|
Kuala Lumpur: Bekas Panglima Angkatan Tentera (PAT), bekas Panglima Tentera Darat (PTD) dan seorang wanita yang disiasat berkaitan rasuah serta salah guna kuasa akan dituduh di mahkamah bermula esok.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan pihaknya memperoleh izin Peguam Negara untuk mendakwa Tan Sri Mohd Nizam Jaafar (bekas PAT), Tan Sri Hafizuddiean Jantan (bekas PTD) dan Salwani Anuar yang juga isteri Hafizuddiean. Katanya, Hafizuddiean dan Salwani masing-masing akan didakwa di Mahkamah Khas Rasuah di sini, esok terhadap empat pertuduhan mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001). "Hafizuddiean akan turut didakwa atas dua lagi pertuduhan di bawah seksyen serta akta yang sama di Mahkamah Khas Rasuah Shah Alam, Selangor pada Jumaat ini. "Manakala, isterinya akan menghadapi satu lagi pertuduhan di bawah seksyen serta akta yang sama di Mahkamah Sesyen Jertih, Terengganu pada Isnin depan," menurut SPRM dalam kenyataan hari ini. Sementara itu, SPRM berkata, Mohd Nizam akan dituduh di Mahkamah Khas Rasuah di sini pada Jumaat, membabitkan dua pertuduhan di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009 susulan siasatan salah guna kuasa melibatkan Tabung Kebajikan Angkatan Tentera (TKAT). "Beliau juga menghadapi satu pertuduhan pecah amanah di bawah Seksyen 409 serta satu pertuduhan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan," kata SPRM. SPRM memaklumkan bahawa siasatan terhadap dua lagi pegawai kanan Angkatan Tentera (ATM) kini berada di peringkat akhir dan kertas siasatan akan dikemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) dalam masa terdekat untuk tindakan lanjut. Sumber : – Harian Metro
|

Kiahlemau replied at 21-1-2026 07:33 PM
Jadi first wife si bekas ptd tu tak kena la ye
Kiahlemau replied at 21-1-2026 07:33 PM
Jadi first wife si bekas ptd tu tak kena la ye
Kiahlemau replied at 21-1-2026 07:33 PM
Jadi first wife si bekas ptd tu tak kena la ye
sukagosip77 replied at 21-1-2026 10:02 PM
Takkan lah first wife tak tau. Nmpk beno nipunya. Branded head to toe
sukagosip77 replied at 21-1-2026 10:02 PM
Takkan lah first wife tak tau. Nmpk beno nipunya. Branded head to toe
KamikuP replied at 22-1-2026 03:18 PM
kU SANGKA DUA, RUPANYA 3.. tRULY aBG jAMIL PENYAKAU NEGARA
Gigihadidnt replied at 22-1-2026 05:07 PM
Geng geng uniform ni suka betul berpoligami

Nurul8001 replied at 22-1-2026 05:54 PM
Geng2 Pak Lebai, Ustaz ustaz pun ramai je Poligami. Cikgu2 pun ramai.
Pendek kata, selagi pekerjaa ...

ADVERTISEMENT