CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Mia Sara Kagumi Puteri Balqis, Niat Mahu Backup Disalah Tafsir - "Niat saya hanyalah untuk melindungi, bukan menghina"

30-1-2026 04:35 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 37592| Komen: 17

 



Pelakon Mia Sara berkata dia mengagumi bakat aktres Puteri Balqis serta melihatnya seorang yang mampu mengekpresikan perasaan dengan baik dalam lakonan.

Menerusi podcast bersama Datuk Aznil Hj Nawawi, Mia bagaimanapun berkata ramai yang menyalah tafsir serta  pelbagai artikel muncul mengundang kecaman terhadap kedua-dua pihak.

“Namun, industri menjadikan kami seolah-olah bermusuhan dan saling membenci antara satu sama lain. Kalau tak percaya cakap saya, boleh cari Puteri Balqis dan Mia Sara, artikel pertama kami, tahun berapa?

“Awak rasa logik ke budak tujuh tahun dengan enam tahun atau 5 tahun sebab saya percaya dia dua atau tiga tahun lebih muda pada saya nak ada isu dan itu adalah pertama kali kami bertemu antara satu sama lain,” katanya.

Sementara itu, Mia menjelaskan tindakannya ketika itu didorong kerana bimbang akan nasib Puteri Balqis akan menerima nasib sepertinya apabila menjadi sasaran netizen

Namun, Mia mengakui cara penyampaiannya telah menimbulkan salah faham dan mencetuskan reaksi negatif daripada masyarakat.

“Beberapa tahun kemudian, ketika saya berumur sekitar 15 tahun, orang ramai mula memuat naik gambar di TikTok dan terus mengecamnya dengan sangat keterlaluan.

“Saya risau Puteri Balqis akan melalui perkara yang sama seperti saya. Niat saya ketika itu hanyalah untuk mempertahankan dan menyokongnya.

“Saya cuba menyampaikan mesej supaya orang ramai menegur dengan baik dan tidak terus menghukum kerana kita tidak tahu apa yang seseorang itu lalui.

“Cara saya bercakap sangat mengundang salah faham dan mengakibatkan reaksi balas yang besar. Isu tersebut menjadi terlalu besar sehingga saya panik.

“Saya pernah terfikir untuk membuat permohonan maaf secara terbuka, namun ayah saya menasihatkan agar saya tidak menulis apa-apa kerana bimbang ia akan memburukkan lagi keadaan,” katanya.

Dalam pada itu, Mia turut mengambil peluang menyampaikan mesej kepada Balqis bahawa dia tidak pernah berniat memburukkan aktres itu serta mengakui dirinya ketika itu masih belum matang.

“Saya harap mesej saya sampai kepadanya bahawa saya tidak pernah berniat untuk bercakap buruk tentang dirinya. Saya akui ketika itu saya masih muda dan tidak matang. Niat saya hanyalah untuk melindungi, bukan menghina.

“Kecaman yang diterima sangat berat, termasuk daripada ibu bapa orang lain. Saya dicaci dan dihina, malah dikaitkan dengan penampilan saya.

“Apabila Twitter menjadi kecoh, keadaan mental saya semakin merosot. Saya merasakan semua orang membenci saya,” katanya.

Sumber: Youtube,Rotikaya
 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 30-1-2026 05:56 PM
Memang style mekap kesan hidung berminyakkah?


Quote lanacondor 30-1-2026 09:40 PM
Sambung belajar dik. Xpyhlah cri kje dlm bidang industri lagi. Awk muda lagi. Byk lg peluang
Quote kaedahnya 30-1-2026 10:58 PM
Mekap dalam video konon leak Tu lagi lawa. Entohlaa
Quote Miko.14 31-1-2026 01:45 AM
Terpaksa kutip kacang ????[em:9:]
Quote Lily_Elizabeth_ 31-1-2026 05:36 PM
Lawa budak ni makeup. Simple. Kulit lawa kut kan. Kulit muka dia. Nampak modern look. If Phoebe nampak garang dgn lipstick merah menyala, so 80s looks. Dgn contact lense warna kanta serigala.
Nampak old school girl.
Quote riyadhK 31-1-2026 07:59 PM
Entahla dik. Pepandai la setel. Mcm acik lana suggest kat atas tu, pegila sambung belajar.
Quote patchipink 31-1-2026 08:12 PM
ms dah seiras cadat amjah dah dlm pic nanges tue
Quote pocongkiutss 31-1-2026 08:15 PM
kaedahnya replied at 30-1-2026 10:58 PM
Mekap dalam video konon leak Tu lagi lawa. Entohlaa

Mata iols nmpk mcm org lain..tang idung
Quote kaedahnya 31-1-2026 08:44 PM
pocongkiutss replied at 31-1-2026 08:15 PM
Mata iols nmpk mcm org lain..tang idung

Sayang la dia Tu pompuan tapi merosakkan badan gituh i.e gugur & substance abuse
Quote contessa38 31-1-2026 10:56 PM
Edited by contessa38 at 31-1-2026 11:00 PM

Makeup mcm tak kena. Try hard sgt nak hilangkan imej kanak2 agaknya. Begitulah dunia.Yg remaja nak nmpk dewasa. Dah kertu plk in denial. Post gmbr guna filter 10 lapis lps tu bgtau umur, lps tu hadap komen puji-pujian muka nmpk muda 10 thn. Contoh…
Quote Miko.14 1-2-2026 05:33 AM
Tak payah kagum sangat. Fake saja tu. Depan wartawan berlakon ckp lembut tapi hati tetap hitam. Cyber bully.
Quote Miko.14 1-2-2026 05:37 AM
Anyway aku saspek budak kat kelab tu org lain. Kawan dia kata budak Uni.. Si Mia ni budak Uni ka? I dont think so. Malu besar megan pox celop tu nanti. Mana nak sorok muka fake dia nanti. Aku saspek ada la drama cuba terjun tingkap just to cover malu.
Quote Miko.14 1-2-2026 05:37 AM
Terpaksakutip kacang byk
Quote lourdes9 1-2-2026 07:46 AM
lanacondor replied at 30-1-2026 09:40 PM
Sambung belajar dik. Xpyhlah cri kje dlm bidang industri lagi. Awk muda lagi. Byk lg peluang

SETUJU!
Quote wolfheart 1-2-2026 08:24 AM
Belajar drpd kesilapan lalu. Tak perlu masuk campur urusan org lain. Semua org ada buat salah/dosa. Perbaiki diri.
Quote silampumeja 1-2-2026 08:50 AM
Ada keluar statement mia kat komen kan... I pun rasa mia niat nak cakap jgan judge PB , sebab dia tak lalaui hidup mcm org lain.. terutama ajaran agama. Kalau tgk komen tu dgn PB pnya serangan dan ancaman, agak keterlaluan. Ikut kepala angin je lah kiranya si PB tu pahamkam statement tu ..
Quote ragazza 1-2-2026 09:35 AM
silampumeja replied at 1-2-2026 08:50 AM
Ada keluar statement mia kat komen kan... I pun rasa mia niat nak cakap jgan judge PB , sebab dia ta ...

Camne nak faham.... dah la tak sekolah.... Phoebe mana lah faham cakap melayu.. kalau english pun kena pakai bridd-ish accent baru dia faham

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2026 01:38 AM GMT+8 , Processed in 0.145212 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top