CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ungkapan Zara Qairina 'Ustazah I Love You' jadi ikutan di sekolah - Guru Besar

4-2-2026 11:05 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 11861| Komen: 0

 



Kota Kinabalu: Allahyarham Zara Qairina Mahathir menceriakan guru sekolah agamanya dengan ungkapan 'Ustazah I Love You' yang sering disebutnya ketika bersekolah di Sekolah Agama Negeri (SAN) Kampung Naluyan, Sipitang.

Perkara itu diceritakan Guru Besarnya, Nur Hidayah Mohamad, 39, ketika memberi keterangan sebagai saksi ke-64, inkues kematian arwah Zara di Mahkamah Koroner, di sini, hari ini.

Beliau yang juga ibu saudara Zara, berkata sepanjang bersekolah di SAN Kampung Naluyan, arwah menjadikan suasana sekolah lebih ceria dengan penampilannya yang peramah, suka memberi salam, suka membantu dan manja dengan guru terutama guru perempuan.

Menjawab pertanyaan peguam ibu arwah, Shahlan Jufri mengenai perkara dilakukan arwah yang disifatkan sebagai manja dengan guru, Nur Hidayah berkata arwah sentiasa mengungkapkan 'Ustazah I Love You' setiap kali beliau melintas di kelasnya.

"Dia suka menyapa terutama ketika saya melintas di kelas atau sebelum balik sekolah, dia kata Ustazah I Love You dan kawan lain pun ikut sebut.

"Ungkapan itu menjadi ikutan sepanjang tahun ketika dia di Tahun Enam," katanya pada prosiding inkues kematian arwah Zara di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan, di sini, hari ini.

Nur Hidayah berkata Zara juga suka membantu dan menolong kawan di sekolah bermula dari Tahun Satu hingga ke Tahun Enam.

"Dari tahun satu lagi dia memang seorang yang suka membawa kawan ke bilik guru kalau ada apa-apa masalah dan kalau ada sahabat menangis dia suka menceriakan.

"Kita sebagai guru yang datang ke sekolah dia akan beri salam dan cuba bantu jika ada barang mahu diangkat sebab bangunan sekolah kami tinggi, jadi mungkin keperluan membawa barang lebih besar.

"Kelas mereka antara murid paling ramai, jadi walaupun ada murid pendiam, tapi bila Zara berkawan, berdamping dengannya, murid itu semakin ceria, suka tegur guru dan seumpamanya," katanya.

Selain itu, katanya arwah Zara juga sering membantu murid junior yang kehilangan duit dengan memberikan wangnya sendiri dan mententeramkan murid baharu yang manja dengan ibu bapa ketika ditinggalkan di sekolah.

Mengingatkan perkara itu, katanya beliau tertanya-tanya kenapa Zara ditimpa kejadian yang membawa kepada kematiannya apabila ditemui tidak sedarkan diri di bawah bangunan asramanya pada awal pagi 16 Julai lalu.

"Saya tanya diri saya dan rakan guru kenapa itu terjadi dan bagaimana ia terjadi. Kami mengenali Zara dan sukar menggambarkan perkara itu boleh terjadi, kami tertanya-tanya kenapa dan bagaimana," katanya.

Katanya, beliau tidak dapat menyangkal keceriaan arwah Zara dari Tahun Satu hingga Tahun Enam bersekolah di SAN Kampung Naluyan.

Beliau berkata, arwah Zara menjadi pencetus kepada murid Tahun Enam ketika pada masa itu yang membuatkan suasana kelas semakin ceria dan rapat dengan guru.

"Sebab itu 'batch' mereka, guru sukar lepas ke sekolah menengah, guru-guru menangis pada hari penyampaian hadiah, pengumuman keputusan, solat hajat dan graduasi pada Februari 2025, guru menangis dan ibu bapa juga turut serta.

"Tahun mereka berbeza, tidak tahu kenapa tapi itulah perasaan kami sebagai guru di sana dan apabila terjadi ini (kejadian menimpa arwah) kami guru dan sahabatnya sangat sedih," katanya.


Sumber: Harian Metro
 

 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2026 07:50 PM GMT+8 , Processed in 0.037557 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top