CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Viral Lihat artikel

Netizen "Speechless", Mat Saleh Cipta Lagu Khas Untuk Malaysia

26-12-2025 03:57 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1848| Komen: 14

 



Malaysia sememangnya terkenal sebagai destinasi pilihan pelancong dari seluruh dunia. Ada yang datang untuk belajar dan bekerja, ada pula yang sekadar ingin bercuti seketika daripada kesibukan hidup.

Namun akhirnya, ramai yang meninggalkan Malaysia dengan memori yang terlalu manis untuk dilupakan. Seolah-olah Malaysia sudah menjadi rumah kedua di hati mereka.

Baru-baru ini, tular video memaparkan seorang Mat Saleh yang dikenali ramai sebagai "Mr. T", mencipta lagu khas tentang Malaysia ketika mahu meninggalkan negara ini.

Lagu itu bukan sekadar hiburan, tetapi penuh dengan rasa cinta, penghargaan dan kenangan yang terlalu bernilai buatnya.

Setiap bait lirik seolah-olah menceritakan perjalanan hatinya bersama Malaysia, seperti ucapan terima kasih kepada sebuah negara yang pernah menjadi rumah baginya.

Tidak hairanlah, lagu ini pantas menjadi perhatian dan dikongsi ramai. Bukan rakyat Malaysia sahaja yang tersentuh, malah ramai yang mengaku rasa sebak mendengar luahan jujurnya.



Ruangan komen 'banjir' dengan orang kita

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang meluahkan rasa bangga, terharu dan dalam masa sama sebak melihat bagaimana 'orang luar' begitu menghargai negara kita.

"Satu-satunya perkara yang kami 'curi' hanyalah hati anda."

"Lagu yang sangat indah, sampai buat saya sebak. Awak buat saya sedar betapa cantiknya negara saya. Terima kasih banyak, bro."

"Lagu ini betul-betul melekat dalam kepala saya. Terima kasih. Kasih sayang awak terhadap Malaysia memang sangat dihargai. Datanglah semula bila-bila masa pun, kami sentiasa menyambut awak dengan tangan terbuka."

"Lagu ini betul-betul menyentuh hati saya. Betulkah awak akan pergi? Awak akan kembali semula kan? Baru teringat teh tarik pun, mesti awak akan balik juga… Jumpa lagi nanti."

Dalam video berasingan, Mr. T mengakui dia sangat tersentuh dengan sambutan luar biasa rakyat Malaysia terhadap lagunya. Tambahnya, walaupun kini berada jauh, Malaysia tetap punya tempat istimewa dalam hatinya.

"Saya sudah meninggalkan Malaysia dan apabila sampai di sini, saya benar-benar terkejut dengan betapa banyaknya kasih sayang yang rakyat Malaysia tunjukkan terhadap video muzik terakhir saya tentang meninggalkan Malaysia. Anda semua memang terbaik. Saya rindu dan saya sayang anda semua, Malaysia," katanya.

Sumber: TikTok @random.4.you, Siakap Keli



 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote a4_paper 26-12-2025 04:57 PM
utoh la hahaha
Quote BawangCaramel 26-12-2025 07:06 PM
Kan
Ale utoh
Quote kotakbaju 26-12-2025 10:13 PM
Ntah ke mat saleh ni kalau pi mana2 negara dia melancong lepas tu buat lagu
Quote nusaraya 26-12-2025 11:18 PM
[youtube]lRZ4bA18xzk[/youtube]


[youtube]yY9t-wyo5tw[/youtube]




Quote FOTHER-MUCKER 27-12-2025 02:34 AM

Bangsa nusaraya yang hanyut dari India ke kepuluan melayu.


[fbp]https://www.facebook.com/reel/2007709639789186?fs=e&fs=e[/fbp]
Quote Tinot7 27-12-2025 06:45 AM
Mamat ni keje apa?
Quote helicornia 27-12-2025 10:52 AM
Dia ni mmg suka teh tarik.klu sampai malaysia mmg cari teh tarik dulu. Tengok yt dia mmg selalu dtg malaysia
Quote PULANGKAN 27-12-2025 12:12 PM
helicornia replied at 27-12-2025 10:52 AM
Dia ni mmg suka teh tarik.klu sampai malaysia mmg cari teh tarik dulu. Tengok yt dia mmg selalu dtg  ...

sama cam kawan iols. gigih tu cari teh tarik 3 in 1 punya, pastu beli roti perisa pandan. dia kata minum petang wajib roti bakar perisa pandan tu, dengan secawan teh tarik. meols angguk je la. nak bagitau badan dia makin bulat tak sampai hati
Quote prince_marhaen 29-12-2025 08:53 AM
Ni kalau dia offer bawa dia jalan2 pusing Malaysia, mau ramai betina & ponen kangkang terus ni.. hahahahahahahahah... mana la tak senang kena jajah dulu..
Quote KamikuP 29-12-2025 09:44 AM
Nnti ada le acik netizen kepam gundu andartu yg suruh duduk Malaysia apply kerakyatan.. ekekek puikkk
Quote prettyuglybabe 29-12-2025 10:40 AM
cara mudah nak gain follower pastu buat duit
Quote espri6006 29-12-2025 02:56 PM
rasanya lagu ni dibuat dengan menggunakn keadah Ai cuma lirik dia je kena create sendiri. Tapi kalau betul baguslah sbb ia meninggalkan kesan yang positif kepada pelancong luar
Quote ZORRO5555 29-12-2025 07:44 PM
Entah kenapa sampai nk speechless
Quote Sunshine9202 1-1-2026 09:22 PM
Peminat teh tarik

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2026 01:58 PM GMT+8 , Processed in 0.044343 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top