CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lubang 'gergasi' di Acheh semakin luas, ancam kawasan perkampungan penduduk

2-2-2026 10:27 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 32523| Komen: 16

 


Jakarta: Fenomena lubang gergasi di Pondok Balik, Daerah Ketol, Aceh Tengah dikesan semakin meluas dan kini berpotensi mengancam kawasan perkampungan penduduk setempat, lapor Detik News.

Badan Geologi Kementerian Tenaga dan Sumber Mineral (ESDM) memaklumkan kejadian itu mempunyai persamaan dengan fenomena lubang benam (sinkhole), namun ciri geologinya sedikit berbeza berbanding lubang benam biasa.

Pemangku Ketua Badan Geologi ESDM, Lana Saria berkata, kejadian di Pondok Balik membuktikan material vulkanik juga mempunyai kerentanan yang sama seperti batuan gamping (karst) dalam membentuk lubang amblesan.

Katanya, pergerakan tanah di kawasan berkenaan sudah berlaku sejak sekian lama manakala faktor struktur batuan serta kecerunan lereng yang ekstrem meningkatkan risiko lubang itu terus melebar.

Maklumat daripada penduduk setempat mendapati pergerakan tanah mula dikesan sejak beberapa tahun lalu dan keadaan menjadi semakin kritikal setiap kali musim hujan.

Hasil pemerhatian teknikal mendapati batuan dasar di kawasan berkenaan didominasi oleh tufa yang bersifat longgar dan berliang selain kedudukan lereng yang sangat curam atau hampir menegak.

Keadaan itu diburukkan lagi dengan sistem saliran irigasi di bahagian selatan yang cenderung melimpah atau meresap ke dalam tanah ketika hujan lebat.

Lana berkata, batuan menjadi gembur akibat lereng yang tidak stabil serta tanah yang jenuh air sekali gus menambah berat massa batuan di lokasi terbabit.

Katanya, berlaku proses pengikisan tebing ke arah sisi oleh aliran air yang akhirnya melebarkan struktur lembah dan mencetuskan kejadian tanah runtuh.

Selagi punca utama iaitu aliran air di bawah permukaan tanah tidak dapat dihentikan, risiko lubang berkenaan terus meluas akan sentiasa wujud pada masa hadapan.

Badan Geologi sebelum ini pernah mengesyorkan langkah jangka pendek termasuk meningkatkan kewaspadaan, membina saliran kedap air serta melarang sebarang aktiviti di bibir runtuhan.

Bagi pelan jangka panjang, pihak berkuasa menyarankan supaya laluan jalan raya dipindahkan (relokasi) menjauhi kawasan bencana bagi mengelak risiko kepada pengguna.

Sementara itu, Bupati Aceh Tengah, Haili Yoga berkata, pihaknya sudah meminta bantuan pasukan teknikal peringkat wilayah dan pusat untuk melakukan kajian mendalam bagi menangani masalah jalan yang sudah terputus.

Sumber : Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kemaruk 2-2-2026 12:26 PM
HAARP lettew            
Quote Tinot7 2-2-2026 03:56 PM
Dolu2 dok pikiaq baguih deme buat lereng2 mcm tu.. now mcm bad idea pulak
Quote Minami2013 2-2-2026 04:24 PM
Kawasan subur utk tanaman. Sanggup ambik risiko dekat sgt dgn lubang tu.
Quote zorrro_03 2-2-2026 04:33 PM
mujur sana takde puak2 jenis ikat kain kuning.  kalau tak habis laaaa lubang kena sembah
Quote axl_bach 2-2-2026 04:52 PM
Bukan Acheh laksana hudud ke??
Quote Decaffeinated 2-2-2026 05:56 PM
ujian ni...

harap orang aceh jgn putus semangat. rotan tetap rotan.
Quote menjad 2-2-2026 07:35 PM
Sian aceh. Banyak dugaan rakyat kena hadap. Banjir, tsunami, tanah runtuh, lubang benam pulak lagi. Lepas satu... satu
Quote sharlenetexas 2-2-2026 08:35 PM
Gabenor acheh pulak duk tambah bini.


Quote prince_marhaen 3-2-2026 08:42 AM
Macam tanah pasir peroi je, ada laluan air lagi tu...
Indonesia pun memang banyak gali perigi kan sumber air dia. Jangan jadi macam jakarrdahhh lah ye dah makin tenggelam.
Kalau ikutkan kawasan tu jauh daripada pesisir pantai, kira dah hujung tengah2 Sumatera dah.



Quote nisako 3-2-2026 10:17 AM
mak aiiiiiii takunye
Quote aliviaaspen 3-2-2026 10:24 AM
poor guys...
Quote aliviaaspen 3-2-2026 10:24 AM
poor guys...
Quote B40tastePosh 3-2-2026 10:41 AM
prince_marhaen replied at 3-2-2026 08:42 AM
Macam tanah pasir peroi je, ada laluan air lagi tu...
Indonesia pun memang banyak gali perigi kan su ...

Acik tengah fikir nak buat Rain Harvest atau Boring Air.
Quote prince_marhaen 3-2-2026 10:58 AM
B40tastePosh replied at 2-2-2026 04:41 PM
Acik tengah fikir nak buat Rain Harvest atau Boring Air.

Rain harvesting dah mula banyak rumah2 baru pakai kat sini (Malaysia), cuma hasilnya tak berapa banyak lah sebab kita punya musim hujan singkat je and musim panas panjang, air pun evaporate, lagipun rain harvest tak sesuai untuk pakai makan minum sbb faktor hujan kat Malaysia esp bandar2 ni hujan asid, banyak chemical, mostly widely used by kilang2, pencawang & penjana elektrik TNB for cooling & cleaning usage.

Untuk pertanian ada, cuma kena ada tanah luas utk simpan tangki.. yang kecik2 tu boleh lah guna untuk siram2..







Quote B40tastePosh 3-2-2026 11:02 AM
Edited by B40tastePosh at 3-2-2026 11:03 AM
prince_marhaen replied at 3-2-2026 10:58 AM
Rain harvesting dah mula banyak rumah2 baru pakai kat sini (Malaysia), cuma hasilnya tak berapa ba ...


Iols tinggal di Sabak Bernam. Memang ada ternakan lembu.

Iols fikir Rain Harvest perlukan tangki sangat sangat besar baru sesuai sistem tu

Sebab semasa di Sarawak guna tangki air hujan 200L, buat mandi 7 hari dah habis. Sampai kawan bising sebab dia guna air tu untuk memasak, sebab air paip kitorang guna air sungai yang diproses dari Batang Kerang, agak berkeladak.

Untuk dapat air cantik samada gali telaga, atau Boring air.
Quote prince_marhaen 3-2-2026 11:07 AM
B40tastePosh replied at 2-2-2026 05:02 PM
Iols tinggal di Sabak Bernam. Memang ada ternakan lembu.

Iols fikir Rain Harvest perlukan tangki ...

Betul, rain harvest kalau tanah sendiri skala kebun/ladang sesuai lah, kalau rumah2 taman, rumah kampung biasa cam tak berbaloi sangat lah, sebab taburan hujan kita tak sekata. Air habis guna atau kering je nanti bila musim panas.

Air boring memang cun cantik bersih, tapi itulah, risiko tanah mendap, sink hole, runtuh...dan bila dah sampai had lumpur tu, terus jadi air keladak sama macam kebanyakan air boring di Kelantan skrg sudah banyak sampai had lapiran lumpur dia.

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2026 11:08 AM GMT+8 , Processed in 0.251194 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top