CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Baran, masalah kewangan disyaki punca eksekutif bank dibunuh

4-2-2026 08:43 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7564| Komen: 13

 



ALOR SETAR – Masalah kewangan dan sikap baran suspek dipercayai menjadi motif pembunuhan tragis eksekutif bank di sebuah rumah di Taman Sultan Abdul Halim, Jalan Tanjung Bendahara, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Syed Basri Syed Ali berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan terperinci berhubung kes tersebut susulan tahanan reman suspek berusia 29 tahun itu hari ini.

“Suspek mempunyai masalah panas baran dan siasatan awal kejadian ini dipercayai berpunca akibat masalah kewangan.

“Bagaimanapun, kejadian ini masih disiasat dan suspek direman tujuh hari sehingga 9 Februari ini untuk membantu siasatan, ” katanya ketika dihubungi hari ini.

Kata beliau, suspek didakwa mengalami masalah kewangan dan dikatakan sering meminta wang daripada si mati.

Menurutnya, pihak polis sedang mengesan senjata yang dipercayai digunakan suspek untuk menikam ibu tunggal anak enam dalam kejadian itu.

“Setakat ini usaha untuk mencari senjata itu sedang dilakukan. Hasil siasatan mendapati, hanya suspek melakukan kegiatan itu seorang diri,” katanya.  


Sumber – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 4-2-2026 09:13 AM
Entahlah... nak sangat bad boy kan... dapat pucuk muda.. hujung2 kena tikam. Patut awal2 fikir masa depan anak2 je...kerja dah bagus.
Quote SecretLuv 4-2-2026 09:19 AM
prince_marhaen: Entahlah... nak sangat bad boy ...


Bukan anak dia sendiri yang bunuh ke
Quote eetodee 4-2-2026 09:39 AM
prince_marhaen: Entahlah... nak sangat bad boy kan... dapat pucuk muda.. hujung2 kena tikam. Patut awal2 fikir masa depan anak2 je...kerja dah bagus.



Anak dia sendiri laa bunuh mak dia. apoooooo

Quote sukacactus 4-2-2026 09:43 AM
prince_marhaen replied at 4-2-2026 09:13 AM
Entahlah... nak sangat bad boy kan... dapat pucuk muda.. hujung2 kena tikam. Patut awal2 fikir masa  ...

Mmg xleh lari lah dah bad boy tu ank dia sdr weh, bukannya dia cari pun

Ank mangsa ni dah dekat 30 pun xreti2 jg mak ko tu staff bank je bkn tokey
Hari2 mintak duit, gunung pun boleh rata
Quote prince_marhaen 4-2-2026 09:58 AM
SecretLuv replied at 3-2-2026 03:19 PM
Bukan anak dia sendiri yang bunuh ke

LAHHHHHH kisahnyaaa... HAHAHAHAHA meols baca berita yang ni je, mana ada tulis anak dia ke apooo...kitonyooo tak baca berita susulan lain pun... MAAPPPKAN MEOLSS YE SI MATI...
Quote afie_m 4-2-2026 10:00 AM
sampai hati anak dia buat mcm tu kan..
Quote zehra2 4-2-2026 10:13 AM
umur muda gitu dah ada hutang along ratus ribu ke.. tk kan nk suruh mak dia byr..
adik2 pun ramai.. skrg sapa nk tanggung adik2 tu..
ko sedap lah makan free dlm penjara.

apak dia org hidup lagi ke
Quote Abg_Zek 4-2-2026 10:18 AM
Dah buat urine test ke? Takut mendadih je sebab kalau mental ok takkan la sanggup bunuh mak sendiri
Quote ulamalu 4-2-2026 10:21 AM
Kalau type C dah lama disown anak hutang along menyusahkan parents yg kena kejar along ni.  Tapi orang kita mana boleh buat mcm tu.
Quote ZORRO5555 4-2-2026 12:16 PM
Bodoh punya binatang
Quote capwayang 4-2-2026 12:35 PM
... haha! Yeah, gaya penulisan dalam artikel ni ada unsur-unsur spedo, dapat pucuk muda/anak hikan bad boy gitu...
Quote kaoru44 4-2-2026 01:23 PM
tak pkr pnjg..xkesian dkt adk2 lain..adk dia ada yg sekolah rendah lagi kan...
Quote Perils 4-2-2026 07:34 PM
Tgamaknye ko bunuh mak ko. Ni sbb dimanjakan sgt ke. Mak ko tu executive tau. Ko pttnya dah lbh drpd mak ko. Sape nk jaga adik ko yg syndrom down & speech delay tu? Dasar anak x kenang budi

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2026 11:26 PM GMT+8 , Processed in 0.320220 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top