|
PETALING JAYA – Seorang peniaga meluahkan rasa tidak puas hati selepas mendakwa seorang lelaki dipercayai mencuri ‘tester’ minyak wangi berjenama di premisnya di Mid Valley di sini.
Menerusi hantaran di Threads, Tyalavida mendakwa suspek pernah datang beberapa kali ke kedainya dengan modus operandi menggunakan isteri dan anak untuk mengalih perhatian sebelum mengambil barangan. Malah, beliau memberitahu memiliki rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) sebagai bukti. Rata-rata netizen mengecam tindakan lelaki tersebut, menyifatkan perbuatannya sebagai tidak bertanggungjawab dan memalukan. “Tolong sesiapa yang mengenali keluarga ini, sila hubungi saya melalui DM. Kedai kami turut menjadi sasaran apabila dia mencuri ‘tester’,” kata Khaleda Idrus. “Nampak seperti hidup sederhana dan mampu membeli, tetapi mencuri tetap menjadi pilihannya. Apabila sudah terbiasa mencuri, dia langsung tidak memikirkan akibatnya,” komen Aehomesdecor “Mungkin isteri dan anaknya langsung tidak mengetahui bahawa dia terlibat dengan perbuatan mencuri,” tulis Mshoneyjourney. Sumber:– KOSMO! ONLNE
|
telracs replied at 10-2-2026 12:31 PM
Baru tengok videonya kat thread malam tadi...
Dia tak tahu ke, yang cctv bersepah jer sekarang ni.. ...
plywood replied at 10-2-2026 03:41 PM
Yess!! ... ada link?
plywood replied at 10-2-2026 03:41 PM
Yess!! ... ada link?
plywood replied at 10-2-2026 03:41 PM
Yess!! ... ada link?

telracs replied at 10-2-2026 04:11 PM
yang malam tadi saya tengok, tak jumpa pulak link yang tu...
video malam tadi lagi jelas, nampak ...
plywood replied at 10-2-2026 03:41 PM
Yess!! ... ada link?
kemaruk replied at 10-2-2026 07:03 PM
cantik nya pompuan dekat avatar awak tu

telracs replied at 10-2-2026 04:08 PM
https://www.threads.com/@malaysia.tribune/post/DUhX1IGj08D?xmt=AQF06YkdY_SSTeWgd2B0t9h1i-fsYukdPu ...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
12-2-2026 08:34 AM GMT+8 , Processed in 0.136292 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.