CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Selangor tangani isu rumah ibadat tidak sah secara berhemah, ikut undang-undang - MB

10-2-2026 04:37 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 24108| Komen: 4

 



BESTARI JAYA: Kerajaan Selangor akan mengambil tindakan mengikut lunas undang-undang terhadap rumah ibadat yang dibina secara tidak sah, dengan pendekatan berhemah bagi menjamin keharmonian masyarakat.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam untuk tidak membenarkan mana-mana rumah ibadat dibina secara tidak sah tanpa mengikut peraturan itu akan mempercepat pelaksanaan tindakan sedia ada di negeri itu.

Beliau berkata Selangor mempunyai sistem tersusun untuk tindakan itu menerusi Jawatankuasa Rumah Ibadat Lima Agama Selangor (LIMAS) yang telah diwujudkan sekian lama.

"Sepanjang 15 tahun lalu, kita bukan sahaja membenarkan rumah ibadat beroperasi di lokasi sesuai dan sah, malah turut mengambil tindakan merobohkan atau melupuskan rumah ibadat yang dibina secara tidak teratur. 

"Puluhan tindakan telah dilaksanakan dan rekod itu ada sejak 2015 lagi," katanya pada sidang media selepas Majlis Perasmian Pecah Tanah Projek Solar Skala Besar Bestari di sini hari ini.

Amirudin berkata untuk itu kerajaan negeri akan memperkemas kaedah tindakan seiring dengan undang-undang di samping menjamin keharmonian masyarakat.

Beliau berkata PBT turut terbabit dalam jawatankuasa yang diselaraskan LIMAS dengan mengambil kira pelbagai isu antaranya status tanah, pemilikan, zon guna tanah serta kesan terhadap kawasan sekitar.

Semalam, Perdana Menteri berkata semua kerajaan negeri perlu mematuhi ketetapan Kerajaan Persekutuan berhubung pembinaan rumah ibadat secara tidak sah bagi memastikan keselamatan dan kematangan negara pada masa hadapan.

Sumber – BERNAMA

 
 



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote PULANGKAN 10-2-2026 08:13 PM
so far tengok dia ni, iols ingat 2 benda je

kes babi, kes binaan haram

come on la. datuk seri menteri besar kut.

tapi sultan and pm yang bersuara settlekan keje dia

next candidate please
Quote Buritan 10-2-2026 08:16 PM
PULANGKAN replied at 10-2-2026 08:13 PM
so far tengok dia ni, iols ingat 2 benda je

kes babi, kes binaan haram

Aku terpk satu benda la plk.. Sbb dia rendah..mesti -------
Quote FOTHER-MUCKER 10-2-2026 08:23 PM
karisma dia lansung tiada seperti seorang pemimpin.
Quote akido_kido 10-2-2026 10:19 PM
berapa penggal dah dia pegang ek..dia bukan asal selangor kan

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2026 08:01 PM GMT+8 , Processed in 0.084407 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top