|
Kuala Terengganu: Lelaki warganegara Malaysia yang ditahan di Balai Polis Toyamanishi, Jepun kerana disyaki terlibat dalam sindiket penipuan, Muhammad Faiq Zafran Mohd Jailani, kini berada dalam keadaan sihat.
Bapanya Mohd Jailani Ambak, 52, berkata, perkembangan anaknya yang berumur 23 tahun itu dimaklumkan oleh Ahli Dewan Undangan (ADUN) Manir Hilmi Harun yang kini berada di Jepun bersama Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) Datuk Hishamuddin Hashim sejak semalam. Mohd Jailani berkata, anak lelakinya itu dilaporkan berada dalam keadaan stabil namun kurang tidur akibat terlalu memikirkan nasib dan masalah yang dihadapi. "Sebagai bapa, kerisauan saya sedikit sebanyak berkurang apabila dimaklumkan Faiq berada dalam keadaan sihat walaupun tidak cukup tidur. "Saya dimaklumkan bahawa sebarang pertemuan dengan Faiq wajib menggunakan khidmat jurubahasa. Di sana Yang Berhormat (Hilmi) dan Datuk Hishamuddin menggunakan khidmat perterjemah bahasa Inggeris," katanya ketika dihubungi. Mohd Jailani yang berasal dari Manir berkata, pertemuan itu membolehkan dia mendapatkan gambaran sebenar situasi Muhammad Faiq Zafran serta prosedur perundangan atau tindakan yang perlu diambil. "Hari ini saya dimaklumkan MHO sedang berusaha mencari peguam untuk tindakan selanjutnya. Saya sentiasa berdoa agar urusan membebaskan anak saya dipermudahkan," katanya. Pada 30 Nov tahun lalu, ibu Muhammad Faiq, Noor Zuhaini Ismail membuat laporan polis selepas anaknya gagal dihubungi sejak 19 Nov, sebelum dirujuk kepada Wisma Putra pada 8 Dis. Usaha mengesan remaja tersebut akhirnya berjaya menemukan Muhammad Faiq yang ditahan di Balai Polis Toyamanishi, Jepun kerana dipercayai terlibat dalam sindiket penipuan dalam talian. Sumber: Harian Metro
|
prince_marhaen replied at 4-2-2026 12:03 PM
Kena tipu ke atau memang dia dalam sindiket tu? senang pulak ye politician nak menolong sampai ke sa ...
uda replied at 4-2-2026 12:32 PM
I baca drp fb afiz ayub: Dia kena tipu. adalah Afiz ni dedahkan siapa scammer yang menipu tu. Dia ...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
4-2-2026 07:57 PM GMT+8 , Processed in 0.257325 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.