|
Pendakwah terkenal, Ustazah Asma Harun menegur segelintir wanita yang bertudung tetapi mengenakan pakaian ketat dan seksi. Menerusi hantaran di Facebook, Ustazah Asma ada segelintir wanita yang tidak bertudung namun berpakaian sopan berbanding wanita bertudung. “Ada ramai wanita yang tak bertudung tapi tidak seksi..sopan dan longgar seperti kebanyakan non muslim contohnya. Sebaliknya ramai yang bertudung tapi pakaian ketat seksi yang lagi mengoda hawa nafsu. “Fahami bahawa saya bukan memuji wanita tidak bertudung.. namun wanita yang menampakkan bentuk badan terutama bahagian atas depan dan bawah belakang jauh lebih besar fitnahnya.. seperti hadis dituliskan di bawah,” tulisnya. Sementara itu, Ustazah Asma turut menegur semakin ramai wanita Muslimah muncul dalam iklan baju raya namun mengenakan pakaian ketat apatah lagi bulan Ramadan semakin hampir. “Dah hampir separuh Syaaban, makin dekat Ramadhan..makin banyak pula aksi wanita muslimah dengan Iklan baju raya yang sendat” “Pakai tudung tapi baju ketat melekat lebih berat fitnah berbanding tak bertudung tapi baju sopan longgar,” tulisnya,” tulisnya. Sumber : Rotikaya
|
kotakbaju replied at 3-2-2026 09:53 PM
Meols macam setuju dengan ustazah asma ni. Sebab meols pun ada perasan. Kalau iklan baju kurung yg g ...
sharlenetexas replied at 3-2-2026 09:57 PM
Sama la uols iols tengok model2 zalora tu nmpk profesional photoshoot mereka. Takde nmpk gedik2. T ...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
4-2-2026 07:57 PM GMT+8 , Processed in 0.114941 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.