CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

PBT dibenar bertindak terhadap rumah ibadat haram – PM

9-2-2026 05:46 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 31343| Komen: 10

 



PUTRAJAYA: Pihak berkuasa tempatan (PBT) diberi keizinan untuk bertindak ke atas rumah ibadat termasuk kuil yang dibina tanpa mengikut jalur hukum yang sah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan tidak mengizinkan pembinaan mana-mana rumah ibadat yang tidak mengikut peraturan.

“Saya dengan ini mahu mengumumkan ketetapan, kita tidak lagi mengizinkan yang (pembinaan rumah ibadat) tidak mengikut peraturan dan majlis bandaraya (PBT) diberi keizinan untuk bertindak supaya bersihkan kawasan yang bukan hak kuil supaya selesai masalah ini dengan baik.

“Saya tahu (ini akan) mengundang kontroversi, sebab itu beritahu, kalau yang melampau sampai ada kempen nak merobohkan kuil, itu salah juga, kerja kami kerja negara, ini negara hukum,” katanya ketika menyampaikan amanat pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Perpaduan Negara di sini, hari ini.

Anwar berkata, di bawah peraturan undang-undang, semua rumah ibadat sama ada masjid, gereja, kuil atau lain-lain mesti dibangunkan mengikut kelulusan sah tanpa mengira disenangi atau tidak.

“Masjid yang dibangunkan ikut peraturan, gereja dibangunkan ikut peraturan, begitu juga semua yang lain. Jadi harus dicari jalan penyelesaian, bukan pergaduhan.

“Kalau ada pelanggaran, barulah kita ambil tindakan. Kita jalan ikut undang-undang, bawa bincang dengan cara yang sah dan berperaturan,” katanya.

Bagaimanapun, beliau menegaskan kerajaan tidak akan membenarkan percambahan rumah ibadat yang dibina sewenang-wenangnya tanpa kelulusan, termasuk di kawasan awam.

“Yang tidak boleh dibiarkan ialah percambahan di bawah pokok, di mana-mana sahaja. Ini mesti dibendung. Di negara lain pun, termasuk India dan China, pembinaan rumah ibadat hanya dibenarkan di tempat yang sah,” katanya.

Anwar turut menjelaskan, terdapat kes tertentu yang akan dipertimbangkan secara berasingan, termasuk rumah ibadat yang telah lama wujud.

“Kalau ada kes yang sudah wujud 200 tahun dan minta pertimbangan, itu kita nilai sebagai kes lain. Tetapi jangan guna alasan sudah lama wujud untuk wajib diluluskan,” katanya.

Anwar berkata, kerajaan tidak mungkin mempertahankan semua rumah ibadat yang dibina tanpa kelulusan sah.

“Tak kan kalau ada 1,000 kuil yang tidak ikut kebenaran dan kelulusan tanah, semua mahu dipertahankan? Tak boleh. Sebab itu penjelasan ini mesti jadi dasar kefahaman semua pihak,” katanya.

Beliau menegaskan, isu pembinaan rumah ibadat haram bukan perkara baharu, sebaliknya dasar kerajaan berkaitan perkara itu telah berterusan sejak pentadbiran terdahulu.

“Ini bukan perkara baharu. Ia seolah-olah baru timbul semalam, hanya kerana kes di bawah PMX jadi kacau-bilau. Hakikatnya, semua kerajaan sebelum ini, dari Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN), Pakatan Harapan (PH) hingga sekarang, dasar kerajaan itu berterusan,” katanya.

Menurut Anwar, kerajaan komited mencari penyelesaian yang adil dan menghormati semua agama, namun tidak boleh berkompromi terhadap pelanggaran undang-undang.

“Islam ialah agama Persekutuan, agama lain diberi hak masing-masing. Tetapi apakah kita boleh beri kebenaran kepada rumah ibadat yang tidak ikut peraturan? Tak boleh, kerana kita ikut jalan hukum.

“Kalau di atas tanah orang, mana boleh kita buat ibadat dengan merampas tanah orang lain. Tanah yang tidak sah, dipaksa, dirampas atau diambil tanpa kebenaran, tidak boleh dijadikan sah,” katanya.

Mengulas isu Batu Caves, Perdana Menteri menjelaskan kawasan berkenaan adalah sah dan mempunyai kelulusan, termasuk cadangan pembinaan eskalator bagi memudahkan penganut Hindu.

“Batu Caves itu sah. Cadangan bina eskalator tidak ganggu tanah orang, tidak rampas hak sesiapa dan bertujuan memudahkan masyarakat Hindu meneruskan amal ibadat mereka. Pandangan saya, cadangan itu boleh diteruskan dan telah saya sampaikan kepada Menteri Besar Selangor,” katanya. 


Sumber – UTUSAN


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote renko 9-2-2026 05:56 PM
Aah ye diberi kebenaran kat pbt
Pastu kerajaan bangang pun beri pampasan+tanah baru la tu
Quote PULANGKAN 9-2-2026 07:50 PM
[youtube]g6gTGEvtonI[/youtube]


Quote clueless_gamer 10-2-2026 04:41 AM
puak tu suka sangat main modal konon dah wujud sebelum merdeka tu, mcm zaman dulu tu takde hak pemilkan tanah perseorangan atau kerajaan.. mcm zaman dulu tu ko boleh main pacak je dekat mana tempat ko nak, tu perangai penjajah tanah sebenarnya.. tak payah nak political correctness sangatlah
Quote supernaturalee 10-2-2026 09:03 AM
common sense kot

saje je menyusahkan tuan tanah


Quote KamikuP 10-2-2026 10:11 AM
Edited by KamikuP at 10-2-2026 02:13 AM

Byk kos nak buaty eskalator tu.. utnung le contactor
Quote kelapaparut 10-2-2026 11:06 AM
Dewa dieorg ade kat merata rata ke, celh pokok , kat tanah org, kat depan hospital
Quote IzzahF 10-2-2026 11:24 AM
depa tulis kat pesbuk "batu cave ituuu milik orang asli! milik orang asli!"

tak tau apa kaitan dengan keling. milik orang asli, orang asli punyalah. dah ko buat kuil keling situ maknanya ko rompak milik orang asli. org asli tu bukan keling...lahh pening wehhh kalo dgn bangsa keling ni. patut alfonso de albuquerque kemurungan masa jaga benua keling

ni jugak la sebab dorang ni kela delete dari sistem varna, tak berkasta
Quote Dwdrum 10-2-2026 11:35 AM
Maybe too late... Sebab awal dahulu gomen/authority jadi enabler... Sehingga boleh jadi advantage/priviledge untuk
langgar laws...
Quote TeropongSenyap 10-2-2026 06:25 PM
Byk sgt yg bersuara dkt pmx lps dia ckp ni. Harap takde U-turn dah le ye... Risau juga la sbb ada unsur2 ugut gitu
Quote B40tastePosh 10-2-2026 06:31 PM
Punca ada kuil Haram ini sebab modal politik dan gula gula sejak zaman BN.

Apa ke bodoh lah mabuk undi kaum minoriti.

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2026 10:50 PM GMT+8 , Processed in 0.660726 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top