CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lawyers for Liberty (LFL) desak PM tarik balik arahan 'bersihkan kuil haram'

9-2-2026 05:32 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 32425| Komen: 40

 



Sambil mengingatkan Anwar Ibrahim bahawa dia berkhidmat untuk semua rakyat Malaysia dan bukannya sekadar kepada umat Islam sahaja, Lawyers for Liberty (LFL) menggesa perdana menteri supaya menarik balik arahan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk "membersihkan" mana-mana rumah ibadat yang dibina secara tidak sah.

Pengarah Eksekutif LFL, Zaid Malek berkata penarikan balik arahan itu perlu bagi mengelakkan kebencian kaum dan agama daripada terus merebak, sama ada melalui sokongan kerajaan secara nyata mahupun tersirat.

"Pendekatan yang lebih holistik dan berhemah mesti digunakan apabila membincangkan perkara yang menjejaskan rumah ibadat mana-mana komuniti agama di Malaysia," katanya dalam satu kenyataan.

Zaid menyifatkan arahan Anwar sebagai "berbahaya" dan "tidak bertanggungjawab," serta memberi amaran bahawa ia boleh membuka ruang kepada perobohan kuil Hindu secara sewenang-wenangnya.
ADS

"Ini adalah kenyataan yang membimbangkan dan mengejutkan daripada perdana menteri. Adakah dia telah menilai kesannya?

"Apa sebenarnya maksud beliau apabila meminta PBT untuk 'membersihkan kawasan yang bukan milik kuil'? Kesimpulanna ialah beliau maksudkan laksanakan perobohan kerana beliau tidak menawarkan sebarang penyelesaian alternatif.

"Ia adalah arahan yang berbahaya dan provokatif daripada PM, yang pada dasarnya merupakan arahan kepada PBT untuk bergerak secara proaktif ke arah merobohkan semua kuil haram. Ia lampu hijau untuk perobohan, dan ini tidak pernah berlaku dalam sejarah kita," katanya.


 


Zaid seterusnya memberi amaran bahawa seruan perdana menteri itu boleh membawa kesan yang tidak boleh berpatah balik terhadap hubungan kaum dan agama.

Pengarah LFL itu turut mengkritik Anwar kerana mengetepikan kebimbangan terhadap istilah "kuil haram" sebagai sekadar semantik, sambil menyatakan bahawa penggunaannya oleh pihak yang tidak bertanggungjawab telah menyumbang secara signifikan sehingga menjejaskan keharmonian sosial.

"Sentimen di sebalik istilah itu bermotifkan perkauman, yang ditujukan khusus untuk menghina dan merendahkan komuniti Hindu di Malaysia. Anwar, yang berbangga dengan kemahirannya dalam bahasa Melayu, mustahil tidak menyedari nada rasis yang jelas di sebalik istilah itu.

"Ia adalah laungan golongan xenofobia yang kini mensasarkan kuil-kuil Hindu dan penganutnya di seluruh negara. Mereka kini akan lebih berani untuk mengambil tindakan lebih drastik kerana telah menerima sokongan tersirat daripada PM sendiri," tambahnya.

Zaid menegaskan bahawa memberi tumpuan semata-mata kepada aspek legaliti akan menyebabkan terlepas pandang gambaran yang lebih besar, memandangkan rumah ibadat tidak muncul tanpa tujuan.

"Ia mempunyai nilai sejarah, agama dan sentimental kepada komuniti yang menggunakannya. Mengurangkannya semata-mata kepada soal pemilikan tanah mengabaikan sepenuhnya kerumitan dan kehalusan negara pelbagai budaya dan agama seperti Malaysia.

"Sebab itulah kelulusan nyata oleh seorang PM yang sedang berkhidmat untuk merobohkan semua kuil 'haram' tanpa ragu-ragu akan menghancurkan keharmonian kaum dan agama negara yang sememangnya sudah rapuh," tambahnya.

Pagi tadi, Anwar mengambil pendirian tegas dalam pertikaian berterusan mengenai rumah ibadat haram, dengan menekankan bahawa semua tindakan mesti mematuhi kedaulatan undang-undang.

Dia mengkritik keras kedua-dua pihak — mereka yang mengambil tindakan sendiri dan mereka yang mewajarkan pembinaan rumah ibadat yang melanggar syarat undang-undang.

Sambil menyatakan bahawa Perlembagaan Persekutuan mengiktiraf hak untuk mengamalkan agama, Anwar menekankan bahawa ini tidak memberi kuasa kepada kerajaan untuk membenarkan pembinaan rumah ibadat di luar batasan undang-undang.

"Kita tidak boleh membiarkan (rumah ibadat) muncul bak cendawan tumbuh di mana-mana sahaja, di bawah pokok... di merata tempat. Amalan ini mesti dihentikan. Saya sudah tanya, di India, dan bagi orang Cina, di China, amalan seumpama itu tidak dibenarkan," katanya. 

Sumber: – Malaysiakini
 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote FOTHER-MUCKER 9-2-2026 05:58 PM
Lagi banyak kuil haram Di bina lagi menghancurkan keharmonian kaum lah kerana mereka melanggar undang undang negara dan bangsa melayu terutamanya takan berdiam diri. Ini lawyer bodoh ke apa?


Sebab itulah kelulusan nyata oleh seorang PM yang sedang berkhidmat untuk merobohkan semua kuil 'haram' tanpa ragu-ragu akan menghancurkan keharmonian kaum dan agama negara yang sememangnya sudah rapuh," tambahnya.
Quote silance 9-2-2026 06:12 PM
Nama sapa atas geran, dia la punya tanah la. Kemenangan berpehak pada dia la patutnya. Apa susah sangat?
Quote mejaputih 9-2-2026 06:35 PM
silance replied at 9-2-2026 06:12 PM
Nama sapa atas geran, dia la punya tanah la. Kemenangan berpehak pada dia la patutnya. Apa susah san ...

kannn...ni apa punya lawyer ni...
Quote PULANGKAN 9-2-2026 07:48 PM
[youtube]g6gTGEvtonI[/youtube]

macam serupa je kes binaan haram atas tanah orang ni

penceroboh naik lemak
Quote batmana 9-2-2026 08:01 PM
mohon ramai2 penganut agama bina rumah ibadat haram kt tanah dia byk2
Atau
Lawyer ni tkde pegang geran tanah sendiri,atau xde tanah pusaka agknya
Quote TOPwind 9-2-2026 08:05 PM
Loyer ni pasti dah banyak makan tahi lembu.
dan mandi dgn air kencing lembu.
Quote kemaruk 9-2-2026 09:08 PM
bangkem heran nape dorang sentap sangat bila dilabel kuil haram

sedangkan orang islam sendiri namakan masjid terulung di mekah sebagai masjid haram
Quote pengecatbintang 9-2-2026 10:16 PM
Edited by pengecatbintang at 9-2-2026 10:21 PM
TOPwind replied at 9-2-2026 08:05 PM
Loyer ni pasti dah banyak makan tahi lembu.
dan mandi dgn air kencing lembu.

jgn ler ko kutuk loyer ni

loyer ni kan melayu Islam

takkan ko x sokong melayu Islam

bukan ke ko pon pejuang melayu Islam

pe hal ko hantam melayu Islam ni

tapi

macam biase

kalo PMX tu

ko hantam ler cukup2

walaupun PMX melayu Islam

walaupun PMX suruh ambik tindakan terhadap kuil haram

ya dak?








Quote kemaruk 9-2-2026 10:33 PM
TOPwind replied at 9-2-2026 08:05 PM
Loyer ni pasti dah banyak makan tahi lembu.
dan mandi dgn air kencing lembu.

karang sentap pulak forumNer forum ni ko tulis komen camni
Quote airfilterkotor 9-2-2026 10:55 PM
Aku percaya, loyar ni bakal kena cerca dengan jari-jari manis netijen.
Quote clueless_gamer 10-2-2026 04:34 AM
nilah masalah terbesar geng liberal ni, dari dlm medsos sampai ke parliment, yg jenis suka tunjuk hero tak kena tempat, konon paling pandai, paling memahami paling lantang mebela nasib rakyat.. nak dapat stranger validaton je sebenarnya..

ke dia ni sebenarnya nak promote service lawyer diorang ke?



Quote aint 10-2-2026 06:09 AM
cara sng atau mudah nak  amik/rampas hak (tanah) org ialah bina kuil  
Quote renko 10-2-2026 06:22 AM
Barua keling dah menyalak
Muka pun macam babi tonyok
Quote Purestteam1 10-2-2026 07:44 AM
napa nampak mcm kelindan lori
Quote TOPwind 10-2-2026 08:45 AM
Purestteam1 replied at 10-2-2026 07:44 AM
napa nampak mcm kelindan lori

kadang2 dia kerja part-time dgn tokay kedai makan Hindu,
kerja dia  mandikan tikus didapur kedai tu.

hari Sabtu dia part time juga,
Basuh bontot lembu di kuil Haram juga di Pucong Perdana.
Sunday sebelah petang part time lagi
dia kutip tahi lembu utk buat rempah kari.

malam dia belajar online
ambik  kos loyer dari Unibersiti di India.
Pensyarah semua bekas sami kuil Haram
yang masuk Tanah melayu tampa visa halal.

nanti sambung....

Quote s@s@ 10-2-2026 09:00 AM
bodo la lawyer ni
Quote tungkai 10-2-2026 09:30 AM
Bukan ke lawyer ni dia makan keliling..?? Mana ada peluang dia rembat
Quote supernaturalee 10-2-2026 09:44 AM
lorhhh

ingatkan anuar zain tadi

Quote AznieBunnie 10-2-2026 10:34 AM
supernaturalee replied at 10-2-2026 09:44 AM
lorhhh

ingatkan anuar zain tadi

hah!
sama...


makin tak faham la perihal kuil haram ni.
salah tu salah la. nak kona baring tang mana dah?
tanah orang kot.
satgi kita mai pacak gazebo depan rumah dia, jgn marah haaaa...

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2026 02:23 AM GMT+8 , Processed in 0.066236 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top