CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Buat house tour, kami nak tengok’ – Siti ‘berehat’ di rumah Dubai

19-1-2026 12:30 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 5323| Komen: 124

 



Selepas merealisasikan konsert berskala mega di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dilihat mengambil kesempatan meluangkan masa berehat bersama keluarga di Dubai.

Menariknya, Siti atau nama lengkapnya Siti Nurhaliza Tarudin, 47, difahamkan pulang ke kediamannya yang terletak di The Address, Dubai Mall, sekali gus mencuri perhatian peminat.

Rata-rata peminat tidak ketinggalan meninggalkan komen berseloroh selain teruja melihat perkongsian penyanyi kesayangan mereka itu.

 

“Seronoknya Tokti balik rumah Dubai, tolong buat ‘house tour’. Kami nak tengok,” ujar pengikut.

“Wah tiba-tiba dah sampai di Dubai. Selamat bercuri Kak Iti dan keluarga,” ujar peminat lain.

Sebelum itu, pelantun lagu Menamakanmu Cinta itu memuat naik video ‘boomerang’ anak lelakinya, Afwa ketika berada di dalam kapal terbang.

Dalam hantaran tersebut, penyanyi kesayangan ramai itu hanya memohon doa orang ramai agar perjalanan mereka selamat pergi dan pulang tanpa mendedahkan destinasi sebenar.

“Bismillah, selamat malam semua. Doakan perjalanan Afwa selamat pergi dan pulang,” katanya ringkas.

Pada 10 Januari lalu, Siti sekali lagi mencipta kejayaan menerusi konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza: Passion, Sincere and Love di SNBJ yang dibanjiri 65,000 penonton.

Untuk rekod, konsert paling ramai bilangan penonton di Malaysia masih dipegang Coldplay menerusi Coldplay: Music of the Spheres dengan lebih 81,000 penonton.

Bagaimanapun, dengan penganjuran Legacy 30 Siti Nurhaliza menjadikan penyanyi lagu Cindai itu satu-satunya penghibur memiliki dua konsert dihadiri lebih 65,000 di Malaysia selepas mencipta rekod terdahulu, Siti Nurhaliza: Fantasia Tour pada 2004 (70,000 penonton). 


Sumber: Kosmo


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote seri_mawr 19-1-2026 12:44 PM
satu konsert 70k... satu lagi konsert 65K..ni klu satu tiket harga 100 pun udah juta2 dapat...tahniah tok ti....
Quote rainbowrainz 19-1-2026 04:24 PM
Lai Lai lai
Quote sukanyanyi 19-1-2026 04:32 PM
Healing lps byk kena bahan psl lompatan? Tp tokiti kuat..idok ler terus nk bersara mcm lindayelite nk kuar kumpulan lps pakaian kat konsert dikritik..
Quote MatDeghem 19-1-2026 04:51 PM
seri_mawr replied at 19-1-2026 12:44 PM
satu konsert 70k... satu lagi konsert 65K..ni klu satu tiket harga 100 pun udah juta2 dapat...tahnia ...

70,000 + 65,000 = 140,000 x average ticket rm 200 = rm28 juta.
Bayangkan peminat nya rakyaat malaysia spend 28juta untuk tengok Hajjah Iti.  


Tapi Jah Iti tak dapat 28 juta lah...cost agak tinggi.  tapi kita focus pada pembayar, peminat yang keluar duit. $28juta untuk Jah Iti.

Kaya lah owang malaysia.


Quote MatDeghem 19-1-2026 04:53 PM
Meh lah kita semua tengok rumah mewah Jah Iti di Dubai.....

Tok Misai juga yang untung.
Quote NuansaBiru 19-1-2026 07:07 PM
Pandai tok misai cari suami yg kuat bekerja menanggung keluarga, hidup sebagai tai-tai ni seriously best
Quote fadz84 19-1-2026 07:26 PM
Mana satu yg betul jumlah penonton Legacy 30 haritu? SNBJ tulis 72k.. dlm newspaper byk tulis 65k..
Quote noor2 19-1-2026 07:33 PM
Berapa juta dia beli rumah tu...satu2nya artis Malaysia yg mampu beli rumah di dubai...di negara lain pun mesti CT mampu juga
Quote sharlenetexas 19-1-2026 08:02 PM
Serap ada menyemak jugak ke tu?


Quote sharlenetexas 19-1-2026 08:09 PM
Bertambah haters tokti semenjak konsert lepas.


Quote SalenaGomez 19-1-2026 09:25 PM
MatDeghem replied at 19-1-2026 04:51 PM
70,000 + 65,000 = 140,000 x average ticket rm 200 = rm28 juta.
Bayangkan peminat nya rakyaat mala ...

Yg dtg konsert siti, byk juga dr singapore n indonesia. Ni based on yg lalu lalang kat insya SG
Quote hyie 19-1-2026 10:27 PM
fadz84 replied at 19-1-2026 07:26 PM
Mana satu yg betul jumlah penonton Legacy 30 haritu? SNBJ tulis 72k.. dlm newspaper byk tulis 65k..

asalnya jualan tiket 65k, tapi dalam 2 minggu sebelum konsert hingga hari konsert, diorang ada je bukak lagi seat jualan, masa malam konsert lepas scan baru dapat total sebenar iaitu 72k. Maybe kira sekali seat untuk geng cuckoo bagai + vip yang datang jugak
Quote hyie 19-1-2026 10:28 PM
noor2 replied at 19-1-2026 07:33 PM
Berapa juta dia beli rumah tu...satu2nya artis Malaysia yg mampu beli rumah di dubai...di negara lai ...

dengarnya rm60jota
Quote hyie 19-1-2026 10:29 PM
sharlenetexas replied at 19-1-2026 08:02 PM
Serap ada menyemak jugak ke tu?

guess what meols tak nampak kelibat serap yach malam tu maybe ada urusan lain takpun kena jaga anak kat rumah, hantar bini jadi wakil tibehhh
Quote aint 19-1-2026 10:35 PM
hyie replied at 19-1-2026 10:28 PM
dengarnya rm60jota

wahh... 60juta kt dubai bole wat bungalow 6 ataub10 bijik kt msia

byk duit tol tokti
Quote sharlenetexas 19-1-2026 10:46 PM
hyie replied at 19-1-2026 10:29 PM
guess what meols tak nampak kelibat serap yach malam tu  maybe ada urusan lain takpun kena ja ...

Budak budak kena tido awal.


Quote noor2 19-1-2026 11:13 PM
hyie replied at 19-1-2026 10:28 PM
dengarnya rm60jota

Wahhhh....mahalnya..kaya gila
Quote L.U.S.M 20-1-2026 07:36 AM
sukanyanyi: Healing lps byk kena bahan psl ...

Hahahahahaha ouchhhh
Quote L.U.S.M 20-1-2026 07:37 AM
hyie replied at 19-1-2026 10:28 PM
dengarnya rm60jota

Yeke dia je sorg org msia beli rumah kat Dubai?

Lihat semua komen(124)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2026 01:10 AM GMT+8 , Processed in 0.086757 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top