CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Perempuan Cabut Lari Lepas Isi Minyak, RM100 Lesap!

4-2-2016 01:19 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 12754| Komen: 69

Oleh Adib Za


Seorang wanita yang memandu kereta mewah Hyundai didakwa telah memecut kereta sejurus selepas mengisi minyak keretanya.


Tanpa membayar terlebih dahulu, menyebabkan petugas Petronas Tupai, Taiping dikatakan terpaksa menanggung kerugian akibat perbuatan tak bertanggungjawab wanita itu. 


Pihak stesen minyak itu malangnya tidak dapat merakam nombor plat kenderaan wanita itu kerana keadaan CCTV yang agak usang. 


Petugas itu bagaimanapun mengambil inisiatif berkongsi kisah itu di laman sosial, dengan tujuan memberi pengajaran kepada semua, lebih-lebih cashier yang disifatkan bukanlah berpendapatan tinggi. 


Tidak pasal-pasal terpaksa tanggung kerugian akibat pengguna yang mencuri cara begini. 




"Takda berperikemanusiaan langsung..dah la gaji kami tak banyak nak tanggung pula short. Kalau setakat RM10 takpa..ini mencecah RM100!" ujar petugas stesen minyak ini. 


Perkara begini seharusnya boleh dielakkan namun apa yang telah berlaku diharapkan menjadi iktibar buat semua pihak agar lebih berhati-hati. Kepada 'pencuri' jangan buat tak tahu sahaja, bayarlah semula RM100! - CARI Infonet

4

Bagus
3

Marah
9

Terkejut
4

Sedih
7

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (28 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nurul_akmar 4-2-2016 01:48 PM
Dlm dunia pon ada org mcm ni. Minyak turun pon kedekut ke? Pengajaran jugak dekat cashier. Nxt time soh dia bayar dulu.
Quote fifie_olin 4-2-2016 01:53 PM
selagi x byr jgn la bg sibaghal ni isi minyak...kne la tegas...kalo dia melawan pggl mgr
baik hati sgt...jenuh la nk gnti blk
Quote nakkomenjugak 4-2-2016 02:00 PM
iols ex cashier shell, benda cmni memang berlaku. nak isi minyak je tapi belagak. siap maki hamun cam kita ni bangla. hello klo short memang duit cashier yang kena potong hokayyyy! gaji cashier bukan beribu riban. tak halal weh duit tu! cash la kalau cashier tu doakan ko accident.
Quote mizkajura 4-2-2016 02:13 PM
puiii sgt perangai kau pompuan. kete pinjam ke?????
Quote krustykrab 4-2-2016 02:14 PM
ish...tak tau plak kalo nk isi minyak, maki hamun cashier, boleh isi dulu tanpa bg deposit....
tp skrg tak pakai cash dah, guna je kad shell fleet....
Quote Ferr_Remy 4-2-2016 02:26 PM
Yg cashier tu pun bodoh. X baya lagi, jgn la kasi isi. Simple. Takat Maki tu ko tahan je la...
Quote financeadvisor 4-2-2016 02:28 PM
Walao.... org mcn ni pon ada... haiz...
Quote kentel 4-2-2016 02:39 PM
hehehe...bnda cmni sedap kalau kaka @Changa cerca
Quote kentel 4-2-2016 02:40 PM
next time, biar kena maki dari kena bayar shortage...jangan jadi cikki bodoh...
Quote mamapea 4-2-2016 02:44 PM
cashier ni la bodoh...tak byr lg mcmana blh bg isi minyak...lantak la dia nak maki ke apa...
Quote manjalara_01 4-2-2016 02:50 PM
tapi satu la yg terbaik...
lebih baik x payah pasang CCTV kalau usang tahap gini...
useless....

nak tunggu kes kena rompak bunuh..
baru nak upgrade CCTV....duh!!
Quote duniaku85 4-2-2016 03:03 PM
ada member asal taiping
pun pkai hyundai elantra kaler putih plate AJF***
hahaha kebetulan betul

tp dia lelaki..hmm
Quote missinpiece 4-2-2016 03:43 PM
Pagi2 dah kena maki mmg cashier tu mls melayan n trus bagi isi tanpa byr dulu la..mana tau rupa2 nya bertambah2 bala bila org tu larikkk :
Quote Skuau 4-2-2016 03:47 PM
Ada 2 jenis pencuri :1.Mencuri kerana xder duit 2.Mencuri kerana xnk kuar/bg duit.Yg ni,jenis yg ke 2 tu.
Quote gekkou 4-2-2016 03:55 PM
baru aku tahu boleh tak bayar dulu and isi minyak
Quote Levespa 4-2-2016 04:06 PM
manjalara_01 replied at 4-2-2016 02:50 PM
tapi satu la yg terbaik...
lebih baik x payah pasang CCTV kalau usang tahap gini...
useless....

Kann...nak tunggu jadi apa2 baru sebok nak buat perubahan upgrade apa semua..
Quote Levespa 4-2-2016 04:09 PM
Ambik pengajaran ye dik..Baik kena maki tak luak apa2 pun dari kena bayar shortage tu...lain kali suruh customer pi je petrol station lain kalau taknak bayar dulu jugak
Quote fcl29 4-2-2016 04:15 PM
gekkou replied at 4-2-2016 03:55 PM
baru aku tahu boleh tak bayar dulu and isi minyak

maybe sbb dia nk isi full... tu yg smpai maki hamun xnk byr.. padahal nk isi full kene dep RM100
Quote Mary_jane 4-2-2016 04:30 PM
No money no talk dik. Zaman ni sana sini orang saiko. Hati kena kebal sikit. Biar lah dia nak maki hamun pun, buat bodoh je. Skang kau juga yang susah.

Lihat semua komen(69)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 07:52 PM GMT+8 , Processed in 0.187679 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top