CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rompakan bersenjata api ala koboi di Nilai, Dalam tempoh seminit 25 saat, dua perompak larikan emas RM60,000

21-1-2026 08:44 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 979| Komen: 33

 



NILAI – Dalam tempoh seminit 25 saat dua perompak bertopeng bersenjatakan pistol bertindak nekad melarikan 15 dulang barang kemas bernilai RM60,000 ala koboi dari sebuah kedai di dalam pasar raya di Bandar Baru Nilai, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 malam, kedua-dua suspek lelaki disyaki warga tempatan itu memakai topi kaledar dan melarikan diri menaiki sebuah motosikal Yamaha Y15 berwarna biru.

Melalui pemerhatian di dalam sebuah video tular mendapati dua lelaki tersebut melakukan perbuatan terkutuk itu dalam tempoh masa seminit 25 saat. Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Johari Yahya berkata, seorang daripada suspek dipercayai bersenjatakan pistol, namun tiada sebarang tembakan dilepaskan dan tiada kecederaan dilaporkan.

“Ketika kejadian, hanya terdapat dua pekerja berada di dalam kedai emas berkenaan dan tiada pelanggan,” katanya ketika dihubungi malam tadi.

Menurutnya, suspek melarikan 15 dulang barang kemas terdiri daripada cincin, loket, gelang dan rantai serta dipercayai menggunakan beg penghantaran berwarna oren untuk membawa keluar barang rampasan.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 4, Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 dan orang awam yang mempunyai maklumat diminta menghubungi IPD Nilai atau balai polis berhampiran.


Loading FB Post...


Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kemaruk 21-1-2026 09:33 AM
Masih amanan
Quote putribonda 21-1-2026 10:29 AM
macam manalah tak senang2 merompak eh.
kita memang takleh buat apa/takut kalau bawak senjata.
nak tunggu polis sampai pun ambik masa.
risiko jugak kalau dgr siren polis dia tembak2 pulak.
sakit pulak hatiku tengok dia senangnyaaaa merompak.
Quote supernaturalee 21-1-2026 10:43 AM
moto masuk mall??

mana guard?

Quote supernaturalee 21-1-2026 10:44 AM
not the lalamove bag.......


Quote copy_paste 21-1-2026 10:52 AM
kenapa la xde pencuri moto kat situ,
kalau ada pencuri moto x sampai 2saat dah berjaya bwk lari motor tuh,
Quote Kitty_catz 21-1-2026 10:59 AM
keja malasss

lemahhh
Quote renko 21-1-2026 11:08 AM
paria2 ni kalau kena tembak mampos
menyalak2 anjing bangsa dia duk bekap
padahal mmg jahat
Quote Buritan 21-1-2026 02:39 PM
renko: paria2 ni kalau kena tembak ma ...


Paria ke pun. Taknmpk pun.. Tp yg kat kipmall tu ari depa kata paria
Quote Samerosie 21-1-2026 02:56 PM
Motor masuk dlm mall guard tak perasan ke? Kat nilai ni ada mesa mall, aeon mall, tesco and giant.  Kat yg mana satu?
Quote pengecatbintang 21-1-2026 04:39 PM
15 dulang nilai RM60,000?

biaq betoi?

Quote azimodin 21-1-2026 04:42 PM
Edited by azimodin at 21-1-2026 04:43 PM
Samerosie replied at 21-1-2026 02:56 PM
Motor masuk dlm mall guard tak perasan ke? Kat nilai ni ada mesa mall, aeon mall, tesco and giant.   ...


Bukan aeon mall sebab coolblog aeon depan daily fresh kat tingkat atas. Kedai emas kat ground kan.. tu pon guard pegang senapang. Giant xde kedai emas dalam mall, kedai emas dia kat luar.. probably lotus kot. Messa pon xde kedai emas rasanya.
Quote imthegirl 21-1-2026 04:48 PM
mana 25 saat nye?
Quote Rdizz 21-1-2026 04:50 PM
pengecatbintang replied at 21-1-2026 04:39 PM
15 dulang nilai RM60,000?

biaq betoi?

Mcm tak leh caya je, dulang kosong atau emas tiruan. Padan muka perompak, dpt ciput kena bahagi 2 org pulak.
Quote plywood 21-1-2026 04:54 PM
mana dpt pistol...

makin meresahkan, baru2 ni ada tembakan di pam minyak...

Quote tungkai 21-1-2026 04:56 PM
Sekali check emas Zhulian
Quote kotakbaju 21-1-2026 04:58 PM
imthegirl replied at 21-1-2026 04:48 PM
mana 25 saat nye?

Chuol tertinggal seminit di depan 25 saat tu.
Quote adiputras 21-1-2026 05:25 PM
pengecatbintang replied at 21-1-2026 04:39 PM
15 dulang nilai RM60,000?

biaq betoi?


15 dulang tak mgkin cuma 100 gram beratnya barang kemas tu. Nilai RM600,000 boleh percaya!
Quote ninja boy 21-1-2026 05:49 PM
Edited by ninja boy at 21-1-2026 05:51 PM

Sikit sgt 60k tu macam 6-10 gelang jah pakai beg silang muat, ini pakai bag besar ingat dpt tangkap 5 kg emas
Kedai dpn pintu masuk mmg target
Quote pocongkiutss 21-1-2026 06:02 PM
Nilai skrg dh mcm darul colombia

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2026 01:10 AM GMT+8 , Processed in 0.035800 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top