CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Tak puas hati, kita boleh jumpa, Threads saya secara general’ - Kata Janna Nick kepada Puteri Balqis

25-1-2026 10:21 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 36746| Komen: 7

 


Terheret kancah sengketa berantai pucuk muda sensasi Puteri Balqis dalam media sosial, pelakon Janna Nick pula secara terbuka mengajak selebriti berusia 19 tahun itu bersemuka secara ‘online’ bagi menjernihkan kekeruhan antara mereka.

Bersikap seolah-olah tidak tahu apa-apa, pelakon yang sedang menetap di United Kingdom itu juga sempat menanyakan Balqis tentang masalah sebenar mereka.

“Salam, boleh tahu apa isu awak dengan saya? Kalau ada yang tak puas hati, kita boleh jumpa secara atas talian sebab saya sekarang berada di London.”

Menepis dakwaan sengaja mencurahkan minyak ke dalam api, Janna atau nama lengkapnya Nurul Jannah Muner, 31, memaklumkan hantaran Threads sebelum ini bersifat umum dan tidak berniat mempertahankan mana-mana individu.

“Threads saya itu secara general, tak merujuk untuk pertahankan Mia Sara.

“Saya seorang yang pendendam, sangat teruk tapi bila saya cuba melepaskkan (tak sepenuhnya), saya rasa lebih baik.


“Tapi kalau awak rasa dengan cara macam ini buat awak puas, buatlah. Saya harap awak sembuh,” katanya dalam hantaran InstaStory.

Menyingkap memori lama, pelakon filem Kimchi Untuk Awak itu mengakui pernah berasa sayu melihat situasi Puteri Balqis atau mesra disapa Aqish yang terpaksa bekerja pada usia yang sangat muda.

“Kita berlakon bersama masa awak kecil, saya ingat trauma saya tercetus apabila melihat seseorang yang berkaitan dengan awak tidur terbongkang di dalam bilik yang saya ingin gunakan untuk solat (bukan mak awak).

“Saya tak suka melihat keadaan awak digunakan untuk cari rezeki, masa awak kecil.

“Saya rasa sangat sedih sebab saya kenal awal sangat.,” katanya lagi.

Dalam masa sama, Janna mendakwa pernah menjadi mangsa pulau dalam kalangan rakan selebriti selama beberapa tahun akibat tindakan ibu pelakon remaja tersebut.

“Saya tak kenal awak secara peribadi dan ‘vice versa’. Selepas kita selesai penggambaran, saya ajak keluarga awak makan malam bersama dan diberitahu awak tak nak datang.

“Saya tidak tahu apa terjadi. Selepas itu mak awak burukkan saya dalam kumpulan WhatsApp (diberitahu Micheal Ang) selepas habis penggambaran bersama.

“Sejak itu saya dipulaukan rakan selebriti mak awak untuk beberapa tahun,” jelasnya.

Meskipun wujud perselisihan faham, Janna tetap memuji bakat besar dan dedikasi luar biasa yang dimiliki Aqish sejak zaman kanak-kanak lagi.

“Saya rasa pertemuan saya dengan awak dan mak awak terlalu singkat.

“Saya masih ingat, awak bawa patung Darth Vader datang set. Saya kagum betapa dedikasinya awak.

“Awak tak macam budak-budak lain dan setiap kali saya melihat awak, saya nampak diri sendiri,” tuturnya.

Sebelum ini, Aqish menyembur sikap Janna yang dirasakan masuk campur dalam sengketa yang dihadapinya tanpa memahami situasi sebenar.

Terdahulu, Janna memuat naik hantaran dalam Threads berkaitan melepaskan dan tidak menyimpan dendam terhadap seseorang.

Bagaimanapun, Janna tidak menyebut nama mana-mana pihak berhubunga hantaran tersebut.

Sejak semalam media sosial panas sebaik Puteri Balqis menyeru pelakon Mia Sara menyelesaikan isu antara mereka selepas wanita berusia 20 tahun itu didakwa turut pernah memalukan ibunya. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote alesandra 25-1-2026 10:27 AM
syukurlah benda2 bodoh neh takde kat X..walau ada yg gatai tangan yg cuba bawak ke dlmnya
Quote me12345 25-1-2026 02:41 PM
Mak aqish ni pun lalok kan ... jd apa yg nk di herankan org lalok ni
Quote tumpanglalu74 25-1-2026 03:28 PM
[youtube]HHP5MKgK0o8?si=qBoCH6qwxeq3kwn0[/youtube]
https://youtu.be/HHP5MKgK0o8?si=qBoCH6qwxeq3kwn0

Quote noor2 26-1-2026 04:59 AM
Aku lagi x faham org sembang ttg thread. Thread tu mcm thread forum ke apa...x pernah2 aku masuk sana..artis mmg ramai menulis kat thread tu ke ?.
Quote KamikuP 26-1-2026 10:03 AM
Mujur meolls takde threads... semak ada byk medsos ni.. cukup le ada ig dan fb jahhh.. ekekek

Quote brunesss 26-1-2026 10:10 AM
done unfollow JN. buruk perangai JN ni kan
Quote JiEunTak 26-1-2026 10:20 AM
penuhhhh weekend aku ngan kisah PB vs MS.
some one PLS LAH enlighten me, apa PUNCA sebenar PB mengamuk and londeh habisss si MS nih...?

yg aku faham dari threads --- dia dibuli masa kecik oleh MS dan konco2nya... dah tu kenapa dah besar2 ni tetiba meletop sebegini rupa..??

maaf lah btt di benang JN, but x berminat lgsg nak tau pasai JN mencapub kisah PB ni

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2026 06:42 AM GMT+8 , Processed in 0.183266 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top