CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Aidil Aziz Kunci Mulut Isu Fasha Sandha Tanggal Tudung Dalam Drama - "Perkara Ini Terlalu Peribadi Buat Kami"

6-2-2026 09:52 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 16706| Komen: 13

 



Pelakon Aidil Aziz enggan mengulas lanjut mengenai isu isterinya iaitu Fasha Sandha yang tampil tidak bertudung dalam drama Doa Yang Terlindung.

Memetik mStar Online, Aidil berkata perkara itu terlalu peribadi buat dia dan isterinya serta memohon maaf tidak dapat memberikan komen.

“Saya tiada sebarang komen sebab kami tidak mahu cakap apa-apa, saya minta maaf kerana tidak dapat memberikan komen sebab lebih baik fokus kepada Drama Sujud Terakhir ini.

“Saya anggap begitu sebab perkara ini terlalu peribadi buat kami jadi maaf sangat kerana tidak mampu berikan sebarang komen,” katanya.

Sementara itu, Aidil berkata dia dan Fasha akan berbincang sebelum menerima sebarang tawaran berlakon.

“Saya tahu drama tu juga tular dan mungkin rezeki isteri saya, malah Fasha juga ada beritahu saya yang drama ini akan tular, malah setiap watak yang dibawa oleh isteri kami akan berbincang dulu.

“Sebagai pelakon, tanggungjawab kami untuk sampaikan mesej. Bukan main pilih saja kerana semakin kuat mesej, semakin berat tangunggjawab pelakon.

“Saya setuju dia terima tawaran untuk drama tersebut, kalau tak setuju tidak mungkin dia akan buat,” katanya.

Sumber: mStar Online.  Rotikaya
 


 

 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dewi_rina 6-2-2026 11:45 AM
Pasal ustad irfan pnya muka org kata tak hensem pandai pulak pasha ni komen, tang dia tak bertudung dalam drama tu laki dia pulak kena komen
Quote gekkou 6-2-2026 12:55 PM
Saya tahu drama tu juga tular dan mungkin rezeki isteri saya, malah Fasha juga ada beritahu saya yang drama ini akan tular, malah setiap watak yang dibawa oleh isteri kami akan berbincang dulu.


mungkin juga ujian
untuk menduga iman
Quote lasagna 6-2-2026 02:08 PM
meaning masih belum istiqomah laa citenya..
Quote babelina 6-2-2026 02:19 PM
smlm kt melodi.. dorg tny dia xnk komen.. pastu dia tny pernah dia ckp yg dia dh berhhijab sepenuhnya..pernah x baca dimana2.. meaning konsep tidak penuh istiqomah.. saya masih mencuba..
Quote hidet 6-2-2026 02:25 PM
dewi_rina replied at 6-2-2026 11:45 AM
Pasal ustad irfan pnya muka org kata tak hensem pandai pulak pasha ni komen, tang dia tak bertudung  ...

ustaz irpan ada jambang lagi ensem. dalam drama ni mmg kurang selera sikit. sorry ya ustat
Quote Prickford 6-2-2026 02:37 PM
Lahhhh...apo nampak orang komen kat FB kata drama ni Pasah shooting 4 tahun lepas. Bila tengok, drama baru.
Quote Missjass 6-2-2026 03:00 PM
Edited by Missjass at 6-2-2026 03:01 PM
Prickford replied at 6-2-2026 02:37 PM
Lahhhh...apo nampak orang komen kat FB kata drama ni Pasah shooting 4 tahun lepas. Bila tengok, dram ...


baru je habis shooting 3 minggu lepas, scene dia dalam drama ni ada yang bertudung dalam rumah ada yang tak, so orang cakap scene yang tak bertudung tu shoot masa fasha belum bertudung tapi dekat ig dia lama dah pakai tudung dari awal tahun lepas lagi. Masa script reading pun dia pergi pakai tudung
Quote Kancilkering 6-2-2026 03:15 PM
macam hilang ingat pun ada hahahahha
apa benda lah pasha
Quote NuansaBiru 6-2-2026 03:33 PM
Jawab saja lah
Saya suami yg miskin, tak mampu tanggung semua
Kalau bini tak ambik job sebegini nak makan apa kami nanti?
Orang paham ajer
Quote Prickford 6-2-2026 04:20 PM
Missjass replied at 6-2-2026 07:00 AM
baru je habis shooting 3 minggu lepas, scene dia dalam drama ni ada yang bertudung dalam rumah ada ...

Nak make it real kot. Pasal netizen kan selalu komplen drama lakonan artis bertudung, dalam rumah, dalam bilik, atas katil nak tido pon pakai tudung. Buatkan scene tu tak real. Padahal boleh je penonton pejam mata kalau Pasah tu buat scene dalam rumah bertudung.
Quote Nham22 6-2-2026 05:54 PM
babelina replied at 6-2-2026 02:19 PM
smlm kt melodi.. dorg tny dia xnk komen.. pastu dia tny pernah dia ckp yg dia dh berhhijab sepenuhny ...

Terukknyelaaa pemikiran depa... Yeala samelah... Tuhan pon x bgth ko bila die nk tarik nyawa ko
Quote hagrid 6-2-2026 06:52 PM
Prickford replied at 6-2-2026 04:20 PM
Nak make it real kot. Pasal netizen kan selalu komplen drama lakonan artis bertudung, dalam rumah, ...

I setuju.I rasa Fasha cringed tengok scene org bertudung kat dalam bilik tidur..
Macam tak logik..
So she wants to make it realistic
Quote LadyCarefree 6-2-2026 07:00 PM
Pasah Sandar elok xbertotop ghambot la

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2026 07:15 PM GMT+8 , Processed in 0.546324 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top