silver 2-2-2016 10:23 PM
No fon family sorg kkk je iols igt..
Sbb dulu x de hp, iols hapal no die..no kkk2 lain hapal gk,tp diorg dah tukar no

Kwn plak hapal 1 no besfren..
Quote faraway1 2-2-2016 11:34 PM
hanya ingat phone no my hsuband dan
phone no rumah my parent.
no lain cam lebih tak bother nak ingat
sebab semua kat phonekan..
Quote misscendol 3-2-2016 02:44 AM
No tepon boypren meols pon xigt. Tp no tepon my daddy mmg xkan lupa
Quote DaisyD 3-2-2016 11:42 AM
mestilah ingat, lagi lagi number diaorang tak bertukar dari zaman takde phone
Quote trisnalovezul 5-2-2016 02:11 PM
alhamdulillah sentiasa ingat nombor orang yang aku paling sayang
Quote Missfadh 7-2-2016 09:49 AM
No phone mak, ayah, kakak dgn rumah masih ingat. Yg lain x bother nak ingat buat masa ni.
Quote kyleril 7-2-2016 10:06 PM
ingat ooo no telefon penting...bukannya xleh nak simpan,.boleh je..cuma kita malas dan xpractice...
Quote Esmiria 9-2-2016 10:39 AM
klobrjin call no tu,ingatla
Quote L211 10-2-2016 04:09 AM
no telefon my hubby tak igt lgsg.. but my parents igt sokmo...
Quote lil_honey 10-2-2016 08:22 AM
mak abah, no rumah, no kakak aku igt...yang lain harammm nak igt..
Quote Siputjelly 10-2-2016 09:37 AM
ingat je dengan no ic diorang aku ingat sekali

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 04:59 AM GMT+8 , Processed in 0.234411 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top