|
PETALING JAYA – Tindakan seorang pemandu lori treler menggunakan lampu tinggi agar diberi laluan untuk memotong di lorong kiri dan tengah di lebuh raya mengundang kecaman ramai. Menerusi hantaran di Threads, rakaman papan pemuka (dashcam) memaparkan pemandu lori treler menggunakan lampu tinggi berulang kali, seolah-olah memaksa pengguna jalan raya memberi laluan. “Terpaling ‘pilot’ darat macam bawa kereta pula dengan ‘cilok-cilok’ orang lain. Lebuh raya menuju ke arah selatan. Trafik sesak, tapi dia siap bagi lampu tinggi,” katanya. Difahamkan, aliran trafik di beberapa lebuh raya utama perlahan ekoran pertambahan kenderaan sempena cuti umum dan diskaun tol. Perkongsian tersebut meraih pelbagai reaksi pengguna media sosial yang rata-rata menyifatkan tindakan pemandu lori treler itu membahayakan keselamatan pengguna jalan raya lain.
“Alasan apa nak memotong kenderaan lain kalau dah trafik sesak. Lori lain tak huru-hara macam dia pun,” komen @Dbpphotography87. “Nanti kalau dah kemalangan, salahkan titik buta atau tekanan brek rosak pula,” komen @Nurul_amlee. Sumber – KOSMO! ONLINE |
lanacondor replied at 25-12-2025 04:45 PM
Pernah kene dlo.. rupanya driver xtahan sakit perut.. laju nak cari tandas. sian..

© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
3-2-2026 11:08 AM GMT+8 , Processed in 0.167397 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.