|
Pelakon Diana Danielle berkongsikan keadaan anaknya Muhammad dilaporkan mengalami masalah saraf pada wajah selepas diserang demam virus. Menerusi hantaran di Insta Story, Diana berkata doktor mengesyaki keadaan itu berpunca sama ada daripada Guillain-Barre Syndrome (GBS) atau Bell’s Palsy. Diana berkata anaknya sudah menjalani pemeriksaan termasuk dari beberapa pakar bagi mendapatkan diagnos yang tepat. “Demam virus menyebabkan doktor mengesyaki sama ada Muhammad alami GBS atau Bells Palsy. Lumpuh muka berlaku secara tiba-tiba. “Dia telah diperiksa oleh pakar dan masing-masing memberikan pandangan mereka. Dia kini mengambil steroid dan akan membuat temu janji untuk MRI,” katanya.
Sementara itu, Diana berkata Muhammad telah dibenarkan keluar dari hospital dan menunjukkan tanda-tanda awal pemulihan. “Muhammad dibenarkan keluar hospital dan sudah menunjukkan pemulihan dan doakan keadaan dia bertambah baik,”kongsinya. Sumber : Rotikaya |

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
3-2-2026 05:34 PM GMT+8 , Processed in 0.328886 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.