|
SIBU: Lelaki maut selepas kenderaan pacuan empat roda dipandunya dihempap sebuah lori simen terbalik dalam kemalangan di Jalan Deshon, berdekatan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Rosli Dhobi, di sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, Lee Teck Kee, 60, dilaporkan tersepit dalam kenderaan jenis Toyota Hilux dipandunya. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.18 tengah hari sebelum menggerakkan sepasukan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Merah ke lokasi kejadian. "Sebaik tiba di lokasi, didapati sebuah Toyota Hilux berada dalam keadaan remuk dihempap lori simen, manakala mangsa masih berada di dalam kenderaan dan tidak sedarkan diri. Tindakan awal pasukan penyelamat mengeluarkan mangsa tersepit tidak berjaya berikutan kedudukan lori yang menghempap kenderaannya," katanya. Berikutan itu, katanya, bantuan dua kren dari pihak swasta tiba di lokasi bagi mengangkat lori simen berkenaan sebelum Teck Kee akhirnya berjaya dikeluarkan, tetapi disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM) sebelum mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. Sumber – BH
|
ragazza replied at 10-2-2026 05:58 PM
Siapa Rosli Dhobi
B40tastePosh replied at 10-2-2026 06:19 PM
Korang perasan tak, Cina selalu mati terhempap.
Kes Puncak menara kat Pulau Pinang tu sampai terbe ...
kemaruk replied at 10-2-2026 06:47 PM
teringat kes dekat penang dulu ada cina kena hempap struktur dari menara umno
B40tastePosh replied at 10-2-2026 06:49 PM
Ye, katanya UMNO buat bangunan atas tanah wakaf kan.
So, bangunan tu cam bad luck.
kemaruk replied at 10-2-2026 06:50 PM
bad luck buat si mati
B40tastePosh replied at 10-2-2026 06:52 PM
Dah tukar nama Menara JKP. Katanya punca menara tu BN tumbang kat Pulau Pinang. Atau mungkin tanda ...
kemaruk replied at 10-2-2026 06:57 PM
umno team jahat
pakatan team baik
kemaruk replied at 10-2-2026 06:14 PM
Pejuang kemerdekaan sarawak
Sanggup gadaikan nyawa demi menghalau penjajah

B40tastePosh replied at 10-2-2026 06:19 PM
Korang perasan tak, Cina selalu mati terhempap.
Kes Puncak menara kat Pulau Pinang tu sampai terbe ...
tahanie replied at 10-2-2026 10:30 PM
Yang kena timbus tanah runtuh kat felda resort tu
B40tastePosh replied at 10-2-2026 10:44 PM
Ada mangsa tak ditemui ke?
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
12-2-2026 09:31 PM GMT+8 , Processed in 0.952006 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.