|
KUALA LUMPUR – Sebanyak 44 peratus tiket untuk perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) bagi musim balik kampung sempena Hari Raya Aidilfitri telah terjual setakat ini dan dijangka habis sekitar Februari 2026.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, bagi menampung permintaan tinggi daripada pengguna, KTMB akan menambah perkhidmatan Keretapi Elektrik Berkelajuan Tinggi (ETS) dengan menawarkan lapan trip tambahan bagi tempoh 13 hingga 29 Mac depan. “Laluan yang terlibat termasuk Johor Bahru (JB) Sentral–Kuala Lumpur (KL) Sentral–JB Sentral, KL Sentral–Padang Besar–KL Sentral, KL Sentral–Ipoh–KL Sentral dan KL Sentral–Butterworth–KL Sentral,” katanya pada sidang akhbar Perkhidmatan KTM Komuter sempena Thaipusam 2026 di sini, hari ini. Menurut beliau, sebanyak 36,540 tiket akan ditawarkan untuk tempoh tambahan ini dengan purata dua trip sehari bagi setiap laluan. “Jualan tiket bagi perkhidmatan tambahan ETS sempena Hari Raya Aidilfitri ini akan bermula pada 1 Mac 2026,” katanya. Sumber : – KOSMO! ONLINE
|


Kitty_catz replied at 20-1-2026 05:30 PM
baju raya pun udah klua kome uii
udah beli ke acik2 por sekalian?
prince_marhaen replied at 21-1-2026 03:36 AM
Dah beli & alter siap2 before Xmas lepas...hahahahhaaha awal kan.. time tu clearance semua online ...

prettyuglybabe replied at 21-1-2026 03:31 AM
yang penting, puasa dah habis ganti ke belum

Kitty_catz replied at 20-1-2026 05:47 PM
amboiiii kumiann dier terpaling raya
kaler apatu? kata this year punya theme matca stoberi







prince_marhaen replied at 21-1-2026 09:52 AM
Hahaha warna Fushia Pink / Magenta uolssss!!! Menyalaaaahhh! { ...

ADVERTISEMENT