CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dulu bangsatkan PTPTN, Adam Adli kini pertahan sekatan ke luar negara ke atas peminjam culas

9-2-2026 05:52 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 31926| Komen: 24

 


Jika sebelum ini Adam Adli Abd Halim menyifatkan cadangan Perbadanan Tabung Pinjaman Tinggi Nasional (PTPTN) untuk mengenakan sekatan ke luar negara terhadap pinjaman yang culas sebagai satu tindakan "bangsat".

Namun, hari ini selaku Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Adam mempertahankan keputusan yang sebelum ini dirinya sendiri menentangnya.

Bagaimanapun Adam berkata, langkah yang diambil kerajaan Madani menyekat peminjam culas ke luar negara tidak seperti mana dilaksanakan kerajaan BN sebelum ini.

"Seperti mana kita jelaskan tadi, penyenaraian hitam (terhadap peminjam PTPTN) bukan menyeluruh polisi seperti mana kita (kerajaan) lakukan suatu masa dahulu.
 
"Sebaliknya hanya dalam kes tertentu yang melibatkan perlu tindakan tegas terhadap mereka yang memiliki keupayaan (membayar balik pinjaman) berbanding mereka yang lain.

"Hanya 0.7 peratus daripada keseluruhan peminjam yang culas, itu meliputi kurang 3,000 berbanding 417,000 (secara keseluruhan) peminjam yang disenaraikan culas (oleh PTPTN)," katanya semasa sesi pertanyaan lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Adam berkata demikian sebagai menjawab soalan tambahan yang dibangkitkan Richard Rapu (GPS-Betong).

Richard membangkitan mengenai garis masa untuk menilai semula penyenaraian hitam khususnya membabitkan peminjam dalam kelompok B40 supaya selari dengan relaiti pasaran kerja dan kos sara hidup.

Sebelum ini, Adam ketika bergelar aktivis pelajar mengecam pengerusi PTPTN ketika itu Wan Saiful Wan Jan susulan cadangan memperkenalkan semula sekatan ke luar negara terhadap peminjam yang gagal membayar pinjaman.

Adam mendakwa cadangan itu bercanggah dengan aspirasi Pakatan Harapan (PH).

"Wan Saiful tidak membuat kerja ikut aspirasi PH.

"Dia ingat diri dia lagi besar daripada kerajaan sebab buat keputusan bercanggah dengan kerajaan. Asyik bagi alasan menjengkelkan dengan kata nak bincang.

"Dia menjadikan PTPTN badan paling bangsat dalam negara," katanya kepada Malaysiakini.


 

Adam berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan yang dibangkitkan dalam taklimat awam pentadbiran tinggi PTPTN.



Sumber –  Malaysiakini


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tumpanglalu74 9-2-2026 08:35 PM
Inilah yang dinamekan muke berkulit tebal tiade kemaluan.
Quote Firenzza 9-2-2026 08:40 PM
Sapa2 nk jd wakil rakyat pru 16 nti blh la buat kempen menang pilihanraya rakyat dpt rumah sorang sebijik sambil guling2 dpn sogo...konpem menang punya sbb kempen hapus ptptnn & menang hari ni turun minyak esok  diorg dh cop hakmilik  harta intelek x blh copy dah
Quote Decaffeinated 9-2-2026 08:57 PM
Kalau dalam islam dosa masa kapir tak dikira kan? Lebih kurang gitu kot konsepnya.
Quote kemaruk 9-2-2026 09:04 PM
woi yang berjanji hapus hutang PTPTN tu PAS la


-walanon
Quote lanacondor 9-2-2026 09:09 PM
Edited by lanacondor at 9-2-2026 09:10 PM
kemaruk: woi yang berjanji hapus hutang ...
yg lana jumpa sblm ni dorg jwb, 'kita janji sekolah rendah je pendidikan percuma. Universiti xtermasuk'.. sembang walanun
Quote lanacondor 9-2-2026 09:14 PM
Kamu kan tau dia tu penipu
Muka dia pon muka penipu
Yg kamu cerdik pandai yg kene tipu dgn dia tu psl apa?

P.RAMLEE
Quote cm_vungtau 9-2-2026 09:41 PM
Aku tak pernah undi madani so i am not surprised
Quote kemaruk 9-2-2026 10:43 PM
lanacondor replied at 9-2-2026 09:09 PM
yg lana jumpa sblm ni dorg jwb, 'kita janji sekolah rendah je pendidikan percuma. Universiti xterma ...

begitu lah fantasi mereka dahulu kala

sekarang dorang dah malu nak berfantasi dan berkhayal

baru sedar diri tu selama ni sewel lettew

unsound


Quote kemaruk 9-2-2026 10:49 PM
lanacondor replied at 9-2-2026 09:14 PM
Kamu kan tau dia tu penipu
Muka dia pon muka penipu
Yg kamu cerdik pandai yg kene tipu dgn dia tu ps ...

dulu dorang kata orang UMNO bodoh sebab taknak hutang ptptn hapus, minyak murah, tol percuma etc

rupanya yang percaya janji2 tu la yang bodoh
Quote gigahertz 9-2-2026 11:34 PM
Firenzza replied at 9-2-2026 12:40 PM
Sapa2 nk jd wakil rakyat pru 16 nti blh la buat kempen menang pilihanraya rakyat dpt rumah sorang se ...

dalam ramai ramai penipu si adlam adli la
paling ketara sekali penipuannya. sebab isu PTPTN ni
isu 100% dalam negara
Quote FOTHER-MUCKER 9-2-2026 11:46 PM
Biasala politics sama seperti harga ikan dipasar
Quote clueless_gamer 10-2-2026 04:38 AM
a populist and political correctness will never bring you to anywhere good
Quote Purestteam1 10-2-2026 07:47 AM
ironikan

dulu bangsatkan PTPTN

skrg cari rezeki/tugas di PTPTN
Quote KamikuP 10-2-2026 08:31 AM
Dulu dia bangsatkan PTPTN, skrng ni dia manusia paling Bangsat dalam Malaysia... phuikkkk
Quote Kitty_catz 10-2-2026 08:32 AM
laaa menega ailio jugak ke mcm jijan phd ikat tepi?
Quote kelapaparut 10-2-2026 11:14 AM
Aku benci la dia ni.. Ntahla mcm cde aura langsung
Quote BoongaKertas 10-2-2026 11:24 AM
tebal kulit ko bang...
Quote akies 10-2-2026 12:26 PM
aishh sudah tukar ka statement bila nk jd timb menteri.
Next pru bakal melingkup la ko.


Quote sayawifenikmie 10-2-2026 01:05 PM
saya bersyukur  parti yg saya undi tidak bersekongkol
masing2 sebenarnya memperjuangkan tembolok sendiri

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2026 02:38 PM GMT+8 , Processed in 0.238244 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top