|
Pelakon Nora Danish berkata bekas suaminya, Nedim Nazri berhak untuk bercinta serta mendapat kebahagiaan dengan wanita yang dicintainya.
Memetik Harian Metro, Nora berkata dia mendoakan yang terbaik buat Nedim serta mengatakan bapa kepada anaknya itu sememangnya berhak bahagia. “Tentang hubungan bekas suami saya, Nedim dan juga wanita yang hadir dalam hidupnya (Nadia Brian), cuma apa boleh saya katakan dia berhak bercinta dan mendapatkan kebahagiaan sendiri. “Saya mendoakan yang terbaik untuk Nedim sebab dia memang berhak bahagia,” katanya. Sementara itu, ditanya sama ada anaknya iaitu Mohamed Neqayl atau Ney Ney ada berkongsikan apa-apa selepas bertemu dengan kekasih bapanya, Nora berkata anaknya menerima pilihan Nedim. “Tak ada kata apa-apa. Dia (Ney Ney) okay sahaja,” katanya. Sumber: Harian Metro, Rotikaya |
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
13-2-2026 04:02 AM GMT+8 , Processed in 0.082552 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.