|
PETALING JAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menyiasat kandungan China Press yang didakwa mengandungi kesilapan terjemahan titah Yang di-Pertuan Agong ketika Istiadat Pembukaan Sidang Parlimen semalam. Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, siasatan dibuat selepas pihaknya menerima aduan rasmi daripada orang awam mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Menurut beliau, peruntukan itu adalah berkaitan penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan komunikasi yang boleh menimbulkan kekeliruan, kegusaran awam dan menjejaskan keharmonian masyarakat. “Sekiranya terdapat laporan polis dibuat oleh mana-mana pihak, perkara itu adalah berasingan dan diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menyiasat mengikut peruntukan undang-undang sedia ada,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Loading FB Post... Fahmi menggesa Majlis Media Malaysia sebagai badan bebas memainkan peranan bagi memastikan pematuhan etika kewartawanan, selain menggalakkan pelaporan yang bertanggungjawab dan tepat. Katanya, majlis itu juga perlu berfungsi sebagai platform mengawal selia kendiri bagi menangani aduan serta isu berkaitan media secara profesional dan berintegriti. Loading FB Post... Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mengeluarkan komen melampau atau berunsur fitnah di media sosial, selain menghormati Institusi Raja dan memberi ruang kepada proses undang-undang yang sedang berjalan. Sumber : – KOSMO! ONLINE |

A-Are replied at 21-1-2026 10:30 AM
Ada beza tidak tahu dan tidak terima...itulah sebab kena paham Bahasa Malaysia..press pon xreti2 ke ...
kemaruk replied at 21-1-2026 02:34 AM
Dorang terasa kot
Kalau dah 20-30 tahun duduk malaysia tapi masih tak tahu bahasa melayu, maksudn ...
imransulaiman replied at 21-1-2026 08:30 PM
Sisi positif Indonesia yang aku tabik - cina kat sana fasih bahasa Indonesia sebab tak boleh sewenan ...
ADVERTISEMENT