CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Bila Halang Akan Memberontak” – Watie Perjelas Isu Baju Thalita Dedah Bahu

6-2-2026 09:55 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 17297| Komen: 28

 


Isteri kepada pelawak Shuib iaitu Watie Hanifiah tampil menjelaskan mengenai kritikan terhadap anak tirinya, Thalita berkenaan gaun yang dipakai mendedahkan bahu dalam satu majlis baru-baru ini.

Menerusi siaran langsung di TikTok, Watie berkata a Thalita pernah menyimpan hasrat untuk bertudung sebelum ini.


Namun, perubahan minat Thalita berlaku secara semula jadi selari dengan persekitaran serta usia yang semakin meningkat dimana dia di fasa mahu mencuba baju atau fesyen berbeza.

“Dulu Thalita pernah cakap nak pakai tudung, tapi bila besar sikit, ada keinginan lain dan persekitaran pun bertukar.

“Dia ada keinginan lain pula, nak cuba pakai baju-baju lain. Bila saya tak bagi, daddy tegur. Sebab saya dulu pun seksi juga,” katanya.

Sementara itu, Watie mengakui berlaku kesilapan dalam pemilihan baju yang ditempah dan tempoh terlalu singkat menyebabkan ianya tidak sempat diubah.

Malah, Watie berkata ahli keluarga yang lain dan Shuib turut menegur serta berharap Thalita tidak lagi memakai pakaian sedemikian.

“Kes haritu, baju itu tidaklah diminta seperti itu sebenarnya. Tapi baju itu terpotong ke bawah sedikit. Pada hari itu pun ramai saja yang tegur termasuk ahli keluarga.

“Daddy tegur, dia harap Thalita tak pakai baju sebegitu dah. Sebab baju-baju Thalita saya yang uruskan,” katanya.

Dalam pada itu, Watie berharap kejadian itu menjadi pengajaran buat Thalita untuk lebih peka dalam soal pemakaian selepas dikritik netizen.

“Saya izinkan dia pakai. Bila dia dah pakai, dia sendiri nampak apa yang orang kecam. Biarlah dia nampak semua itu, jadi lepas ini Thalita boleh fikir dan buat keputusan sendiri dari segi pemakaian.

“Bila kita halang, budak sebesar Thalita ini akan memberontak. Kalau kecaman itulah yang membuatkan Thalita tak mahu pakai seksi dah, kenapa tidak? Kalau sebab itu boleh menjadikan kita lebih baik, salah ke?” katanya.

Sumber: Rotikaya
 


 

 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pembacagosip 6-2-2026 10:14 AM
thalita mcm di desa terchintaaaaaaa
Quote Sendawg 6-2-2026 10:26 AM
Hmmmm dasar bodoh. Shuib hilang otak dah, Watie ni harap tudung tapi takleh tinggalkan zaman liar. In the end menurun kat anak. Enable habis. Dah lantak lah, nak sangat. Anak nnti hancur takleh buat apa2 dahla ramai predator.
Quote bankerpencen 6-2-2026 11:03 AM
Hmmmmm let kids be kids… tapi tu la nak sangat fame kan
Quote red_velvet 6-2-2026 11:12 AM
Edited by red_velvet at 6-2-2026 11:14 AM

Aku geram tengok di tali ni menyampuk bila watetek Cuba justify pasal baju pink ni.. Ko diam boleh tak budak? Baru umur 13 tahun dah sibuk mencelah2 bila orang tua bercakap. Memang pantang betul aku budak2 peel gini.. . kalau anak sendiri dah aku cepukkan molot tu... Si watetek pun ko justify sgt nak buat apa, dok diam je tak boleh ke? Mesti ko rasa Kena smash setrpek kan  bila si tali ni menjawab "ibu dulu pun seksi jugak.. Mummy pun seksi..,".. Budak tali ni aku rasa esok besar memang jenis molot banyak, kuat menjawab, kuat gado.. Ko jangan nak membesar budget diva eh nanti tua sok jadi macam nek bantat pulak.. Fefeeling entitle kulu kilir, ajet diva, rajin menceceh, kuat drama .. Soeb apa function ko jadi bapak? Takkan riuh time anak datang period je??
Quote cmf_PariS 6-2-2026 11:47 AM
nk seksi punbiau le class sikit.. fashion tu dh pupus dek... eh!
Quote NuansaBiru 6-2-2026 12:10 PM
Mungkin sbb rupa kopipes soeb
Kalau yg berpesen begitu rupa helok hasil kacukan linda jasmin+que haidar lain bunyi netizen tanahair ini
Quote makadek 6-2-2026 12:15 PM
takut anak ..kemek dulu camni la sexi sampai ke tua
Quote black_handbag 6-2-2026 12:16 PM
oh si watitek ke yg uruskan baju2 talitak? so ko la patut disalahkan ye tak. mak2 lain tak bagi anak pakai dedah macam tu mengalahkan kapir. pak pun tak cakap apa. ntahla kalau kata anak memberontak tak boleh disekat, i rasa sbg mak kita yg kena tegas. apa boleh apa tak boleh. ko ikut sgt anak tu. ntahlah kot sebab anak aku tuhan bagi jenis dengar cakap. dia sendiri pun tak nak pakai seksi2. budak talitak ni mcm kejutan budaya. dia rasa pegang duit sendiri ke? macam tak nak sekolah dah. budak lain besar bilis tu sebok belajar. cuba jadi mcm anak erra tu, sopan je sejuk mata kita tengok. ni kecik2 dah kuat melawan
Quote kalchi 6-2-2026 12:43 PM
Boleh je kontrol baju anak tu alahai. Ko dah kenapa kecik kecik nk pakai baju mcmtu. Dhala buruk, nampak bahu pulak. Pakai je la baju sopan biasa bukan nk suh pakai baju kurung
Quote Sendawg 6-2-2026 01:08 PM
red_velvet replied at 6-2-2026 11:12 AM
Aku geram tengok di tali ni menyampuk bila watetek Cuba justify pasal baju pink ni.. Ko diam boleh t ...

Besar nanti akan jadi diva and entitled kalau tak dijaga. Bahaya juga. Sbb tu aku tak berkenan kalu artis2/influencers2 suka promote anak and dedahkan diorang.
Quote marchikobonzo 6-2-2026 01:19 PM
apak & mak tiri sama enabler
Quote Prickford 6-2-2026 01:23 PM
Utk budak umur gitu, nak2 kau melayu islam, memang netizen akan mengata la soal pemakaian dia. Tak selari usia dia. Tapi bila engkooo watitek pilih utk menjawap dan justify hal ni, rasa macam kau mak paling bodoh di muka bumi ni.
Quote dewi_rina 6-2-2026 02:06 PM
Dekta ko mekap2 pakai baju seksi pun tetap rupa soeb, takyah nak feeling lebih
Quote Missjass 6-2-2026 02:53 PM
NuansaBiru replied at 6-2-2026 12:10 PM
Mungkin sbb rupa kopipes soeb
Kalau yg berpesen begitu rupa helok hasil kacukan linda jasmin+que hai ...

tulah, Leona yang dah 20an tu pun netizen puji puji walaupun lagi seksi dari thalita ni, tapi sebab yang ni muka desa seksi sikit mmg kena kecam la
Quote prince_marhaen 6-2-2026 03:13 PM
Pakai la macamana pun tetap cetak muka boyan soeb... so? tak payah try hard sangat. Bakat pun so-so je...
Quote talapia 6-2-2026 03:22 PM
susah ye nak jaga anak dara macam ni...
nak dimarah lebih2.. kang memberontak..
anak aku bertudung.. pastu tiba2 tengah siap2 nak keluar..
dia gurau2 tanye.. camne kalau dia nak keluar free hair?
spontan aku jawab.. nak kena bakar kat neraka ke?

dushh... jahat mulut mak kau. tapi itu cara aku remind anak2.. dalam bergurau2.. ada pointnya. Aku rasa dah bagi pendidikan sebaiknya.. asas agama sebaiknya... fikirlah sendiri.

macam Dekta ni.. dulu masa dia request nak pakai tudung.. bapak dia tak bagi. Hmm..
ni bila mommynya tak bagi anak pakai seksi.. bole plak daddy backup kata mommy dulu pon seksi jugak.

So? apa? Kau nak biar anak kau buat apa kau pernah buat la? Itu menunjukkan yang kau mcm tak menyesali apa yg kau buat masa jahil dulu.. sbb tu kau biar anak2 buat benda yg sama sedangkan kau dah berubah jadi lebih baik. Kenapa tak terus je biar anak buat yang baik je.. yg kau lalui masa jahil tak payahla.
Quote airmineral 6-2-2026 03:25 PM
maksudnya anak dia jenis degil ke?
Quote gerbera.memopad 6-2-2026 04:19 PM
Defend sangat pun idok, tak defend langsung pun idok. Begitulah nasib mak tiri, tak boleh nak tegur berlebihan sangat sebenarnya kat anak tiri walau betapa rapat sekalipun.

Tu yang Watie cakap, nak sangat pakai kan & kemudian dah rasa kena kecam netizen jadi next time boleh fikir sendiri nak pakai lagi ke tak.
Quote putribonda 6-2-2026 04:56 PM
entahlah ek tak minat depa ni.
tali tu ku tengok mcm bajet2 dah dewasa sangat.
taknak nampak gaya budak2 sebaya dia.
bajet artis hot meletop gamaknya.

btw, wati ni ada kakak kan. tp ku lupa nama kakak dia.
dulu2 masa zaman dia menyeksi n ada boifren selalu jgk nampak kakak dia.
skrg mmg dah tak tunjuk lgsg ke. mana pi kakak dia.
geng suka tayang tekss.

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2026 07:15 PM GMT+8 , Processed in 0.083061 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top