CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Kalau Tiada Jodoh Pun, Mungkin Allah Nak Selamatkan Saya” - Azira Shafinaz

2-2-2026 09:57 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 26254| Komen: 16

 



Pelakon Azira Shafinaz mengakui dirinya masih solo serta selesa menjalani kehidupannya kini.

Memetik mStar Online, Azira berkata sudah pasti dia mempunyai hasrat untuk mendirikan rumah tangga namun reda jodohnya belum tiba lagi.


“Saya masih solo dan gembira dengan kehidupan sekarang. Sudah tentu saya mempunyai impian untuk mendirikan rumah tangga tapi jodoh belum sampai lagi. Jika ada, Alhamdulillah,” katanya.

Sementara itu, pelakon berusia 35 tahun itu berkata seandainya tiada jodoh mungkin ada perkara yang lebih baik untuk dirinya dan tiada siapa tahu soal berkenaan jodoh.

“Jika tiada jodoh sekali pun, saya rasa Allah hendak selamatkan saya. Mungkin ada perkara yang lebih baik buat saya pada masa akan datang.

“Mana tahu esok jumpa pulak jodoh, eh..tiba-tiba tengok bulan depan kahwin, Amin,” katanya.



Sumber: mStar Online, Rotikaya

 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Buritan 2-2-2026 10:14 AM
Muka cantik lawa tp takde jodoh.. Jodoh kat sana le tuu
Quote likilu 2-2-2026 01:45 PM
Orang kata kalau tak kawen lagi maybe jodoh dah meninggal masa ramai ramai time covid dulu tu
Quote ninja boy 2-2-2026 01:51 PM
Oo gitu jodoh dah ninggal
Quote Sendawg 2-2-2026 02:33 PM
Saya jodohnya. Amin.
Quote sukacactus 2-2-2026 02:42 PM
Ok la relax2 je jodoh belum sampai
Jgn jd sesetengah pompuan, takut xberlaki main sauk je sapa2
Ustaz celup ada kes polis pun ko sapu
Quote kaedahnya 2-2-2026 03:07 PM
Jodoh ni kengkadang, kerana timing pun ya jugak, contohnya time ngko terbukak hati nak kawin, calon Tu mai kat hang, gitula kot
Quote Bedak_Carrie 2-2-2026 03:14 PM
Cantik... Relax je x hadap merengam dan menggedik...
Insyaallah yg terbaik di masa dpn....
Quote sharlenetexas 2-2-2026 03:21 PM
She berlakon drama produksi sis shila dgn pizrosdi, tajuk dia donut gi tulah mmg lemau sangat2 drama tu.


Quote ihtisyam1 2-2-2026 03:32 PM
  macam macam ko ni
Quote becir 2-2-2026 04:11 PM
kawan i kawen like at 36/37 camtu. Masa 40 tiber je mengandung naturally padahal dia takde berusaha utk preggy. Happy dah dpt anak sorang. Gitula rezeki orang takleh tau. Just be happy with what you have.
Quote awenda507 2-2-2026 04:56 PM
yg penting happy dgn kehidupan.
Quote L.U.S.M 2-2-2026 05:22 PM
Sendawg replied at 2-2-2026 02:33 PM
Saya jodohnya. Amin.

Kejap nk uqa kejap nk azira...
Ish goyahhhh
Quote Sendawg 2-2-2026 05:59 PM
L.U.S.M replied at 2-2-2026 05:22 PM
Kejap nk uqa kejap nk azira...
Ish goyahhhh

Azira Shafinaz keutamaan aku huhuhu. Uqa tu hanya maid saja.
Quote sukanyanyi 2-2-2026 08:07 PM
becir replied at 2-2-2026 04:11 PM
kawan i kawen like at 36/37 camtu. Masa 40 tiber je mengandung naturally padahal dia takde berusaha  ...

Nice. Tulah, awal lg sheols ni nak kate "kalo takde jodoh". Tp maybe org yg lalui tu rase mcm give up sbb for now tak nampak jalan..
Quote sukanyanyi 2-2-2026 08:08 PM
Sendawg replied at 2-2-2026 05:59 PM
Azira Shafinaz keutamaan aku huhuhu. Uqa tu hanya maid saja.

Hahahaha.. good taste ye, dua2 yg badan sedap2 tak keding. Kalo meols laki pon meols minat ajira nie..
Quote Sendawg 2-2-2026 08:20 PM
sukanyanyi replied at 2-2-2026 08:08 PM
Hahahaha.. good taste ye, dua2 yg badan sedap2 tak keding. Kalo meols laki pon meols minat ajira n ...

Azira I berkenan gila2 sbb somehow she reminded me of Camelia, my crush masa kecik2 dulu lol. Plus tengok dia dalam drama Kiblat ke Syurga and fell in love.

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2026 07:22 AM GMT+8 , Processed in 0.279490 second(s), 44 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top