|
PETALING JAYA – Seorang wanita meluahkan rasa kesal dengan tindakan seorang lelaki yang menyepak kucingnya ketika haiwan itu dibawa berjalan di kawasan lapang di Blora, Indonesia, minggu lalu. Menerusi hantaran di TikTok, wanita berkenaan membawa kucingnya berjalan menggunakan kolar haiwan sebelum lelaki tersebut secara tiba-tiba menyepak kucing itu ketika sedang berjoging. Perbuatan tidak berperikemanusiaan itu didakwa menyebabkan kucing berkenaan terpelanting sehingga mati. “Kejadian hari minggu, 25 Januari, kita jalan-jalan ke lapangan Kridosono, Blora, pukul 9 pagi. Kawasan sepi dan tak ramai orang joging, aku pun biarkan kucing berjalan ke tepi supaya tak ganggu orang. “Tapi ada manusia jahat tiba-tiba tendang kucing aku sampai stress dan mati. Selepas aku tanya kenapa buat macam itu, dia (lelaki) seperti mahu menumbuk aku,” katanya.
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
4-2-2026 07:50 PM GMT+8 , Processed in 0.121115 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.