|
Pelakon dan usahawan, Fazura mempersoalkan tindakan individu yang menuduhnya memberi tanda suka terhadap ciapan berkenaan lelaki yang tidak tahu menghargai di platform X.
Menerusi komen di Threads, Fazura atau nama sebenarnya, Nur Fazura Sharifuddin, 43, menjelaskan dia sudah lama tidak mengakses akaun platfrom X itu. Tweet apa? Saya dah bertahun tak buka Twitter (yang kini dikenali sebagai X). Sebelum ini, seorang individu mendakwa aktres itu memberi tanda suka terhadap ciapan yang dibuat olehnya berkenaan lelaki yang tidak tahu menghargai walaupun sudah taat dan setia. Tidak terhenti di situ, Individu tersebut turut memetik nama bekas suami pelakon filem Pisau Cukur itu. Perkongsian itu kemudiannya menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan warganet yang kebanyakan kurang senang dengan tindakan individu tersebut. Warganet mendakwa individu itu hanya mahu mencetuskan kontroversi dan salah faham terhadap orang ramai. Sumber: Threads, Rotikaya
|
BoongaKertas replied at 16-1-2026 03:54 PM
udah2 lah psl mamat kayu tu dah so yesteryear nak dikaitkan dah. kasi chance lah memasing bahagia da ...
L.U.S.M replied at 19-1-2026 06:33 AM
Laaa dh 4hari pun benang 10komen je?sendunye mak janda skrg



ADVERTISEMENT