|
Pelakon Nur Fazura meluahkan rasa kecewa anak perempuannya, Nur Fatima Aisya sering menjadi sasaran kecaman netizen sejak dilahirkan lagi.
Memetik Astro Gempak, Fazura berkata anaknya turut dikecam kerana tidak pandai menyebut namanya sendiri ketika kecil dan sebagai ibu sudah pasti dia terluka. “Sebenarnya perkara ini berlaku sudah lama. Sejak Fatima lahir lagi dia sudah dicerca dan dikecam. “Waktu dia kecil dia tak pandai nak sebut nama dia. Jadi dia sebut Nyamma. Tapi orang ejek nama dia (dengan panggilan macam-macam),” katanya. Sementara itu, Fazura turut kesal apabila ada yang mengatakan anaknya ‘menyemak’ ketika berada di satu majlis dan sudah pasti dia akan pertahankan anaknya. “Itu belum lagi orang cakap dia menyemak, tak patut berada di situasi tertentulah. Sedangkan saya dah beri kebenaran untuk dia berada di majlis itu. “Sebagai ibu saya rasa marah dan terluka. Jadi saya pertahankan anak saya. Kalau saya tak pertahankan anak saya, siapa lagi yang nak buat macam tu. “Nanti bila dia dah besar dia akan tengok siapa yang pertahankan dia,” katanya. Sumber: Astro Gempak, Rotikaya
|
Bedak_Carrie replied at 2-2-2026 09:37 AM
Sebagai mana anak kak faz di kecam di hina.. Sebegitu jugak lah bini baru ex laki tu dikecam di hina ...
Incanto replied at 2-2-2026 10:03 AM
bini baru dah tua boleh pertahankan diri sendiri, dia boleh suruh org jumpa dia di padang mahsyar
...
sharlenetexas replied at 2-2-2026 03:22 PM
Dengan budak2 pun nak buat kira. Sama jugaklah yg duk menggelar panggil macam2 kat anak jahlop. Masa ...
Bedak_Carrie replied at 2-2-2026 09:37 AM
Sebagai mana anak kak faz di kecam di hina.. Sebegitu jugak lah bini baru ex laki tu dikecam di hina ...
MatDeghem replied at 2-2-2026 04:19 PM
bukan aje isteri syurga ex laki kena kecam....semua retis pun kena kecam.
tapi kamu bandingkan d ...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
3-2-2026 06:00 AM GMT+8 , Processed in 0.037113 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.