CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tiada keperluan bawa kes curi kabel ke Parlimen - Anthony Loke

20-1-2026 04:07 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 302| Komen: 4

  



KUALA LUMPUR – Tiada keperluan untuk membawa isu kecurian kabel kereta api ke Parlimen memandangkan penguatkuasaan boleh dilakukan oleh pihak polis di bawah peruntukan undang-undang sedia ada.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, kerajaan mengadakan perbincangan dengan Kementerian Dalam Negeri dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi menangani kawasan ‘hot spot’ yang dikenal pasti.

“Kita mempunyai undang-undang dan polis proaktif dalam menangani kes ini. Ia tidak melibatkan Parlimen kerana undang-undang yang ada akan dikuatkuasakan selain terdapat langkah mitigasi tambahan,” katanya pada sidang akhbar Perkhidmatan KTM Komuter sempena Thaipusam 2026 di sini, hari ini.

Sebelum ini, Anthony dilaporkan berkata, insiden kecurian kabel di sepanjang rangkaian Keretapi Tanah Melayu Berhad menyebabkan kelewatan masa operasi keseluruhan selama 562 jam bagi perkhidmatan tren elektrik (ETS) tahun ini, manakala 741 jam bagi KTM Komuter tahun lalu.

Dalam perkembangan lain, Anthony menjangkakan projek pemulihan Klang Valley Double Tracking (KVDT) dari Subang Jaya ke Klang dapat disiapkan dalam suku pertama tahun ini.

“Ini adalah projek pemulihan di bawah fasa kedua KVDT. Sudah tentu ia bukan keseluruhan kerana fasa penuh mengambil masa beberapa tahun sehingga Seremban,” katanya.

Tambahnya, langkah-langkah diambil bagi memastikan kerja pembinaan dijalankan dengan cepat dan tidak menjejaskan pengguna.  


Sumber – KOSMO! ONLINEKUALA LUMPUR – Tiada keperluan untuk membawa isu kecurian kabel kereta api ke Parlimen memandangkan penguatkuasaan boleh dilakukan oleh pihak polis di bawah peruntukan undang-undang sedia ada.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, kerajaan mengadakan perbincangan dengan Kementerian Dalam Negeri dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi menangani kawasan ‘hot spot’ yang dikenal pasti.

“Kita mempunyai undang-undang dan polis proaktif dalam menangani kes ini. Ia tidak melibatkan Parlimen kerana undang-undang yang ada akan dikuatkuasakan selain terdapat langkah mitigasi tambahan,” katanya pada sidang akhbar Perkhidmatan KTM Komuter sempena Thaipusam 2026 di sini, hari ini.

Sebelum ini, Anthony dilaporkan berkata, insiden kecurian kabel di sepanjang rangkaian Keretapi Tanah Melayu Berhad menyebabkan kelewatan masa operasi keseluruhan selama 562 jam bagi perkhidmatan tren elektrik (ETS) tahun ini, manakala 741 jam bagi KTM Komuter tahun lalu.

Dalam perkembangan lain, Anthony menjangkakan projek pemulihan Klang Valley Double Tracking (KVDT) dari Subang Jaya ke Klang dapat disiapkan dalam suku pertama tahun ini.

“Ini adalah projek pemulihan di bawah fasa kedua KVDT. Sudah tentu ia bukan keseluruhan kerana fasa penuh mengambil masa beberapa tahun sehingga Seremban,” katanya.

Tambahnya, langkah-langkah diambil bagi memastikan kerja pembinaan dijalankan dengan cepat dan tidak menjejaskan pengguna.  


Sumber – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Decaffeinated 20-1-2026 04:31 PM
Ada siapa suruh bawa ke parlimen ka, motif?
Quote KamikuP 21-1-2026 03:09 PM
Kat area perumahan puak2 kicap kelly.ng suka curik kabel... so howw..?
Quote Skuau 21-1-2026 05:21 PM
KamikuP replied at 21-1-2026 03:09 PM
Kat area perumahan puak2 kicap kelly.ng suka curik kabel... so howw..?

akan dibagi 'pampasan'.....
Quote Purestteam1 21-1-2026 08:52 PM
mohon bawak la isu pemandu mabuk...

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 05:28 AM GMT+8 , Processed in 0.278168 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top