CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mahkamah Persekutuan putuskan bebas atau penjara Isa Samad hari ini

10-2-2026 11:41 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 18527| Komen: 20

 


PUTRAJAYA: Bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Samad, akan mengetahui esok sama ada beliau akan terus menikmati kebebasan atau diarahkan menjalani hukuman penjara atas sembilan tuduhan rasuah berjumlah RM3.09 juta.

Panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan yang terdiri daripada Hakim Datuk Nordin Hassan, Datuk Lee Swee Seng dan Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali akan mengumumkan keputusan terhadap rayuan akhir pihak pendakwaan terhadap pembebasan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu.

Pihak pendakwaan berhasrat mengembalikan keputusan Mahkamah Tinggi pada 3 Feb 2021 yang mendapati Mohd Isa bersalah atas sembilan pertuduhan rasuah melibatkan RM3.09 juta serta menjatuhkan hukuman penjara enam tahun dan denda RM15.45 juta, dengan tambahan 18 tahun penjara sekiranya gagal membayar denda.

Mohd Isa telah dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan tersebut oleh Mahkamah Rayuan pada 6 Mac 2024. Keputusan itu mendorong pihak pendakwaan merayu ke Mahkamah Persekutuan.

Panel hakim mendengar rayuan itu pada Khamis lalu dan menetapkan esok untuk keputusan.

Mohd Isa didakwa menerima RM3.09 juta dalam bentuk suapan melalui bekas pegawai khasnya, Muhammad Zahid Md Arip, daripada bekas Ahli Lembaga Pengarah (ALP) Syarikat Gegasan Abadi Properties Sdn Bhd (GAPSB), Ikhwan Zaidel.

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di Tingkat 49, Menara Felda, Platinum Park, Persiaran KLCC, Kuala Lumpur, antara 21 Julai 2014 hingga 11 Disember 2015.

Pendakwa Raya Afzainizam Abdul Aziz selaku perayu dan peguam Mohd Isa, M. Athimulan.

Sumber: - BERNAMA


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kotakbaju 10-2-2026 02:35 PM
Sangkut kan.

[youtube]Y3F2cDj4aAI?si=3mGmyqK76g5ebVjJ[/youtube]
Quote adiputras 10-2-2026 02:37 PM
Dah masuk ke dalam........dah tak sunyi bosku.....
Quote KamikuP 10-2-2026 02:40 PM
Dah jatuh hukum dah kan penjara 6 tahun. Mereput le ko kat dalam tu. Org makan nasik ko makan rasuah haa ambekkkk
Quote cm_vungtau 10-2-2026 02:53 PM
Anak dia dulu sekolah alam shah. Zaman tu femes la pibg orang besau2 saje
Quote supernaturalee 10-2-2026 03:00 PM

idak plak terus ke dalam

tangguh hukuman ke

ke ada peringkat rayuan lagi ke caner

Quote Nurkaseh01 10-2-2026 03:20 PM
Bini dia tu awat begitu sekali
Quote pengecatbintang 10-2-2026 03:26 PM
Bijan ler lantik dia jadik Pengerusi FELDA

pegang FELDA

menyakau plak
Quote gekkou 10-2-2026 03:53 PM
awat mahkamah rayuan bebaskan?
naik mahkamah lain kena sabit lagi
buang masa hakim, pendakwa dan orang2 yang terlibat

sungguh i tak faham undang2
Quote Kitty_catz 10-2-2026 04:25 PM
adiputras replied at 10-2-2026 06:37 AM
Dah masuk ke dalam........dah tak sunyi bosku.....

boleh sekali makan moreh bulan poser
Quote Firenzza 10-2-2026 04:49 PM
Try la isi form jd ahli dapig ka pkrr la kot2 blh DNA
Quote BeskotCekelat 10-2-2026 04:51 PM
gekkou replied at 10-2-2026 03:53 PM
awat mahkamah rayuan bebaskan?
naik mahkamah lain kena sabit lagi
buang masa hakim, pendakwa dan ora ...

Memang macam tu sistem dia.

Lepas mahkamah tinggi, boleh merayu kat mahkamah rayuan. Lepas tu mahkamah persekutuan.

Mahkamah persekutuan paling tinggi, dah tak boleh rayu2 lagi kecuali dapat pengampunan Agong/Sultan.
Quote kotakbaju 10-2-2026 05:57 PM
supernaturalee replied at 10-2-2026 03:00 PM
idak plak terus ke dalam

tangguh hukuman ke

Dia buat rayuan lagi tu, lepas ni naik mahkamah persekutuan pulak.

Diorg ni selagi mana ada peluang boleh buat rayuan lagi, memang akan buat lah. Walaupun awal2 sabitan pun dah memang terbukti bersalah.
Quote pengecatbintang 10-2-2026 06:21 PM
Firenzza replied at 10-2-2026 04:49 PM
Try la isi form jd ahli dapig ka pkrr la kot2 blh DNA

masalahnya..

Isa ni Umngok dari dulu kini n selamanya

naper bila kena penjara

nak suruh Isa jadik PKR DAP plaks

tak terima kenyataan Isa ahli Umngok penyakau perasuah ke
Quote kemaruk 10-2-2026 06:45 PM
BeskotCekelat replied at 10-2-2026 04:51 PM
Memang macam tu sistem dia.

Lepas mahkamah tinggi, boleh merayu kat mahkamah rayuan. Lepas tu mah ...

ye contoh terbaik ialah anwar yang dah lalui semua proses tu

dah disabitkan kesalahan meliwat

lepas tu diampunkan
Quote pengecatbintang 10-2-2026 06:57 PM
Edited by pengecatbintang at 10-2-2026 06:58 PM
BeskotCekelat replied at 10-2-2026 04:51 PM
Memang macam tu sistem dia.

Lepas mahkamah tinggi, boleh merayu kat mahkamah rayuan. Lepas tu mah ...

ya mcm tu sistem dia

tapi

walau mcmana bagus pon sistem tu

masih x berguna gak

kalo badan kehakiman Mesia x bebas sejak tahun 1988 Tun Salleh Abas & 5 hakim dipecat secara x adil oleh PM Ton M

1988 till 2022 : badan kehakiman x bebas

badan kehakiman di bawah telunjuk PM

mana2 kes mahkamah yg libatkan musuh politik PM

mmg akan sabit

cth : kes tuduhan liwat DSAI masa PM Ton M & Bijan
Quote kemaruk 10-2-2026 07:08 PM
kotakbaju replied at 10-2-2026 05:57 PM
Dia buat rayuan lagi tu, lepas ni naik mahkamah persekutuan pulak.

Diorg ni selagi mana ada pelu ...

dan bila dah terbukti bersalah pada setiap peringkat pon tetap pensokong taknak terima kenyataan
Quote Buritan 10-2-2026 08:24 PM
Dah tuek duk punjara.. Adoii.. Sukeati hang laa..
Quote pengecatbintang 10-2-2026 09:44 PM
kotakbaju replied at 10-2-2026 05:57 PM
Dia buat rayuan lagi tu, lepas ni naik mahkamah persekutuan pulak.

Diorg ni selagi mana ada pelu ...

macm Bijan ler

dan bila dah terbukti bersalah pada setiap peringkat pon tetap pensokong taknak terima kenyataan

siap meroyan kat porum cari beberapa bulan belakang ni

apabila Bijan kalah lagi kes mahkamah

meroyan x puas hati Bijan x dapat tahanan umah





Quote supernaturalee 11-2-2026 08:43 AM
kotakbaju replied at 10-2-2026 05:57 PM
Dia buat rayuan lagi tu, lepas ni naik mahkamah persekutuan pulak.

Diorg ni selagi mana ada pelu ...

last lah kan

bila pulak tu ye



Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2026 02:01 AM GMT+8 , Processed in 0.045263 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top