|
Pelakon dan penyanyi, Diana Danielle memaklumkan bakal melancarkan sebuah lagu sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi. Diana atau nama lengkapnya Diana Danielle Danny Beeson berkongsi perkara tersebut menerusi akaun Threads miliknya. Menurut Diana, dia tetap optimis untuk bernyanyi meskipun mendakwa ada segelintir pihak yang kurang senang dengan nyanyiannya. New raya song coming up! Saya tahu ramai yang suruh saya berhenti menyanyi, dulu pun ramai suruh jangan berlakon. Saya memang degil. Tambah pelakon filem Magika itu, dia bersedia untuk terus menghasilkan karya nyanyiannya walaupun menerima kritikan. Kalau terseksa dengar suara saya dekat radio, lagi rancaklah saya keluarkan lagu sebab saya nak kalahkan takhta ‘penyanyi nombor satu’ itu. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur dengan usikan Diana untuk mengalahkan usahawan, Datuk Seri Aliff Syukri dalam bidang nyanyian.
Dalam masa sama, terdapat segelitir warganet yang menyokong karier nyanyian ibu kepada dua orang anak itu. Sumber: Threads Diana Danielle, Oh Bulan |
ADVERTISEMENT