Oleh : Dean BZ
Ramai wanita menganggap memilih coli adalah perkara remeh namun adakah anda tidak pernah tersilap membeli coli? Kadang-kadang beli coli mahal-mahal, balik rumah bila sudah pakai langsung tidak selesa kerana longgar atau terlalu ketat. Akibatnya, ada yang gatal-gatal di bahagian payudara, melecet sekitar bawah lingkaran payudara, sakit belakang atau sukar bernafas? Memetik dari ninieshop2u.blogspot.my, Hanim Sahrom, Pakar AVON INTIMATES berkata ramai wanita menganggap bahawa 'cup D' lebih besar dari 'cup C atau B'. Tanggapan ini adalah tidak benar. Sebenarnya saiz 'cup' bergantung pada ukur lilit coli.
Contohnya, jika anda memakai saiz 36D dan ingin menggunakan coli dengan ukur lilit yang lebih kecil, anda memerlukan coli bersaiz 34E (Turun 2 inci saiz ukur lilit, naik satu saiz 'cup'). Begitu juga sekiranya anda ingin mengecilkan saiz 'cup', anda hanya perlu menambah 2 inci saiz ukur lilit dan mengurangkan satu saiz 'cup'. Pastikan anda menukar ukur lilit atau saiz 'cup' anda hanya jika perlu kerana saiz coli yang salah akan menyebabkan anda berasa kurang selesa sepanjang hari. Mengetahui saiz ukur lilit coli dan 'cup' yang sesuai cukup penting. Saiz coli yang sempurna akan membantu postur anda, membentuk kemas badan dan meningkatkan keyakinan diri anda!" BAGAIMANA MENENTUKAN SAIZ BRA ANDA:- Langkah 1 1) Pakai coli semasa mengukur 2) Ukur di sekeliling bawah payudara.Jika anda mendapat nombor genap, tambah 4 inci.Jka anda mendapat nombor ganjil, tambah 5 inci.Sebagai contoh: Jika ukuran anda adalah = 31" Tambah = 5" Jadi saiz coli anda = 36" Langkah 2 Ukur di sekeliling bahagian terpadat payudara.Bandingkan nombor ini dengan saiz coli anda.Jika nombornya sama, bermakna saiz cup anda adalah A. Jika perbezaannya 1" bermakna saiz cup anda adalah B dan seterusnya. Bagaimana menentukan saiz cup anda:- 1. Saiz coli +0" = Cup A 2. Saiz coli +1" = Cup B 3. Saiz coli +2" = Cup C 4. Saiz coli +3" = Cup D 5. Saiz coli +4" = Cup E Semoga bermanfaat dan sis tidak lagi mengalami masalah ketika memilih coli yang sesuai dengan saiz payudara sis. - CARI Infonet. |
23
Bagus |
25
Marah |
14
Terkejut |
18
Sedih |
23
Lawak |
18
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
mbhcsf replied at 2-2-2016 08:55 PM
well , i guess i rasa kalau wanita yang sebenarnya nak keselesaan , kan? suruh je sales asistant wa ...
mbhcsf:    Edited by mbhcsf at 2-2-2016 10:21 PM  well , i guess i rasa  kalau wanita yang sebenarnya nak keselesaan , kan? suruh je sales asisstant wacoal ke  ...
mbhcsf replied at 2-2-2016 08:55 PM
well , i guess i rasa kalau wanita yang sebenarnya nak keselesaan , kan? suruh je sales asisstant w ...
ADVERTISEMENT