|
SEREMBAN – Penjawat awam wanita di negeri ini diberikan kelonggaran untuk pulang lebih awal, iaitu pada pukul 2 petang setiap Jumaat sepanjang Ramadan.
Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun, berkata kelonggaran berkenaan hanya membabitkan pekerja di bawah pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan badan berkanun negeri. “Ini adalah pelaksanaan waktu bekerja fleksi khas bulan Ramadan tahun 2026 bagi penjawat awam wanita di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan. Jadi hari Jumaat mereka akan bekerja sehingga pukul 2 petang. Lepas orang lelaki datang, mereka balik. Ini melibatkan lebih kurang 2,496 penjawat awam wanita di negeri ini,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco, di sini, hari ini. Beliau turut memaklumkan, bantuan khas kewangan kepada 57,000 pekerja Kerajaan Persekutuan di negeri ini membabitkan peruntukan sebanyak RM17 juta akan diberikan pada 14 March hadapan iaitu sebelum sambutan hari raya Aidilfitri. Sumber:– KOSMO! ONLINE
|
Jadi hari Jumaat mereka akan bekerja sehingga pukul 2 petang. Lepas orang lelaki datang, mereka balik.
talapia replied at 5-2-2026 02:43 PM
maksudnya apa? Orang lelaki datang petang ke? kol 2ptg or 1 lebih ke?
mejaputih replied at 5-2-2026 10:49 AM
kesian penjawat awam lelaki

talapia replied at 5-2-2026 02:43 PM
maksudnya apa? Orang lelaki datang petang ke? kol 2ptg or 1 lebih ke?
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
6-2-2026 01:54 AM GMT+8 , Processed in 0.091568 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.