CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Terima kasih doakan saya. Alhamdulillah’ – Amyra Rosli jalani pembedahan apendiks

28-1-2026 05:46 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 17352| Komen: 2

 



“Amyra ada komplikasi di apendiks. Dah buat pembedahan, Alhamdulillah”.

Demikian hantaran pelakon, Amar Baharin di laman sosial mengenai keadaan isterinya juga aktres, Amyra Rosli yang selamat menjalani pembedahan, kelmarin.

Amar atau nama lengkapnya Amar Mohd Baharin, 40, bersyukur prosedur pembedahan akibat komplikasi apendiks yang dialami isterinya berjalan lancar.

Malah dia juga berharap belahan jiwanya itu dapat berehat dan cepat sembuh.

“Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah Kau permudahkan pembedahan isteriku.

“Berehat ye sayang. Dunia dah semakin tenat,” katanya.

Pada hantaran sama, Amar turut menzahirkan terima kasih kepada orang ramai yang mendoakan kesejahteraan Amyra.

Semoga ALLAH membalas kebaikan kamu yang mendoakan dengan kebaikan dan sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada fitnah kehidupan dan kematian,” ujarnya.

Hantaran pelakon drama Biarkan Ia Pergi itu meraih maklum balas pengikut yang rata-rata menitipkan doa agar ibu kepada dua anak itu cepat pulih.

Bahkan, Amyra yang membalas komen peminat dengan ucapan terima kasih turut menyatakan dirinya baik-baik sahaja.

“Terima kasih semua orang atas doa dan ucapan. Alhamdulillah, pembedahan berjalan lancar dan saya kini fokus dalam pemulihan.

“Kepada suami, terima kasih kerana sentiasa bersama dan menjaga saya dengan baik,” katanya.

Menerusi gambar dikongsikan dalam Instagramnya, Amyra difahamkan masih ditempatkan di hospital bagi pemantauan. 


Sumber – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 28-1-2026 08:22 PM
Syafakallah.


Quote slyfynx 28-1-2026 09:47 PM
Syafakillah

Semoga cepat sembuh

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2026 06:01 AM GMT+8 , Processed in 0.796946 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top