CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Allahyarham Bung Moktar bebas tuduhan rasuah, kes ke atas Zizie Izette diteruskan

16-1-2026 05:26 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1108| Komen: 15

 



Kuala Lumpur: Mahkamah Sesyen hari ini melepas dan membebaskan Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin daripada tuduhan rasuah membabitkan wang berjumlah RM2.8 juta yang dihadapinya, selepas pendakwaan tidak berhasrat meneruskan prosiding terhadap bekas Ahli Parlimen Kinabatangan itu.

Allahyarham Bung Moktar yang juga bekas Pengerusi Bukan Eksekutif FELCRA, berdepan tiga tuduhan rasuah membabitkan kelulusan agensi itu melabur RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual.

Bagaimanapun, pendakwaan menolak representasi yang dikemukakan balunya, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad, untuk menggugurkan tiga tuduhan bersubahat melakukan kesalahan rasuah berkenaan.

Sehubungan itu, kes terhadap Zizie Izette akan diteruskan dengan perbicaraan yang ditetapkan pada 5, 6 dan 12 Mac ini.

Pada prosiding hari ini, Hakim, Rosli Ahmad membebaskan Bung Moktar yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lamag selepas dimaklumkan oleh Timbalan Pendakwa Raya Law Chin Hou, pendakwaan tidak berhasrat meneruskan kes berkenaan berikutan kematian tertuduh pada 5 Disember lalu.

Chin Hou berkata, pendakwaan telah memutuskan untuk tidak meneruskan kes terhadap Bung Moktar selaku tertuduh pertama menurut Seksyen 254 Kanun Prosedur Jenayah.

Sehubungan itu, Rosli melepas dan membebaskan bekas Pengerusi BN Sabah itu dan memerintahkan wang jaminan berjumlah RM100,000 dan pasport miliknya dikembalikan.

Pada prosiding terbabit, peguam Ashok Athimulan bertindak untuk Bung Moktar manakala peguam Teh See Khoon mewakili Zizie Izette.

Pada 3 Mei 2019, Bung Moktar didakwa atas dua pertuduhan secara rasuah memperoleh untuk dirinya, suapan wang tunai RM2.2 juta dan RM262,500 sebagai dorongan mendapatkan kelulusan FELCRA bagi pelaburan RM150 juta dalam unit Public Mutual amanah.

Dia didakwa menerima suapan daripada ejen pelaburan Public Mutual Berhad, Madhi Abdul Hamid melalui isterinya, Datin Seri Zizie Izette A Samad dan akaun Public Islamic Treasures Growth Fund atas nama isterinya.

Dua kesalahan itu didakwa dilakukan di Public Bank Cawangan Taman Melawati di sini antara 12.30 tengah hari hingga 5 petang pada 12 Jun 2015 dan 12.16 tengah hari, 19 Jun tahun sama.

Bagi pertuduhan ketiga, Bung Moktar didakwa menerima wang tunai RM337,500 daripada perunding unit amanah, Norhaili Ahmad Mokhtar atas nama Zizie Izette atas sebab dan tempat yang sama, pada jam 12.28 tengah hari pada 19 Jun 2015.

Pertuduhan dibuat mengikut Subseksyen 17(a) Akta SPRM 2009 dan boleh dihukum bawah Seksyen 24(1) akta sama yang membawa hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, Zizie Izette berdepan tiga pertuduhan bersubahat dengan suaminya berhubung perkara itu di lokasi, tarikh dan masa sama.


Sumber : Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Farnor 16-1-2026 05:30 PM
Bertabahlah zizie.
Quote anarina 16-1-2026 06:22 PM
Alhamdulillah bagus lah tu, yg mati tu selamat yg idop sesedap engkooo je nak release byk cantekkk muka
Quote B40tastePosh 18-1-2026 03:34 PM
Kesiannya, hadap semua seorang diri.
Quote sharlenetexas 18-1-2026 04:43 PM
Jijie ni ayah dia mantan kp selangor. Kalau ikut perkiraan acik2 bodgos, dia ni dari family old moneh lerr khuensss?

Quote sukagosip77 18-1-2026 05:39 PM
Asset dia tak perlu dibekukan ke? Sape2 yg arif undang2 blh explain?
Quote emera 18-1-2026 05:54 PM
Kena hadap sorg2.
Quote becir 18-1-2026 10:38 PM
semua benda ada digital trail, apa yg bangang sgt
Quote babynina30 18-1-2026 10:59 PM
Hazlaili tu yg miliyenair sisters tu kn?
Quote missyL 19-1-2026 01:50 AM
anarina: Alhamdulillah bagus lah tu, yg ...


Selamat apa u
Lg seram.
Terus ke mahkamah teragung
Quote s@s@ 19-1-2026 08:10 AM
lepas sbb dah mati ke?
kes tun daim lepas gak ke?
Quote KamikuP 19-1-2026 11:57 AM
Kes Daim apaciter? Dah meninggal pun kerajaan madani korek sehabis boleh
Quote keristiga11 20-1-2026 10:12 AM
So poor
Quote mrsLucky 20-1-2026 11:32 AM
I cannot imagine the pressure yang Zizie hadapi sekarang. Sorang2 kena hadap.

Bung pula sebelum meninggal kata dia tak tau duit tu masuk akaun bini.


Peguam: Adakah Datuk Seri mengetahui secara pasti bahawa Datin Seri Zizie Izette A Samad telah menerima wang sebanyak RM2.8 juta daripada Norhaili dan Madhi pada Jun 2015?

Bung Moktar: Saya tidak tahu.

Peguam: Adakah Datuk Seri telah mengarahkan atau meminta Zizie Izette menerima wang tersebut bagi pihak Datuk Seri?
Bung Moktar: Tidak pernah, kerana saya langsung tidak tahu mengenai perkara itu.


Quote IzzahF 20-1-2026 11:48 AM
KamikuP replied at 19-1-2026 11:57 AM
Kes Daim apaciter? Dah meninggal pun kerajaan madani korek sehabis boleh

madapni mmg takut sgt kalo ada melayu kaya. tu yg korek sehabis boleh..kaya dan bijaksana. takat arwah bung ni dia tau dah kaya sbb rasuah je
Quote IzzahF 20-1-2026 11:50 AM
mrsLucky replied at 20-1-2026 11:32 AM
I cannot imagine the pressure yang Zizie hadapi sekarang. Sorang2 kena hadap.

Bung pula sebelum me ...

cara dia jawab tu mcm bini dia punya kerja sorang2 pepandai cuci duit kiri kanan


yg bini pun akaun sndiri, takkan ko tak tau ada duit masuk, mestilah tau kan.siap belanja lg kan. dah la ko suri rumah aje. so jawabnya mmg kena hadap la...

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 07:06 AM GMT+8 , Processed in 0.464348 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top