|
Pelakon Nadia Brian mengakui terkejut dengan dakwaan menanggung kekasihnya, Nedim Nazri yang dikatakan tidak berduit.
Memetik HibGlam, Nadia berkata dakwaan itu adalah fitnah serta berniat mahu menjatuhkan mereka. Namun sebagai anak seni dia sudah biasa dengan fitnah dilemparkan. “Ini fitnah dan tidak benar. Kelakar, macam manalah orang boleh tabur fitnah untuk menjatuhkan individu lain. “Sebagai anak seni, saya tidak sedih sebab sudah terbiasa dengan perkara sebegini (fitnah). Benda yang kita tak buat tetapi orang cakap kita lakukan, ada saja tak kena. “Cuma terkejut dan harap orang ramai dapat terus mendoakan kami berdua ke arah lebih baik dan bahagia, insya-Allah,” katanya. Sementara itu, Nadia turut memberi peringatan kepada penabur fitnah agar berhenti melakukan perbuatan sedemikian sebaliknya mendoakan yang baik-baik untuknya dan Nedim. “Semua ini benda-benda yang nak mengaibkan. Kepada sesiapa yang buat cerita, maaf sebab fitnah ini tak jalanlah. Lebih baik doakan yang baik-baik, kita semua akan bahagia, insya-Allah,” katanya. Sumber: HibGlam, Rotikaya
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
4-2-2026 07:57 PM GMT+8 , Processed in 0.034805 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.