CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Fasha Sandha, Aidil Aziz dan Sharifah Sakinah mesra berpelukan, netizen kurang senang Fasha Sandha izinkan suami dirangkul wanita lain

4-2-2026 03:19 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 31223| Komen: 12

 


PERKONGSIAN foto mesra pelakon Fasha Sandha bersama suami mengundang kecaman ramai apabila turut memaparkan aktres Sharifah Sakinah yang memeluk Adil Aziz.

Menerusi foto yang dimuat naik di Instagram itu memaparkan Aidil merangkul erat Fasha dan Sakinah sambil tersenyum ke arah kamera. 

Difahamkan foto berkenaan diambil ketika mereka bertiga menghadiri sebuah acara bagi mempromosikan drama terbaharu lakonan Aidil dan Sakinah berjudul Sujud Terakhir Encik Norman.




Bagaimanapun kemesraan tersebut menimbulkan rasa kurang senang netizen yang menyifatkan perbuatan berpelukan bersama suami orang adalah tidak wajar.

Malah mereka juga meluahkan rasa hairan apabila Fasha seakan-akan memberi kebenaran suaminya dipeluk wanita lain.

"Yang post tuan punya badan, jadi dia okay perempuan lain peluk lelaki dia.

"Haram tetap haram, lepas itu jangan pelik kalau kena sondol. Laki orang kau peluk itu, bukan laki orang pun berdosa tau!

"Sakinah jangan biasakan peluk suami orang, Fasha pula jangan terlalu terbuka dengan anggapan awak isteri sporting," antara komen netizen.

Sementara itu, usaha mStar untuk mendapatkan kenyataan daripada Fasha berhubung isu berkenaan tidak berhasil apabila pelakon berkenaan memilih enggan memberikan sebarang komen.

Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 4-2-2026 03:24 PM
Trisam


Quote elzy 4-2-2026 03:28 PM
Kehidupan artis.. meminta dikecam..
Quote afie_m 4-2-2026 04:40 PM
apa nak pelik
Quote prince_marhaen 4-2-2026 04:43 PM
Diorg retis, bukan setaz setazah nokkk
Quote Kancilkering 4-2-2026 05:03 PM
gle
kuruih sanda ni
macam zaman zaman dispute  jejai noah sanda
Quote ZORRO5555 4-2-2026 05:47 PM
Geli... especially part peluk bekas banduan
Quote Paiya 4-2-2026 11:46 PM
Fasha sengaja minta dikecam ke..
Quote ketambangkang 5-2-2026 08:01 AM
japgi kuar la ayat bodoh "kami dh mcm adik beradik"
Quote KamikuP 5-2-2026 08:32 AM
Kalau peluk mcm ni dlm kelab malam lagi la letopanz khuenzz.. ekekeke
Quote babelina 5-2-2026 03:27 PM
retis u ols.. tingat zaman2 rajalawak memula dulu.. i ols pegi sbb kenal la ngn sesorg tu kn.. dorg memasing mmg jmpc peluk cium laga2 pipi la.. mc kt oversea tu.. jgn la nk di heran..
Quote cabai7 5-2-2026 03:42 PM
Dia ni mmg mengundang.. makin tua makin bodo
Quote sukanyanyi 5-2-2026 03:56 PM
babelina replied at 5-2-2026 03:27 PM
retis u ols.. tingat zaman2 rajalawak memula dulu.. i ols pegi sbb kenal la ngn sesorg tu kn.. dorg  ...

Ai see.. kite dh bleh slow2 londehkan kenaifan kite bila baca berita rentis. Cuma ade yg tol2 jaga la gak kan, mcm penah tertengok bideo umi nazira takmo salam ngn riz amin, sheols mcm buat tgn kat dada tu je

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2026 01:54 AM GMT+8 , Processed in 0.416852 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top