|
Video dikongsikan seorang pencipta kandungan dari Amerika Syarikat iaitu Terry Pernell menjadi perhatian apabila bertemu dengan anak sulung kepada penyanyi Bella Astillah iaitu Ayden Adrean. Menerusi video dikongsikan di TikTok, Terry meluahkan rasa kagum dengan kanak-kanak berusia 9 tahun itu mendaki Gunung Kinabalu. Sementara itu, Terry yang turut mendaki Gunung Kinabalu berkata Ayden bukan saja berdisiplin malah meninggalkannya di belakang. “Berpeluang bertemu seorang legenda sejati (Ayden) ketika mendaki Gunung Kinabalu. Tenang dan langkahnya begitu konsisten, tanpa disangka dia meninggalkan saya jauh di belakang. “Pendakian ini mengingatkan kita bahawa kekuatan tidak semestinya ditentukan oleh usia,” katanya. Turut menjadi perhatian, Ayden turut menjawab mengenai asal usulnya dari iaitu dari Singapura, Sabah dan Kuala Lumpur. Diruangan komen, rata-rata netizen memuji Ayden yang tidak melupakan asal-usulnya dimana bapanya iaitu Aliff Aziz berasal dari Singapura.
Malah, netizen turut memuji didikan Bella Astillah kerana Ayden tetap ingat akan bapanya meskipun apa yang berlaku dalam rumah tangga mereka sebelum ini. Sumber : Rotikaya |



Perawankota replied at 18-1-2026 01:01 AM
Dorg mmg sampai ke puncak ke semua?
ADVERTISEMENT